Monday, 2 January 2017

BAHTERA NABI NUH PINTUNYA TERBUKA,,,,FST


MASUKLAH KE DALAM !

OLEH NURLIYANA ABDULLAH-FST
January Monday 02/2017

TERSEBUTlah kesah seorang yang membina sebuah perahu di atas bukit disebut Ararat kalau tak silap dan dikatakan perahu itu besar sangat dan yang di sekitar mengatakan lelaki itu GILA kesan mencipta perahu yang besar.

Memang kalau zaman ini, sesiapa yang berkelakuan begitu boleh dikatakan aneh dan gila sebab tidak pernah terjadi disamping tidak masuk akal.

Kenapa lelaki itu demikian sikapnya? Lelaki itu selama hidupnya wafat setelah usia 950 tahun dan dikatakan ia tinggal di Wilayah Selatan Irak. Namanya itu sekitar 43 kali disebut dalam Al Quran. Barangkali kalangan kita boleh merujuk beberapa ayat dalam al Quran terutama ayat QS.aPAnKabut 14 dan QS Hud:40, QS al-Qamar:11-13.

Lelaki itu cukup beriman sama Allah dan ketika itu ramai yang tidak percaya adanya Allah dan terjadi perpecahan antara percaya dan tidak dan dikatakan kesan kekafiran itu akan ada banjir besar dan itu sebab sebuah bahtera dibina untuk selamatkan umat manusia dan para haiwan secara berpasang-pasangaan.

Ketika banjir, kilat sambar menyambar, hujan lebat dan banjir melanda, isterinya dan anaknya( kana'an) enggan naik kesan mahu berlindung di gunung bukit.

Bahtera itu berlabuh di bukit judi dan setelah banjir selesai maka semua binatang yang dibawa bersama dilepaskan pergi bebas seperti biasa dan itulah sejarah rengkas bahtera nabi Nuh.

Nah, sekarang kawan-kawan semua sudah sedikit mengerti maksudnya bahtera yang diuar2kan dan kesan perahun nabi Nuh itu penyelamat umat manusia dan haiwan, maka kepimpinan WARISAN gunakan perahu/kapal itu sebagai lambang WARISAN yang maksudnya mesejnya selamatkan manusia.

Sabah/Sabahan perlu diselamatkan dan bukan gunung yang selamatkan dan bukan beras padi yang selamatkan dan bukan Musa Aman atau Najib yang selamatkan ialah bahtera dan diceritakan mereka yang tidak sertai bahtera Nabi itu semuanya menerima bala dan itu sebab Nabi Nuh menyatakan yang anaknya bukanlah yang diselamatkan oleh Allah kerana ia bukan yang beriman kepada Allah.

Kesimpulan kita sudah mengerti LOGO yang digunakan itu bukan lambang lepa2 dan bukan lambang Lanun sebab parti Perikatan merdekakan Malaya dan ceritanya di Sabah awal merdeka juga gunakan lambang Sabah Maju Jaya yang di dalamnya ada lambang layar dan tidak pula dikatakan Lanun.

Pintu rumah Warisan sudah terbuka, silalah masuk ke dalam dean dengan cara berada di dalam saja kita boleg selamat sebab lambang KERIS memang lambang jahat sebab kerana kerislah Hang jebat mati ditikam oleh Hang Tuah kesan mengampu bodek bertindak membabi buta kesan ikut perintah Sultan yang jahat menunjuk kuasa.

Tiada yang boleh selamatkan kita selain WARISAN yang lambangnya perahu restu Allah. Allah maha besar, kembalilah ke pangkuan jalan-Nya.

No comments:

Post a Comment