DARI MEJA EDITOR FST
SHAIMON S JUMADI
January Wednesday
04/2017
SABAH sejak
diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) bermula tahun 1963 lagi hingga kehari
ini 2017 di kawasan pedalaman  tidak
banyak berubah dari aspek pembangunan infrastruktur terutamanya kemudahan asas
seperti jalan raya,bekalan elektrik dan juga bekalan air paip.
Hasil Sabah seperti kayu
balak-Sawit dan Minyak semuanya pergi ke kerajaan  persekutuan dan   Sabah 
mendapat  5 persent saja dari
hasil royalty minyak  dari dasar laut.
Memang tidak dinafikan di
Sabah memang pesat  membangun di
mana-mana saja kelihatan bangunan-bangunan tinggi seakan mencakar langit tetapi
itu hanya di kawasan sekitar Bandar saja yang 90 peratus rakyatnya mendapat
pelbagai kemudahan tetapi penduduk di kawasan luar Bandar khususnya di
pedalaman sungguh menyedihkan.
Contoh penduduk di kawasan
Keningau-Pengsiangan-Nabawan bayanyak lagi tempat yang tidak sempat disebutkan
itu rata-rata terdiri dari golongan miskin tegar yang kais pagi makan pagi kais
petang untuk petang.
Demikian dinyatakan sendiri
oleh Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt dalam jelajanya ke kawasan
pedalaman di Sabah untuk melihat sendiri akan keadaan kehidupan rakyat di
kawasan pedalaman yang terdiri dari suku kaum Murut dan Dusun.
Walaupun orang-orang kampung
bercucuk tanam pelbagai   jenis tanaman
seperti  pokok buah-buahan dan
sayur-sayuran hendak dipasarkan ke mana kalau tiada jalan raya yang baik untuk
mengangkut semua hasil  mahsul tanaman
untuk dipasarkan” kata Wong lagi.
Kalaupun ada jalan
kampung  sebagai kemudahan penduduk
kampung tetapi jalan-jalan kampung tersebut tak ubah seperti tempat kerbau
berkubang kerana keadaan becak dan bergelombang dengan lumpur.
Yang sering jadi mangsa
keadaan ialah murid-murid sekolah belum sampai ke sekolah baju-seluar dan kasut
mereka comot (Gelepotan) dengan lumpur ini barang kali dasar kerajaan Barisan
Nasional (BN) membalas budi para pengundinya.
Hanya rakyat Sabah yang bisa
menilai sendiri tambah Wong lagi jika rakyat Sabah mahu perubahan besar dari
segi taraf kehidupan yang lebih baik untuk menjamin masa depan yang cerah maka
pada PRU14 nanti jangan undi mana-mana
calon BN  yang akan bertanding di kawasan
anda  sebab kalau rakyat di kawasan
pedalaman bagi peluang sekali lagi kepada pemimpin jenis ini sampai bila-bila
tiada membawa perubahan malahan kehidupan rakyat semakin terhimpit di belenggu
kemiskinan  dengan kos sara hidup yang
tinggi saban tahun harga barang semakin 
mahal minyak naik setiap pembelian barang di kenakan GST.
Jika Pakatan Harapan yang
terdiri dari DAP-PKR dan AMANAH diberi peluang mentadbir Sabah  maka segala-galanya akan berubah kalau rakyat
Sabah sendiri berani mengubah maka semuanya berubah" Tambah Wong  lagi yang juga selaku Ahli Parlimen Sandakan.

No comments:
Post a Comment