OLEH:
SHAIMON S JUMADI-FST
MUSTAFFAH
MOHD HASSAN-FST
Tuesday
January 31/2017
SANDAKAN:- Sudah menjadi satu budaya
yang telah lama diamalkan di Negara Malaysia yang berbilang kaum perbezaan
budaya dan berlainan pegangan agama mengadakan majlis rumah terbuka pelbagai
perayaan saban tahun.
Contohnya seperti 
sambutan perayaan Hari raya Aidilfiti-Krismas-Deepavali termasuk juga
sambutan Tahun Baru Cina mereka mengadakan majlis rumah terbuka  apa saja jenis perayaan di Negara ini adalah
niat dan bertujuan untuk menjalinkan hubunngan mesra dan mengikat siratulrahim
antara kaum-kaum lain tanpa mengira warna kulit untuk berkunjung majlis rumah
terbuka tersebut.
Majlis rumah terbuka seperti perayaan-perayaan yang
disebutkan awal-awal tadi tidak kira 
dianjurkan oleh parti penyokong kerajaan ataupun parti pembangkang
pastinya disambut oleh kaum Melayu-Cina dan India walaupun secara sedarhana
inilah keunikannya  apa yang berlaku di Negara
kita Malaysia.
Kelmarin adalah 
hari raya Tahun baru Cina masuk hari ketiga di mana Ahli Parlimen (DAP)
Sandakan Stephen Wong Tien Fatt telah mengadakan majlis rumah terbuka di
kediamannya di Taman Sibuga yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 3.30
petang.
Tetamu  yang
mengunjungi majlis rumah terbuka Pengerusi DAP Sabah itu adalah terdiri
daripada sahabat handai dan juga para penyokong DAP yang terdiri dari
masyarakat Cina-Bumiputera Islam dan India dan termasuk para pemimpin kanan
DAP.
Wong berkata walaupun Negara mengalami kemerosotan  ekonomi yang tenat namun rakyat Malaysia yang
berketurunan Cina  tetap menyambut Tahun
Baru Cina walaupun hanya sedarhana kerana ini adalah sudah jadi amalan budaya bangsa
cina sejak turun-,menurun nenek moyang mereka 
lagi.
Kata Wong lagi walaupun ekomoni Negara  kini sedang merundung dan telah dirasai oleh
semua orang namun majlis rumah terbuka 
Tahun Baru Cina tetap diadakan yang bertujuan untuk  mengeratkan jalinan mesra untuk semua kaum
untuk menyerikan dan menceriakan suasana perayaan Tahun Baru Cina.
Para tetamu selain sajikan pelbagai juadah hidangan
sebagai santapan namum mereka juga telah terhibur oleh persembahan
tarian-tarian singa.
Wartawan Kanan 
Free Sandakan Today Online  (FST)
yang juga selaku Setiausaha Akhbar (Bahasa Malaysia) kepada Ahli Parlimen
Sandakan tidak  dapat hadir sama dalam
majlis rumah terbuka kerana factor kesihatan beliau (SSJ) yang tidak
mengizinkan


No comments:
Post a Comment