PATRICK HENTAM DSSA?
( jelas ia tak guna otak secara benar)
( jelas ia tak guna otak secara benar)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU-FST
Saturday
March 11/2016
SEORANG Patrick Sindu seharusnya tidak perlu membandingkan Sabah dan
Negara Amerika yang sudah merdeka/maju berabad-abad lamanya.
Jelasnya si Patrick
ini tidak menggunakan otak yang baik untuk membandingkan kemajuan Sabah dengan
negara yang lebih maju di dunia. rasa kepingin juga saya berdebat dengan dia
ini secara terbuka.
Kalaupun
dikau baru saja balik dari Amerika seperti orang "kebaru-baruan an"
tak perlulah dikau bandingkan Sabah negeri termiskin dengan negara Amerika yang
terkenal itu.
Kenapa
saja tidak kau bandingkan Sabah yang kaya sumber alam dengan negara Singapura,
Jepun yang dan lain-lain yang miskin sumber alam?
Kemudian
Patrick guna otaknya yang kurang bijak mengatakan yang Shafie mahu jadi ketua
menteri. Bila saja seorang Shafie
mengatakan dia mahu jadi ketua menteri?
Kalaupun
ada ia katakan demikian, apakah itu satu kesalahan demi selamatkan rakyat Sabah
yang menerima anugerah termiskin sekali di Malaysia dan pendidikan asas
tersorot serta paling ramai memohon bantuan termiskin?
Memang
KKLW itu menerima bilion peruntukan tetapi peruntukan itu untuk Sabah dan
Sarawak yang sama luasnya dengan Semananjung Malaysia dan lagi Shafie hanya duduki kerusi menteri itu
sekitar 4.5 tahun dan apakah dengan setahun dua boleh merubah keadaan Sabah
Sarawak yang memang mundur?
Patrick
harus tahu bahawa peruntukan KKLW itu bukan semata untuk Sabah tetapi juga
untuk bangunkan FELCRA, MARA dan banyak lagi agensi di bawah kawalannya dan
jangan lupa bila peruntukan itu disalurkan ke Sabah maka itu tanggungjawab
seorang Ketua Menteri yang mengaturnya dan bukan semata Shafie.
Shafie
sebagai menteri KKLW untuk semua negeri bukan untuk Sabah semata dan Sabah
dikuasai oleh Musa Aman selaku ketua menteri dan ada menteri2 kabinet yang
bertanggungjawab dan jangan lupa di kerajaan pusat ada sekitar 30 kementerian
dan bukan KKLW semata.
Apakah
Patrick sengaja membutakan mata dan menulikan telinga?
Kenapa
Patricik menyalahkan seorang Shafie semata seolah tidak majunya Sabah
kesan Shafie seorang?
Kalau
mengulas komen biarlah dilihat semua aspek dan siapa yang berkuasa penuh dan
jangan lupa Kabinet Malaysia dikuasai oleh Najib sementara kabinet Negeri
dikuasai oleh Musa yang punya ramai Menteri dan ramai ahli parlimen yang kuasai
parlimen serta DUN-DUN di Sabah.
Kalaupun
Patrick mahu minta dicalon, terus saja ke laman pilihanraya nanti atau bisik
ketua menteri untuk calon BARISAN NASIONAL atau nanti menjadi calon Bebas.
Tentu
rakyat mahukan Patrick Sidu menjadi wakil rakyat suarakan masalah rakyat nanti.
Kita menunggu untuk nanti lawan calon-calon parti Warisan Sabah.
Saya
ingatkan Patricik kalau komen, lihat dengan mata hati bukan mata kepala semata
atau membabi buta hentam keromo seperti orang kehilangan akal tidak waras.
CASH di
mana kau?
No comments:
Post a Comment