OLEH
SHAIMON S JUMADI-FST
Jumaat Mac 10/2017
KOTA
KINABALU: Datuk Johari berjanji bahawa pencen yang telah ditahan berpuluh-puluh tahun akan diberikan mantan pekerja Lembaga Lembaga
Pelabugan Sabah dan pencen tersebut akan di serahkan kepada Lembaga Pelabugan
Sabah dalam tempoh seminggu untuk diagih-agihkan
Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt dalam sesi pertemuan
dengan Johari Kewangan II mendapat respon mengenai isi Kumpulan Wang
Persaraan (KWAP) yang menghutangi seramai 164 orang mantam pekerja Lembaga Pelabuhan Sabah yang berjumlah
RM5.8 juta
menteri.
Walaubagaimanapun,
Wong akan terus menyusul perkembangan proses berkenaan, dan berharap pihak
berkenaan dapat memulangkan pencen kepada bekas pekerja Lembaga Pelabuhan
Sabah, supaya mereka dapat menikmati kehidupan selepas bersara dengan senang
hati.
Wong telah mengemukakan isu ini di persidangan Parlimen
pada tahun 2015, dan meminta kerajaan mengatasi masalah tersebut dengan segera.
Setelah bertahun-tahun menyusuli perkembangan tersebut dan juga mengadakan
perrbincangan di Putrajaya, isu tersebut kini mendapat perkembangan yang
memberangsangkan.
Isu ini bermula pada awal zaman penubuhan negara, bekas
pekerja Lembaga Pelabuhan Sabah tidak mendapat dividen KWSP selepas bersara,
pihak berkenaan hanya memberikan pampasan dan pencen bulanan kepada mereka, ini
kerana pada tahun 1960-an, sistem KWSP yang kita kenali masih belum
diperkenalkan, oleh itu pakej pencen yang mereka beli adalah dibekalkan oleh
Syarikat Insurans Great Eastern, sah bermula pada 1 Julai 1969 sehingga 1 Mac
1981.
Di bawah undang-undang berkenaan, pencen tersebut
sepatutnya dipulangkan kepada KWSP, supaya pesara-pesara yang terlibat
memperoleh pencen mengikut skim pencen KWSP, tetapi akibat salah transaksi,
wang berkenaan dipindah kepada KWAP, bukan KWSP, lalu pelbagai masalah turut
timbul.
Kini wang berkenaan masih ditahan, dan bekas pekerja
Lembaga Pelabuhan Sabah masih menunggu pencen mereka, banyak di antara mereka
telah meninggal dunia dan belum mendapat pencen tersebut. Kumpulan bekas
pekerja ini telah berkali-kali cuba untuk mendapatkan wang mereka kembali,
tetapi ditolak oleh pihak berkenaan.
Oleh yang demikian, Pengerusi DAP Sabah YB Stephen Wong
membantu dan menyusul perkembangan isu tersebut, supaya pencen mereka
dipulangkan, dan berharap masalah ini dapat diselesaikan dalam tempoh
perjawatan beliau.
No comments:
Post a Comment