OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-Ekoran tragedy kes rompakan
bersenjata yang dilakukan oleh orang-orang asing melibatkan kes pembunuhan
seorang Pengurus Ladang Tung Sang dan
kes menembak seorang peniaga Mohd Tahir
Mamong di Ladang Melaking baru-baru ini dan kedua-dua insiden itu tidak harus
dipandangan ringan oleh pihak keselamatan khususnya ESSCOM untuk menjejak para
penjenayah itu sehingga tertangkapannya.
Dalam konteks ini Ahli Parlimen Kawasan Sandakan Stephen Wong menjelaskan bahawa kawasan Sukau yang terletak di Kinabatangan,
Pantai Timur Sabah, berlaku 2 kes pembunuhan yang melibatkan pekerja asing
dalam masa seminggu menunjukkan walaupun ESSCOM ditubuhkan di Pantai Timur
Sabah, tetapi kesannya adalah kurang memuaskan, tahap keselamatan tidak dipertingkatkan,
malah bertambah serius.
Beliau berpendapat bahawa, pihak berkenaan
menubuhkan ESSCOM untuk menjaga keselamatan Sabah Timur, walaupun dengan
peruntukan yang banyak dan juga telah melaksanakan perintah berkurung sebanyak
17 kali berturut-turut, untuk mengelakkan segala aktiviti haram di atas laut,
tetapi disebabkan pekerja asing amat ramai dan ekonomi merosot, menyebabkan keselamatan
semakin teruk.
Wong berasa amat terkejut, kerana berlakunya
2 kes pembunuhan dalam seminggu adalah jarang berlaku di Sandakan mahupun
Sabah.
Beliau bimbang, kini terdapat lebih daripada
500 ribu orang pekerja asing di Sabah, melebihi 1 juta orang bukan warganegara
atau pendatang asing, jika tidak ditangani dengan baik, termasuk masalah
ekonomi dan masalah buruh, ini pasti akan mengancam keselamatan masyarakat,
pihak berkenaan harus memandang serius terhadap masalah ini.
Wong juga mengemukakan soalan di Persidangan
Parlimen mengenai struktur, perkembangan, bajet peruntukan dan perbelanjaan
ESSCOM sejak penubuhan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan berkata,
kini tahap keselamatan ESSZONE masih terkawal.
Menteri menjawab soalan tersebut melalui
jawapan bertulis, mendedahkan ESSCOM kini terdapat 2.5% perjawatan terdiri dari
Pengurusan Tertinggi, 44% gred Pengurusan dan Profesional dan 53.5% adalah
pegawai sokongan.
Selain itu, pihak berkenaan juga mendedahkan
sejak ESSCOM ditubuhkan pada 1 April 2013, peruntukan dan perbelanjaan belanja
mengurus dan pembangunan bagi tahun 2013 dan 2014 adalah seperti yang
ditunjukkan dalam jadual.
Wong berkata, walaupun jumlah perbelanjaan
pada tahun 2013 dan 2014 melebihi RM18juta, tetapi sehingga kini keselamatan
Sabah Timur masih belum dipertingkatkan.
Beliau mengkritik kerajaan setiap
tahun memberikan bajet yang banyak kepada pihak polis dan tentera termasuk
ESSCOM, tetapi masih tidak berkesan, beliau berharap pihak berkenaan dapat
mewujudkan sasaran supaya dapat menggunakan peruntukan dengan berkesan.
Selain itu, beliau juga mengkritik walaupun
kerajaan menggunakan wang yang banyak, malah melaksanakan beberapa
undang-undang baru untuk membasmi jenayah, tetapi kerajaan tetap tidak menuruti
semangat demokratik, menggunakan “Akta Hasutan” dan” Undang-undang Pencegahan
Keganasan” untuk menentang parti pembangkang dan bukannya terhadap kes jenayah.
Beliau menyifatkan tindakan tersebut adalah salah menggunakan sumber, kerajaan
mengambil wang rakyat untuk menggaji anggota polis menyiasat parti pembangkang
adalah tidak betul, kerana parti pembangkang merupakan bahagian yang penting
dalam politik demokratik, tetapi kerajaan pula membazirkan wang rakyat,
mengarahkan polis Special Branch mengekori, menyiasat dan mengambil tindakan
terhadap parti pembangkang, bukannya menggunakan sumber dengan betul, membuat
rondaan untuk membasmi jenayah.
Kata beliau, walaupun Perintah Berkurung
telah dipanjangkan melebihi 17 kali, tetapi masalah tetap timbul, pihak
berkenaan harus mendapatkan cara penyelesaian, termasuk membangunkan ekonomi,
menangani masalah pendatang asing dan pekerja asing.
Beliau berharap kerajaan
dapat membentangkan perancangan yang berkesan dalam RMK11 yang bakal dibentang
di Parlimen. Beliau berkata, anggota polis bukanlah ditugaskan untuk mengambil
tindakan
terhadap parti pembangkang, tetapi untuk menangkap penjenayah!
No comments:
Post a Comment