OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SUGUT:- Seorang penduduk berasal dari  Kampung Benang Sugut  Nunun Ajib 57 (gambar)   selaku ketua pemohon tanah seluas 540 ekar di
Kampung Benang  yang membabitkan 37
peserta nombor PT: 88083151-3168 dan PT: 2009081475 yang sudah dikeluarkan
geran atas nama Ibu Emas adalah perbuatan sabotaj.
Beliau berkata kedudukan
tanah tersebut sudah bertahun-tahun lamanya sejak dizaman nenek moyong mereka
lagi sebagai tanah adat warisan turun menurun.
“Yang amat menghairan kenapa
tanah adat (NCR) boleh digerankan atas nama Ibu Emas yang pemiliknya cina
daripada Semenanjung” ujar Nunun.
“Saya bagi pihak penduduk
Kampung Benang Sugut meminta jasa baik pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah
Malaysia (SPRM) agar campur tangan untuk menyelesaikan penyelewengan ini”
tegasnya.
Yang paling kami marah
tambah Nunun pihak Syarikat  Ibu Emas
selalu menggangu kepada penduduk kampung berkenaan kami mahu diusirkan keluar
dari kampung Benang sedang kami sudah berpuluh-puluhan tahun lamanya  kami duduk dikampung ini sejak  dizaman moyang  kami lagi mereka senang-senang hendak
mengusir.
“Kami sudah nekad apapun
terjadi menimpa kepada diri kami walaupun seinci kami tidak akan berganjak
untuk meninggalkan kampung ini yang sudah jadi tanah  warisan kami” tambahnya.
Macam mana kami mahu lari
dari kampung tersebut kata Nunun sedangkan tanah perkuburan dari nenek moyang,
emak, bapa dan adik beradik kami semuanya dikubur diatas tanah tersebut.
“Saya bagi pihak penduduk
Kampung Benang yang merupakan penyokong setia kepimpinan Datuk James Ratib Adun
Sugut agar dapat campurtangan menyelesaikan hal tanah ini di mana lagi kami mahu tinggal sekarang  sekirangnya kami diusir oleh penceroboh tanah itu” rayunya

No comments:
Post a Comment