Monday, 27 April 2015

JAMES RATIB BUAT LAWATAN KE ZON LINGKABAU TEMUI PENDUDUK

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SUGUT:- Sebagai wakil rakyat yang telah dipilih kita seharus tidak boleh mengabaikan permasalahan rakyat disetiap sudut  ia perlu dibantu agar sesatu masalah kecil mahu besar dapat diberekan.

Membantu rakyat disetiap kampung masalah masalah tanah,pembangunan dan juga masalah pribadi  itu sudah jadi tanggunjawab kita sebagai wakil rakyat dan perkara ini sukar dielakan.

Datuk James Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sugut berkata ketika mengadakan pertemuan dari hati kehati dengan para pemimpin Zon Lingkabau  di Kampung  Pomotodon baru-baru ini. 
Banyak aduan diterima daripada penduduk setempat antaranya masalah kemudahan asas, tanah dan juga lain-lain perkara akan diatasi segara.

“Saya harap penduduk Kampung Pomotodon agar bersabar apapun semua bentuk aduan yang saya terima pastinya saya akan selesaikan dengan sebebarap segera” ujar James Ratib.

Katanya sokongan padu terhadap kepimpinannya sabagai Ketua Bahagian UMNO Beluran dan juga Wakil Rakyat Sugut perlu disemai dihati sanubari mereka agar segala projek dengan mudah disalurkan disetiap sudut kampung khususnya di kawasan DUN Sugut agar dapat sama-sama menikmati kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
  
Ini ternyata  semenjak Datuk James Ratib menjadi wakil Rakyat bermula pada taun 2013 kawasan Sugut banyak berubah wajah dalam arus perdana pembangunan ini jelas James memang seorang berjiwa rakyat tanpa mengira siapa mereka.









No comments:

Post a Comment