Monday, 27 April 2015

GST BETUL-BETUL BEBANKAN RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH ....DAKWA WONG



OLEH:- SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Sejak terlaksananya  GST pada 1hb April ini bukan saja menjadi rungutan di kalangan orang-orang biasa  para penyokong parti pembangkang bahkan juga telah menjadi rungutan oleh para penyokong Barisan Nasional (BN) sendiri yang tidak setuju GST dilaknakan

Dan ini jelas ekoran  daripada laporan   berita yang menunjukkan Ahli Parlimen BN merungut bahawa GST perubatan anak melebihi seribu ringgit, dan Senator berkata harga barang dinaikkan 20% hingga 30% sejak pelaksanaan GST, jika harga barang tidak turun dalam 3 bulan ini, rakyat yang berpendapatan rendah akan menghadapi kesusahan dan mengakibatkan masalah sosial,

Ahli Parlimen Sandakan  (DAP) Stephen Wong menegur secara jujur  bahawa ini adalah akibat kerajaan berkeras sangat hendak melaksanakan GST,  dalam hal ini kerajaan harus bertanggungjawab terhadap perkara ini.

Wong berkata, kenyataan Ahli Parlimen BN dan Senator membuktikan parti pembangkang bukanlah membantah demi membantah seperti yang ditunjukkan oleh kerajaan BN.
Kata beliau, semasa kerajaan BN mengumumkan bahawa pelaksanakan GST bermula pada bulan April tahun ini, parti pembangkang telah meramalkan jika ia dilaksanakan, pasti akan memberi kesan yang buruk  kepada orang miskin, setiap hari diperlukan bayaran cukai 6%.
 
Beliau berkata, parti pembangkang telah membuat bantahan di Parlimen, tetapi Ahli Parlimen BN langsung tidak menghiraukan kesusahan rakyat.

Apabila bantahan ditolak di Parlimen, parti pembangkang telah menggesa untuk mengurangkan kadar GST, tetapi Ahli Parlimen BN masih tidak mendengar, menyokong kerajaan melaksanakan GST 6%, dan membantu untuk berbohong kepada rakyat, menegaskan bahawa kehidupan rakyat tidak akan terjejas selepas pelaksanaan GST, malah harga barang akan menurun.

Wong mencabar kerajaan BN menyenaraikan barang-barangan yang telah turun harga, jangan menggunakan kata-kata manis untuk menipu rakyat.

Beliau berkata, kini merupakan hari ke-24 sejak pelaksanaan GST, dipercayai rakyat dapat melihat harga barang dan keadaan di pasaran sekarang.

Tambah beliau, parti pembangkang juga pernah mencadang untuk membatalkan GST dan digantikan dengan cara seperti cukai kekayaan, tetapi kerajaan BN masih tidak mendengar. Parti pembangkang juga pernah menyaran agar menangguhkan pelaksanaan GST, kerana kini bukanlah masa yang sesuai, tetapi kerajaan langsung tidak mempeduli, biarpun parti pembangkang membahas dan mengangkat sepanduk menyuarakan bantahan.

Wong berkata, kini Ahli Parlimen dan Senator BN telah merasai kesusahan rakyat yang menghadapi GST, dan harga barang melambung tinggi, tetapi apa gunanya? Kesusahan rakyat pada hari ini adalah akibat tindakan kerajaan BN dan Ahli Parlimen BN.

Beliau juga mengutuk keras Timbalan Menteri Kewangan yang berdalih bahawa GST tidak akan menyusahkan rakyat. Selain itu, ada juga orang kaya yang berdiri bersama kerajaan BN.

Wong berasa amat kecewa dengan pengumuman Datuk Bandar DBKK, Datuk Abidin Madingkir yang melarang perhimpunan BERSIH pada 1 Mei di Padang Merdeka, Padang Chong Thien Vun dan Padang Bandar. Wong mengutuk  sekaras kerasnya  kerajaan BN menindas perhimpunan Anti-GST yang diadakan pada 1 Mei melalui DBKK dan pihak polis, tindakan ini telah melanggar prosedur demokratik.

Kata beliau, perhimpunan aman yang diadakan oleh BERSIH adalah untuk menyampaikan ketidakpuasan hati terhadap GST, merujuk kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, rakyat berhak untuk mengadakan demonstrasi aman, tidak perlu memohon tetapi dihendaki menghubungi pihak polis 10 hari sebelum demonstrasi diadakan, apakah sebabnya DBKK dan pihak polis melarang perhimpunan 1 Mei yang diadakan di 3 lokasi di bawah jagaan DBKK?

Wong menegaskan, ketiga-tiga lokasi tersebut adalah milik rakyat, walaupun di bawah jagaan DBKK, ia bukan milik peribadi DBKK atau pihak polis.

“Dalam konteks Saya ingin menambah sedikit berasaskan keterangan yang amat mengelirukan rakyat menurut Ahmad Mazlan  Timbalam Menteri Kewangan menyatakan kononya selepas pelaksanaan GST bahawa harga barang-barang keperluan akan turun, begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Hassan Malik selepas GST sebanyak 8,282 pelbagai jenis barangan akan turun.

Sementara pihak FOMCA menyatakan selepas GST harga barang-barang akan dinaikan 30 peratus jadi yang mana satu betul, jika kerajaan BN  benar-benar telus dan ikhlas  terutama sekali Ahmad Mazlan sila senaraikan nama-nama  barangan yang bakal diturunkan harganya supaya saya tahu dan tidak tertanya-tanya” tegas Wong

No comments:

Post a Comment