Monday, 20 April 2015

ENAM TAHUN TAMAN ANGGERIK DIDIAMI PENDUDUK BELUM PERNAH MPS BERSIHKAN KAWASAN SEKELILING....DAKWA PENDUDUK

OLEH: SHAIMON S JUMADI



SEKONG:- Sebilangan besar penduduk Taman Anggerik di kawasan DUN Sekong dan Parlimen Batu Sapi melahirkan kekecewaan terhadap pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sudah enam tahun perumahan Taman tersebut duduki namun belum pernah nampak pihak MSP walaupun sekali membersihkan kawasan sekeliling.

Seluruh parit mahupun longkang di sana sini tersumbat oleh hakisan dan sampah sarap dan penyejab utama longkang tersumbat dan air bertakong jadi tempat pembiakan nyamu Aedes.

Beberapa orang penduduk perumahan Taman Anggerik yang turut menyertai gotong Royong anjuran DAP bersama penduduk setempat mereka mendakwa pihak MPS  hanya pandai memungut cukai pintu tetapi soal kebajikan penduduk langsung tidak dihiraukan.

Contoh banyak parit dan longkang semuanya tersumbat menyebabkan air berakong ini sudah jelas tempat nyamuk aedes bertelur.

“Kami berterima kasih kepada pihak parti Pakatan Rakyat DAP/PKR walaupun mereka ahli-ahli pembangkang yang sering didakwa oleh ahli-ahli parti BN/UMNO sebagai petualang dan pengkhianat  bangsa dan  Negara namun  para pemimpinnya termasuk orang-orangnya mempunyai dasar keperi manusia sanggup menganjur gotong-royong menggunakan wang ringgit dan tenaga sendiri  deni mahu menyekamatkan penduduk Taman Anggerik kalau begini   conform  PRU 14  nanti tentunya  kami akan beri  undi kepada calun-calun  Pakatan”  ujar penduduk.

Sementara dalam komen Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong menjelaskan beliau merasa kecewa terhadap sikap pegawai-pegawai MPS yang langsung  tidak mahu memberikan kerjasama untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekeliling Taman Anggerik yang mempunyai penduduk hampir 1000 orang.

“Saya sudah menulis  surat rasmi kepada pihak MPS hanya meminta bantuan meminjam  peralatan itu saja untuk  kegunaan gotong royong tersebut mereka langsung tidak memberi kata putus sama ya atau tidak.

Walaupun  saya wakil rakyat pembangkang tapi kita mempunyai peranan yang sama untuk membantu rakyat kita dipilih oleh rakyat kita harus kembali kepangkuan rakyat  kita buat kerja gotong royong ini bukan untuk siapa untuk rakyat dan penduduk Taman Anggerik” jelas Wong.

Apapun Wong bagi pihak Parti Pakatan Rakyat khususnya DAP dan PKR termasuk para penduduk Taman Anggerik kerana sudi bekerja sama dan  turut menyertai dalam membantu gotong royong tersebut walaupun mereka tanpa di bayar gaji sesenpun namun menampakan mereka mempunyai semangat toleransi dan berkempromi antara satu sama lain sehingga berjayanya program gotong royong tersebut berjalan lancar tanpa ada gangguan daripada mana-mana pihak.

Gotong Royong yang dimulakan pada jam 7.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari  telah dsertai seramai 50 orang  dan  70  peratus adalah penduduk luar dan turut hadir Timbalan Ketua Cabang PKR Bandar Tommy Yapp dan ahli-ahli Majlis Tertinggi DAP Frankie Poon George Hiew dan Calvin Chong.

“Saya tidak lupa  mengucapkan terima kasih  kepada Jabatan Kesihatan Sandakan kerana sudi bekerjama dalam menyertai gotong royong inilah contoh terbaik bahawa Jabatan Kesihatan sentiasa memberikan kerjasama walaupun gotong royong dianjurkan oleh DAP kerana semata-mata untuk mempastikan  setiap penduduk adalah dalam keadaan selamat tanpa adanya dijangkiti wabak denggi gotong royong bukan kerana parti pembangkang tapi demi kebajikan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat semoga dalam keadaan baik” ujar Wong.


No comments:

Post a Comment