Sunday, 26 April 2015

SAMSUDIN RASMI MESYUARAT BERKELOMPOK CAWANGAN-CAWANGAN WANITA UMNO BATU SAPI

OLEH: AZMI AZMAN
FOTO: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:- Pergerakan Wanita UMNO merupakan tulang belakang dan sayap kanan kepada perjuangan UMNO Bahagian disaran meningkatkan  kerjasama  bagi menggembling tenaga untuk mempertabatkan perjuangan UMNO dipersadah politik tanah air.

Perjuangan kaun wanita juga amat diperlukan bagi membantu merealisasikan dan memantabkan perjuangan UMNO khususnya berdepan dengan musuh-musuh politik yang sentiasa ingin menggugat kestabilan  keharmonian dan perpaduan  erat di kalangan ahli-ahli UMNO.

Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Datuk Hj Samsudin Yahya berkata demikian ketika berucap menyempurnakan mesyuarat Berkelompok yang melibat 161 Cawangan-Cawangan Wanita UMNO Batu Sapi yang diadakan Ballroom Holeh Ibis dekat sini pagi tadi.

“Kerjasama yang intim di kalangan ahli-ahli wanita diperingkatkan cawangan dan akar umbi ia perlu disemai dan dipertingkatkan demi mengkukuhkan perjuangan yang lebih mantab” ujarnya.

Samsudin berkata  UMNO adalah parti untuk orang Melayu khususnya bumiputera perjuangannya adalah untuk membela nasib kaum dan bangsa Melayu dalam meningkatkan ekonomi dan pelbagai aspek disamping itu UMNO juga adalah rakan perjuangan dalam komponen Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti lain seperti MCA,MIC Gerakan, PBS, LDP, UPKO dan PBRS yang berperanaan untuk membela kaum masing-masing di tanah air.

Katanya lagi sejak BN/UMNO memerintah negeri Sabah bermula dari tahun 1994 sehingga sekarang rakyat dinegeri ini banyak menikmati kemudahan-kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan BN untuk  rakyat jelata tanpa mengira siapa mereka.

Contoh yang terdekat tambah Samsudin dikawasan-kawasan luar Bandar penduduk-penduduknya telah menikmati pelbagai kemudahan seperti jalanraya Klinik Desa, Sekolah, bekalan elektrik, surau-masjid,  air paip dan sebagainya.


Dari itu  kata Samsudin rakyat pada hari ini harus bersyukur dengan pemimpin-pemimpin BN yang sentiasa memikirkan dan menitikberatkan soal kebajikan rakyatnya yang banyak menyalurkan projek-projek pembangunan.  Perdana.

Terdahulu dalam ucapan Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Puan Rahimah Asrah beliau dan rakan-rakan seperjuangan dalam Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi akan setia berdiri teguh dibelakang pucuk pimpinan Ketua Bahagian  Batu Sapi akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Datuk Samsudin.

“Kami selaku Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi sama ada diperingkat Bahagian,Cawangan dan akar umbi berikrar akan  taat setia kepada pimpinan Ketua Bahagian dalam menerajui kepimpinannya sehingga akhir hayat itu janji kami” tegas Rahimah.

Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan Wanita UMNO Batu Sapi  yang dilangsungkan hari ini telah dihadiri lebih 161 ketua-ketua cawangan daripada pelbagai kampung.


Turut Hadir ialah Puan Vijay dari MIC Sandakan termasuk AJK Bahagian UMNO Batu Sapi.

No comments:

Post a Comment