OLEH: SHAIMON S JUMADI
SUGUT:- Ketua Bahgian UMNO Beluran yang juga Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut Datuk James Ratib berkata kita sebagai ahli
UMNO sama ada diperingkat Bahagian mahupun di peringkat Cawangan dan akar umbi
harus menyokong pucuk pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO
Malaysia kerana beliau merupakan
pemimpin nombor 1 di Negara ini tiada tolok bandingannya.
Katanya lagi kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sudah terbukti terutama usaha murninya melalui pendekatan Gagasan 1Malaysia
selain menyalurkan pembangunan perdana
kepada semua rakyat jelata
Pengerusi Sedcovest Holding Sdn Bhd itu, menyifatkan kepimpinan Najib adalah paling terbaik kerana sejak mengambil-alih jawatan pelbagai kemajuan berjaya dilaksanakannya sehingga negara menjadi contoh kepada sesetengah negara di dunia.
"Beliau telah berjaya menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dengan begitu baik sekali khususnya dalam konteks penyatuan kaum bila mana konsep perpaduan yang diperkenalkan dapat diterima semua pihak.
"Sebagaimana prinsip parti Barisan Nasional (BN) Sabah yang menyokong penuh dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, kami juga sebagai wakil rakyat BN daripada Umno ini akan memastikan kepimpinan Najib terus kekal.
"Kami akan berdiri teguh di belakang beliau demi kepentingan bangsa, agama dan negara," tegasnya semasa merasmikan Mesyuarat Umno Cawangan Kampung Tangkarason dan Pemimpin Bersama Rakyat di perkampungan itu, dekat sini, kelmarin.
Menurut James lagi, Perdana Menteri adalah seorang pemimpin prihatin terutama apabila beliau sentiasa mengambil berat apa jua permasalahan yang melibatkan pembangunan di negeri ini.
Dalam tidak sedar, katanya, kerancakan kemajuan yang dikecapi adalah hasil perhatian tidak pernah putus daripada Perdana Menteri kepada Sabah lebih-lebih lagi hubungan baik dengan Ketua Menteri yang disayangi rakyat iaitu Datuk Seri Musa Haji Aman.
"Kita juga menyokong penuh kepimpinan Musa selaku Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang ternyata telah berjaya membangunkan Sabah dalam pelbagai sudut pembangunan.
"Saya percaya gandingan mantap antara Perdana Menteri dan Ketua Menteri maka kemajuan akan bertambah di Sabah.
"Ini kerana, kedua-dua pemimpin ini amat menitikberatkan pembangunan rakyat jelata terutamanya di kawasan luar bandar, dan tidak terkecuali Sugut yang pada masa kini terus mendapat limpahan pelbagai pembangunan.

"Kita akan memberikan sokongan penuh agar Perdana
Menteri dan Ketua Menteri terus kekal menerajui negara serta negeri ekoran
keikhlasan mereka yang tidak pernah lupa tanggungjawab yang diamanahkan,"
jelasnya.
No comments:
Post a Comment