Monday, 27 April 2015

SAMPAI BILA KES PENCEROBOHAN TANAH-TANAH ADAT NCR AKAN BERAKHIR



SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
Freesandakantoday.blogspot.com
 

BERMULA  sejak daripada tahun  1995 lagi kalau Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) yang berketurunan suku Sungai, Kadazan, Murut dan Dusun dari awal-awal lagi mengambil perhatian penuh dalam menjaga hak-hak asasi orang Sabah khususnya anak jati tulen Sabah agar tidak jatuh ketangan orang-orang luar dari Semenanjung yang kini telah menepoli tanah-tanah adat NRC di beberapa kawasan tertentu sudah pasti perkara pencerobohan tanah-tanah adat tadi dapat dibendung.

Sekarang agak terlambat sudah dan sukar untuk  membendung atau memantau terhadap tanah-tanah adat NCR kerana 80 peratus tanah-tanah  tadi banyak diceroboh dengan membuka ladang-ladang sawit di sana sini oleh orang-orang luar.
  
Kadang-kadang bila kita mengetahui dan mendengar kes-kes tanah adat dirampas dan ceroboh oleh orang-orang daripada  Semenanjung begitu mudah membuka ladang-ladang sawit di berapa tempat seperti di Kuamut, Kinabatangan, Beluran dan di kawasan-kawasan pedalaman agak menyedihkan juga orang-orang Sungai, Murut dan Dusun yang sudah mendiami tanah-tanah adat NCR begitu lama sehingga ke empat generasi telah hilang begitu juga hak-hak asasi mereka tanpa ada rasa belas kesihan.

Ada juga kes pencerobohan tanah-taah adat ini hingga di bawa kemahkamah Tinggi selalunya yang kendalikan kes ini ialah Datuk Kong Hong Ming Syabas  Datuk Kong kerana membela nasib orang-orang kampung yang semakin hari kian tertindas hilang segala hak asasi mereka.

Sementara Jabatan Perhutanan bertindak ganas macam askar rejim Israel tanpa ada rasa simpati rasa belas kesihan rasa peri kemanusian tergamak membakar rumah-rumah mereka meradu segala tananam sawit yang sudah bertahun-tahun mengeluarkan hasil sebagai sumber pendapatan menjana ekonomi rakyat diluar Bandar.

Dengan khabarnya dengan tindakan kakitangan Jabatan Hutan membakar rumah-rumah diatas tanah adat NCR ada sekeluarga yang rentung tetapi tidak dimbil tindakan sehingga kes itu hilang begitu sahaja.

Kenapa dan mengapa para ADUN di Sabah yang berbangsa Sungai, Kadazan, Murud dan Dusun  terus diam seribu bahasa membisu tidak pernah menyuarakan hal-hal yang berlaku sebegini rupa di persidangan Dewan Undangan Negeri untuk mempertahankan hak-hak asasi orang Sabah anak tulen Sabah.

Semasa kerajaan USNO, BERJAYA dan PBS kita tidak pernah mendengar kes-kes orang Malaya mengambil atau menceroboh tanah-tanah adat NCR tetapi setelah kerajaan BN mengambil alih pemerintahan dari PBS disini mulanya kes-kes percerobohan tanah-tanah adat semakin hari semakin menjadi-jadi macam sudah jadi satu trend dan budaya orang-orang Semenanjung monopoli  tanah-tanah adat di Sabah.

Yang menjengkelkan sudah mereka ceroboh tanah-tanah orang kampung mereka usir  suruh keluar  daripada kawasan tanah itu yang juga menjadi sesebuah kampung sambil membawa polis taukey  polis suruh tembak satu-persatu penduduk yang enggan berganjak atau berpindah sungguh malang sekali nasib orang-orang   asal Sabah  yang menduduki tanah bumi sendiri akan jadi pelarian ditempat sendiri
  
Sebagai kesimpulannya sampai bila kes pencerobohan tanah-tanah adat ini boleh selesai hanya satu jalan saja kalau ADUN-ADUN berbangsa Sungai, Kadazan Murut dan Dusun bersatu hati menentang sudah pasti perkara pengambilan tanah-tanah adat  NCR boleh diatasi.

Orang-orang asing PATI yang mempunyai kad pengenalan nombor H033XXXX H.024XXXX dan H.0505XXX begitu mudah membina rumah-rumah diatas tanah kerajaan sehingga menjadi satu kampung jangan jauh-jauh pergi ke Kampung Paris 1 Paris 2 dan Paris 3 dan pergi ke Kampung Gari Nunoh siapa penghuninya kerajaan tak berani ganggu mereka tetapi kalau bangsa Sungai, Kadazan, Dusun dan Murut sudah menjadi mangsa keadaan buat selama-lamanya.

 Sungguh malang sekali nasib penduduk asal sabah berbanding dengan  penduduk warga penyu PATI  yang banyak mendapat keistimewaan daripada kerajaan BN.

Sedarlah  wahai ADUN-ADUN sabah yang berbangsa Sungai, Murut, Dusun dan Kadazan jangan mudah diperkotak katikan bantulah mereka  bagi mempertahankan tanah-tanah adat walaupun tidak mempunyai geran tapi tanah yang mereka duduki  sudah 4 generasi kuburan  nenek moyang mereka banyak dikubur atas tanah adat itu.
Kalau sikap dasar kerajaan BN di Sabah terus menerus menindas orang-orang asal Sabah terutama sekali Jabatan Perhutanan Sabah sudah tentu akan menjejaskan sokongan rakyat daripada suku-suku yang disebutkan itu terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang PRU14 nanti.

Selain GST jadi topik dan propaganda dan agenda utama  pembang kang untuk menggulingkan kerajaan BN ditambah lagi isu panas iaitu pencerobohan tanah-tanah adat NCR oleh orang-orang luar yang membuka ladang dengan sewenang wenangnya diatas bumi Sabah.
  
Ini sudah jelas kerajaan BN di Sabah akan tumbang kerana 100 peratus suku Kadazan,Dusun, Murut dan Sungai marah disebakan kes pencerobohan tanah adat sukar diselesaikan.

No comments:

Post a Comment