NUKILAN DARIPADA DG SUHAILA
TERKENANG (GMP)
Gerakan Mansuhkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris) beberapa tahun lalu yang dipimpin oleh Dato Dr Hasan Ahmad,
Hasni Abas, Prof Emeritus Abdullah Hasan, Suhaizan Kaiat dan ikon mereka
Sasterawan Negara A.Samad Said. Isu PPSMI berjaya memecah tembok politik
kepartian. Walaupun parti pembangkang sudah lama menolak PPSMI, tetapi isu ini
kembali hangat apabila satu program akedemik diadakan di Pusat Peradaban
Melayu, Fakulti Sastera Universiti Malaya.
Sesi
yang dipengerusikan oleh tokoh budaya dan bahasa Prof Dato Dr Latif Bakar itu
menjadi panas apabila dibangkitkan isu PPSMI. Seorang ahli pensyarah matematik
UKM Prof Shahrin Mat Zin mencabar ahli akedemik bangkit melawan PPSMI. Dan
beliau mengistiharkan sedia memecah tempok penjara jika benar benar ahli
akedemik hendak tentang PPSMI (maksudnya begitu, istilahnya mungkin berbeza). Beberapa
ahli akedemik dalam majlis tersebut menyambut cabaran Prof Shahrin walaupun
pengerusi mengambil sikap 'diam tersenyum'. Saya tahu sebab apa Prof Latif
diam, sebab 3 tahun saya menjadi pelajar beliau dalam bidang komunikasi dan
bahasa di Jabatan Pengajian Media.
Bermula
daripada saat itulah beberapa pertemuan diadakan. Hasni Abas seorang kakitangan
di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama Suhaizan Kaiat menjadi kordinator.
Hasni menjadi SU dan Suhaizan sebagai PSU. Mereka melamar Dato Dr Hasan Ahmad bekas
pengarah DBP untuk pengerusikan Gerakan Mansuhkan PPSMI. Gerakan ini memulakan
roadshow mereka ke seluruh negara dan semakin ramai mendapat sambutan kalangan
ahli akedemik, budayawan, sasterawan. Tidak lupa ahli politik, akrivis
masyarakat yang sememangnya bersama sejak awal menentang PPSMI.
Kemuncaknya
7 Mac 2009 diadakan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur. Perarakan dari
beberapa tempat termasuk Masjid Negara ke Istana Negara. Sebelum sampai ke
persimpangan Istana Negara, pihak polis menembak gas pemedih mata dan
menggempur peserta. A.Samad Said yang menjadi ikon ketika itu turut terkena gas
pemedih mata dan terpaksa dipapah oleh beberapa petugas.
Pemimpin politik
seperti Presiden PAS (TGHH), pimpinan PKR dan DAP yang berada di barisan
hadapan turut berpecah selepas gas yang kuat ditembak tepat ke perkumpulan
pimpinan.hadapan Masjid Negara beberapa kumpulan pelajar sekolah menengah yang
datang dari Johor dan Terengganu dipimpin almarhum Ustaz Abu Bakar Cik turut
menyertai himpunan. Mahasiswa juga tidak kurang mengusung keranda mengingatkan
kematian bahasa. Berakhir dengan kerajaan mengumumkan PPSMI dibatalkan.
Apa
yang hendak disampaikan di sini ialah bukanlah jumlah kehadiran pada hari
bantahan tersebut. Biasa sahaja pakatan parti pembangkang boleh himpun ratus
ribu ke jalan raya sebagaimana himpunan BERSIH. Tetapi kehadiran golongan luar
kebiasaan ke himpunan ini.
Ketika
solat zohor di Masjid Negara, saya terpandang kelibat Prof Emeritus Dato Dr Abu
Bakar Hamid. Seorang tokoh akedemik yang tidak dilihat dalam perkumpulan GMP
sejak awal tetapi hadir pada hari bantahan. Usinya sudah 70-an ketika itu.
Teringat dalam kelas, ketika sesi pembelajaran, Prof Bakar dihubungi Naib
Censelor UM ketika itu (Prof Hashim Yaakub) untuk bertemu beliau. Isunya keluar
di muka hadapan akhbar Harakah satu berita berjudul 'NC Ketua SB'. Jika tidak
silap berita itu memetik kenyataan Prof Bakar yang mengatakan Naib Canselor
sekarang sudah seperti SB. Kritikan mereka terhadap PPSMI dan lain lain hal di
ruang Kafe Fakulti pun sampai ke pengetahuan Naib Cancelor. beliau mohon
ditamatkan kelas sebab NC mahu mengadap beliau, bukan beliau mahu mengadap NC.
Begitulah
layaknya Prof Bakar melayan NC yang kuat politik. Saya dimaklumkan juga Prof
Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim (pakar bahasa) turut serta dalam bantahan
ini. Bahkan Dato' Hasan Ahmad itu sendiri adalah ahli UMNO. Agak janggal pada
awalnya dia bekerjasama dengan orang PAS dan Pakatan Rakyat.
Tetapi
dibantu oleh tokoh-tokoh seperti Prof Emeritus Abdullah Hasan dan isterinya
Puan Ainon serta Prof Shaharin Mat Zin, mereka bersemangat menggiatkan kempen
tersebut. Sasterawan Negara A. Samad Said juga agak janggal pada awalnya. Namun
selepas isu PPSMI, beliau turun padang bersama rakyat sehingga sedia ditarik
balik gelaran Sasterawan Negara. Isu ini luar biasa kerana bantahannya
melampaui kepartian. Walaupun tidak dinafikan parti politik antara terkuat
menggerakkan kempen ini.
Hari
ini kita berdepan isu GST. Dalam trmpoh sehari ini, rakyat mula bersuara.
Hilang imej kepartian. Rakan rakan daripada UMNO dan BN turut mengeluh.
Penjawat awam termasuk pegawai kastam dan polis pun mengeluh. Dua hari dalam
tahanan kami mendalami anggota polis yang menerangkan buruknya GST ini dengan
kefahaman yang tinggi. Bukan dibuat buat melainkan mereka turut membaca dan
mengkaji. Hari ini pakat pakat mula rasai kesannya.
Tidak
timbul isu ini percukaian terbaik. Asas utama ianya membebankan rakyat. Negara
dan rakyat belum bersedia. Gaji tidak setimpal. Khidmat kerajaan kepada rakyat
di tahap tidak memberangsangkan berbanding cukai dibayar. Perdana Menteri, ahli
keluarga dan pembesar-pembesar negara hidup terlajak mewah. Projek-projek
kerajaan banyak gagal, tiris, membazir mengakibatka kerugian wang rakyat
berpuluh-puluh bilion. Hutang negara ditahap kritikal. Akhirnya penyelesaian
rakyat perlu berkorban atas kegagalan mereka.
Isu ini
sudah melangkaui parti. Saya menolak kutukan sinis kita kepada rakan-rakan
daripada parti sebelah yang mengeluh. Kita menyeru mereka turut bersama.
Seorang pegawai kanan KASTAM memaklumkan kepada kami pagi tadi, polis hadir
ramai di KASTAM walaupun diketahui kehadiran kami hanya 10 orang disebabkan
mereka bimbang rakyat yang tidak dijemput turut hadir.
Mereka mengatakan
perkumpulan rakyat yang berkumpul di Giant, Tesco, Econsave dan lain lain kedai
malam semalam untuk membeli stok barangan cukup membimbangkan. Jika mereka itu
turun serta ia mencemaskan. Kami katakan benar. Tetapi bukan hari ini.
Tetapi
nantikan bantahan besar besaran daripada rakyat, semua akan dan mesti turun.
Ketika itu pegawai kerajaan, ahli akademik, pelajar sekolah, pegawai kastam,
anggota polis, ahli UMNO mesti turun bersama penentang setia daripada parti
pembangkang, ngo-ngo dan aktivis masyarakat.
Kalau
ahli UMNO tegar seperti Dato Dr Hasan Ahmad berani turun dalam bantahan PPSMI,
apalah sangat dengan yang berjawatan kecil. Ayuh kita gerakkan bersama. Bukan
untuk sesiapa tetapi untuk rakyat seluruhnya dan generasi akan datang.
Mohd
Nasaie Ismail
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia
1 April 2015
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia
1 April 2015
No comments:
Post a Comment