OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDKAN:-
Isu perbezaan penurunan tariff antara Semenanjung dengan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan Ahli Parlimen
Sandakan Stephen Wong meminta supaya
Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air Datuk Dr Maximus Ongkili menyatakan tentang isu berkenaan dan capital
contribution perumahan Sabah yang lebih tinggi berbanding di Semenanjung telah
mendapat jawapan daripada menteri.
Menurut
jawapan bertulis daripada menteri, kadar penurunan tariff dalam bentuk rebat
bil elektrik di Semenanjung sebanyak 2.25 sen/kWj adalah berbeza dengan Sabah
dan Wilayah Persekutuan Labuan yang lebih rendah kadarnya iaitu sebanyak 1.20
sen/kWj. Ini adalah kerana kaedah atau asas pemberian rebat adalah berbeza.
Bagi Semenanjung, penurunan tersebut adalah merupakan hasil penjimatan yang
diperolehi daripada mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) sebanyak
RM726.99 juta kepada pengguna-pengguna di Semenanjung yang diterjemahkan dalam
bentuk rebat bil elektrik sebanyak 2.25 sen/kWj.
Penjimatan
tersebut adalah disebabkan oleh penggunaan lebih banyak bahan api arang batu
yang lebih murah harganya berbanding dengan bahan api seperti Medium Fuel Oil
(MFO) dan Distillate. Keadaan sedemikian berlaku kerana loji-loji jana kuasa
arang batu telah beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan yang membolehkan
bekalan elektrik Negara dapat mengurangkan kebergantungan ke atas sumber Medium
Fuel Oil dan distillate. Pada masa yang sama, harga arang batu yang menurun
turut menyumbang kepada penurunan kos penjanaan di Semenanjung.
Di
Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, mekanisme ICPT tidak digunakan bagi
maksud menetapkan kadar tariff elektrik. Perkiraan kadar tariff bergantung kepada penggunaan
bahan api dalam penjanaan elektrik.
Dalam hal ini, campuran bahan api untuk
penjanaan berbeza daripada Semenanjung. Pada ketika ini, campuran bahan api
utama penjanaan bagi Semenanjung adalah merangkumi arang batu(47.66%), gas
(44.11%), hidro(8.24%) dan MFO/Distillate(0.7%). Bagi Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan pula, campuran bahan api utama penjanaan adalah terdiri
daripada gas (83.77%), MFO/Distillate (8.77%), hidro (4.60%) dan biomass
(2.86%).
Jelas
kelihatan bahawa bahan api utama di Sabah adalah gas di mana harga subsidi gas
berpaip di Sabah sebanyak RM6.40/mmBtu adalah jauh lebih rendah daripada harga
bagi Semenanjung iaitu RM15.20/mmBtu. Oleh yang demikian, rebat sebanyak
1.20sen/kWj mulai 1 Mac hingga 30 Jun 2015 yang diberikan bagi Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan sungguhpun lebih rendah akan melibatkan subsidi
Kerajaan sebanyak RM50 juta bagi tempoh tersebut. Ini berbeza dengan apa yang
berlaku di Semenanjung dimana rebat yang diberikan berasaskan penjimatan dalam
mekanisme ICPT dan tidak melibatkan peruntukan tambahan Kerajaan. Pemberian
rebat di Sabah dan Wilayah Persekutuan adalah dibuat semata-mata atas keperhatinan
Kerajaan ke atas kebajikan rakyat berpendapatan rendah.
Kementerian
mengambil maklum mengenai kadar sumbangan modal atau “capital contribution”
yang dikenakan oleh pihak SESB yang tinggi berbanding kadar yang dikenakan oleh
TNB bagi memberi bekalan elektrik kepada pengguna di Negeri Sabah dan WP
Labuan.
dalam
kaedah pelaksanaan dan caj yang dikenakan oleh pihak SESB berbanding TNB ini
adalah disebabkan oleh struktur kadar tariff dan kategori pengguna yang sangat
berbeza di antara Semenanjung dan Negeri Sabah. Pada masa ini, sebahagian besar
perbelanjaan kos modal TNB iaitu dalam 75% dapat dikutip melalui kadar tariff
elektrik, manakala bagi SESB, syarikat ini masih belum memperoleh kadar pulangan
yang dapat menampung perbelanjaan kos modalnya khususnya bagi menampung kos
sambungan bekalan elektrik baru.
Sehubungan
dengan itu, pihak SESB telah dibenarkan mengenakan caj sambungan pengguna
berdasarkan kos pembekalan elektrik mengikut kos modal sebenar yang diperlukan
bagi penyambungan bekalan elektrik kepada pengguna. Kadar caj sambungan di
Negeri Sabah adalah bergantung kepada beberapa faktor antaranya kehendak
maksima yang dipohon serta jarak dari premis yang memerlukan bekalan elektrik
ke pepasangan elektrik yang terdekat.
Manakala, pihak TNB hanya mengenakan caj
sambungan berdasarkan kepada kadar tetap mengikut tahap voltan sambungan
bekalan elektrik yang dipohon pengguna.
,
Kementerian sedang mengkaji semula kaedah pelaksanaan dan caj sambungan
pengguna yang dikenakan oleh pihak SESB di Negeri Sabah dan WP Labuan bagi
memastikan kaedah yang lebih mudah dan kadar yang tetap seperti mana
pelaksanaan oleh TNB di Semenanjung.
Stephen
Wong yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah berpendapat bahawa, walaupun
kerajaan berikan insentif kepada bekalan elektrik di Sabah, namun ini tidak
dapat rasionalisasikan tariff elektrik Sabah yang tinggi dan sumbangan modal
yang lebih tinggi. Oleh kerana Sabah kaya dengan sumber asli dan juga sebagai pengeluar
gas asli, lebih daripada 80% bahan api menggunakan gas asli sepatutnya tiada
masalah, jika dapat menggunakan sumber dengan sebaik-baiknya, tariff elektrik
Sabah sepatutnya paling rendah di seluruh Malaysia, tetapi kini pula menjadi
tariff elektrik yang paling mahal, ini sangat tidak munasabah!
Kata
beliau, kerajaan melemparkan tanggungjawab dengan menyatakan kos tinggi,
akhirnya membiarkannya sahaja. Ini sama seperti
dalam RMK10, anggaran peruntukan kerajaan persekutuan kepada SESB adalah
RM2.4 billion, tetapi akhirnya peruntukan sebenar yang diberikan tidak sampai
RM300juta , ini membuktikan pembahagian sumber persekutuan adalah tidak adil,
mengakibatkan Sabah kini masih menghadapi masalah kekurangan bekalan elektrik.
Beliau
berharap dalam RMK11 dalam 5 tahun yang seterusnya, kerajaan dapat mengemukakan
dasar pembangunan tenaga yang jelas dan mampu memajukan Sabah, supaya bekalan
elektrik Sabah lebih berkesan, bersih dan murah, membela nasib rakyat Sabah, terutamanya
kadar sumbangan modal yang tidak adil patut dimansuhkan. Beliau berkata, SESB
merupakan syarikat milik seluruh rakyat, jika tidak mampu memberikan kebaikan
kepada rakyat, maka haruslah menukar orang untuk mengurusnya!
No comments:
Post a Comment