CORETAN DARI MEJA
EDITOR FST NEWS
SHAIMON S JUMADI
PAGI
tadi kira-kira jam 10.00 pagi saya terpanggil untuk membuat lawatan ke Kampung
Nunuyan Laut kira-kira 50 batu nautika jauhnya dari Bandar Sandakan kalau
menaiki bot laju hanya memakan masa 28
minit saja untuk sampai ke pulau tersebut.
Pulau Nunuyan Laut adalah
dibawah lingkungan kawasan Parlimen Libaran dan di DUN Sungei Sibuga yang rata-rata penduduknya adalah terdiri daripada keturunan suku Banjar, Suluk dan Bajau .
Memang tidak dinafikan Pulau
Nunuyan banyak mendapat pelbagai kemudahan asas seperti Klinik Kesihatan,
Sekolah, Masjid dan juga bekalan elektrik daripada pihak Sabah Elektrik Sdn
Bhd (SESB).
Cuma yang agak menyedihkan
kampong itu langsung tiada bekalan air bersih seperti paip air, mereka
rata-rata membina telaga (perigi) sendiri masing-masing dengan mengguna water pump machine
untuk menyedot air untuk sampai
kerumah.
Saya pergi Pulau Nunuyan
telah di temani oleh Pagawai Khas II Parlimen kawasan Sandakan Dayang Zubadai Datu Tahil dalam temubual dengan Ketua Kampung Nunuyan Laut KK
Halid Abdullah yang telah berkhidmat selama 19 tahun sebagai Ketua Kampung di
Kg Pulau tersebut.
Dalam temubual tersebut
beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian segala
kemudahan asas untuk keperluan penduduk berkenaan cuma beliau mohon jasa baik kepada pihak kerajaan agar dapat
membekalkan air bersih seperti air paip demi menjamin kesihatan.
Begitu juga walaupun kampong
itu mempunyai bekelan elektrik daripada SESB tapi hanya boleh digunakan dari
jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam.
“Saya bagi pihak penduduk
Kampung Nunuyan Laut merayu kepada pihak
SESB agar dapat membekalkan elektrik ke kampong ini selama 24 jam.
“Saya percaya jika pihak
SESB boleh membekalkan bekalan tenaga dalam tempoh 24 ini juga memberikan kemudahan kepada
penduduk kampung yang 90 peratus mereka adalah golongan nalayan boleh membuat
air batu (ais batu) untuk dibawa kelaut untuk disimpan didalam tong ikan-ikan hasil tangkapan mereka “ katanya lagi.
Sejurus selepas kami dari
rumah KK Halid kami terus menuju ke markas
Esscom yang terdiri daripada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) seramai 17 orang dibawah takbir Inspektor
Donald anggota berasal dari Bumi Kenyalang.
Mereka ditugaskan untuk
membuat roandaan dipersisiran sepanjang pantai untuk mengawal rapi bagi
menjamin tahap keselamatan di Pulau
tersebut.
Dalam temuramah khas dengan
wartawan kanan Free Sandakan Today Donald memberitahu mereka ditugaskan di Pulau
tersebut cukup gembira kerana segala kemudahan telah disediakan oleh pihak
pemerintah.
Kemudian Dayang membawa saya pergi ke bangunan Sekolah
Kebangsaan Nunuyan Laut dan sempat berbicara mengenai pasarana di sekolah berkenaan.
Kata guru besar sekolah
berkenaan walaupun terdapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik menggunakan
Solar boleh gunapakai masalahnya tenaga
solar berkenaan tidak dapat menampung keperluan untuk membekalkan tenaga elektrik
terdapat berapa buah bangunan pra sekolah dan dua buah rumah mewah yang
dikhaskan untuk menempatkan Guru Besar dan Penolong Kanan Guru tidak mempunyai
bekal elekrik.
Saya dan Dayang Zubaidah
mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung Nunuyan Laut KK Halid Abdulah dan
Inspektor Donald dan juga Guru Besar kerana memberikan kerjasama sepenuhnya dalam
kami membuat kerja kupas mengupas semoga tersiarnya aktikel ini pihak-pihak
yang berwajib dalam mengambil perhatian khususnya mengenai bekalan air paip dan
bekalan elektrik 24 jam di kampung yang
bersangkutan itu
Hampir ketinggalan satu
perkara perlu diselongkar atau dibongkar sejajar dengan kosep The Sabah Insider
“Membongkar Kemungkaran-Mempertahankan Kebenaran” iaitu pagar sekolah banyak
bolong sana bolong sini ia perlu dibaiki kerana banyak asu (anjing-anjing)
masuk keruangan kawasan sekolah termasuk juga lembu-lembu (sapi) turut menceroboh (mana Esscom) ke kawasan sekolah kerana pagarnya sudah
bobrok perlu dibaiki segera
No comments:
Post a Comment