OLEH: SHAIMON S JUMADI
KOTA KINABALU:- Ketua
Bahagian Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Arsah menyifatkan perbincangan mengenai
aktiviti-aktiviti Wanita UMNO diperingkat Bahagian yang telah dipengerusikan
oleh Ketua Wanita UMNO Negeri Datuk Hajah Armani Datuk Hj Mahiruddin merangkap Ketua Wanita Bahagian UMNO Libaran yang
diadakan di Pejabat Perhubungan UMNO
Negeri Kota Kinabalu kelmarin banyak
menfaatnya untuk Wanita UMNO Sabah.
Kata Rahimah banyak perkara-perkara yang telah dibincangkan itu
antaranya mengenai Mesyuarat
Cawangan-Cawangan Wanita UMNO disemua peringkat Bahagian yang kini sedang berjalan sehinga 2hb Mei
ini.
Mengadakan program-program dan aktiviti-aktiviti Wanita ini
sejajar wanita UMNO adalah sebagai tulang belakang Parti.
Wanita UMNO juga menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang juga selaku Presiden UMNO
Malaysia dan dalam masa yang sama perlu
juga menghormati mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammed ada hikmah
disabilknya isu-isu yang berlaku
sekarang dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
Sambil itu tambah Rahimah dalam mesyuarat itu juga tidak
ketinggalan membincangkan mengenai jadual lawatan rasmi ke Sabah Datuk Seri
Peduka Shahrizat Abdul Jalil pada bulan Ogos ini.
Katanya lawatan itu
Shahrizat itu nanti ia dapat menjalinkan dan mengukuhkan perpaduan di kalangan
Wanita-Wanita UMNO diperingkat Persekutuan, Negeri dan juga Bahagian serta
keakar umbi.
Salah satu alternative Wanita UMNO hendaklah sentiasa bersiap sedia berdepan dengan isu-isu
semasa dan gerak kerja harus
dilaksanakan untuk mencapai sasaran dan objektif parti untuk mengekakalkan
mandate terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) khusus bagi menghadapi PRU14 nanti
Jelas Rahimah hubungan
dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat sekeliling harus dipupuk demi menjalinkan keharmonian untuk
mewujudkan semangat setia kawan antara satu sama lain.
Turut hadir sama dalam perbincangan itu ialah Naib Ketua UMNO
Negeri yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk
Jainab Ayid.
No comments:
Post a Comment