OLEH: SHAIMON S
JUMADI
SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong antara lain menjelaskan
memandangkan negara kita kini bukan saja mengalami kemorosotan ekonomi. Bahkan
telah menghadapi pelbagai masalah seperti musibbah banjir, nahas kapal terbang
akan disusuli pula GST yang akan berkuatkuasa pada 1 April ini.
Dengan itu Wong mewakili
rakyat di seluruh Negara ini
menyeru kepada kerajaan agar menangguhkan dahulu pelaksanaan GST 6 peratus itu kerana
ini akan memberi impak negatif kepada
rakyat rakyat jelata.
Wong menunjukkan bahawa, memasuki tahun yang baru ini, rakyat
masih mengalami masalah ekonomi, hutang negara juga tidak terkecuali. Pada masa
yang sukar ini, kerajaan tidak wajar melaksanakan GST 6%, dan masa kini juga
bukan masa yang sesuai untuk pelaksanaan cukai tersebut.
Beliau menggesa kerajaan BN, merealisasikan konsep “Rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan”, bukannya bercakap sahaja.
Wong menegaskan bahawa, kerajaan dipilih oleh rakyat, kini GST
melanda sehingga kupon parking juga perlu bayar GST. Cukai ini mendatangkan
kesan yang serius kepada golongan pendapatan rendah dan tengah, membebankan
rakyat.
Menurut beliau, terutamanya di Sabah, disebabkan Dasar Kabotaj
(pengangkutan laut)masih belum dimansuhkan, menyebabkan harga barang di Sabah
30% lebih mahal berbanding dengan Semenanjung, ini amat tidak adil kepada orang
Sabah. Adakah ini 1 Malaysia? Jika ini adalah 1 Malaysia, harga barang di Sabah
dan
Semenanjung sepatutnya sama, apakah penjelasan kerajaan BN?
Wong berkata, oleh kerana harga barang di Sabah 30% lebih mahal
berbanding dengan Semenanjung, seandainya GST dilaksanakan, rakyat Sabah akan
bertambah sengsara, dan kena membayar GST yang lebih tinggi berbanding dengan
Semenanjung, adakah ini adil untuk orang Sabah?
Beliau menegaskan bahawa, Sabah adalah negeri yang paling miskin,
kini kena membayar GST yang lebih tinggi apabila ia dilaksanakan, apa
sebenarnya pemimpin Sabah sedang buat? Adakah mereka berfikir untuk orang
Sabah?
Katanya, pendapatan orang Sabah adalah 30% lebih rendah daripada
Semenanjung, dan menghadapi harga barang 30% lebih tinggi. Yang paling miskin
kena bayar harga barang yang lebih mahal dan GST yang lebih tinggi, apakah
rasional ini? Pemimpin Sabah sepatutnya berusaha sedaya upaya untuk
mempertahankan kepentingan rakyat Sabah, bukannya membiarkan orang Sabah
dieksploitasi.
Wong juga berasa amat tidak munasabah dengan pengumuman Jabatan
Kastam Sabah tentang dendaan RM100 setiap hari bagi syarikat yang mencapai
pendapatan tahunan RM500 ribu tetapi gagal mendaftar GST.
Wong berkata, pegawai kastam memberi penerangan yang tidak jelas, semuanya
memberi maklumat yang berlainan, mengelirukan para peniaga. Mengapakah kerajaan
tergesa-gesa melaksanakan GST? Adakah takut terlambat mengeksploitasi rakyat?
No comments:
Post a Comment