OLEH: LEE KUN FATT
FOTO DTK
ZACK 1
Datuk Haji
Zakaria (bertopi putih) berjumpa dengan pemandu-pemandu lain selepas kemalangan
itu berlaku.
FOTO DTK
ZACK 2
Lokasi
kemalangan yang membabitkan enam buah
kenderaan termasuk kenderaan yang dinaiki Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris di
Batu 34 Jalan Beluran-Sandakan pada hari Isnin
SANDAKAN:
Kenderaan yang dinaiki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Haji
Zakaria Haji Mohd Edris telah terlibat dalam satu kemalangan di Batu 34 Jalan
Beluran-Sandakan pada hari Isnin ketika beliau serta rombongan dalam perjalanan
pulang dari melawat dua kampung yang
dilanda banjir kilat.
Kemalangan
itu berlaku lebih kurang jam 2.30 petang apabila sebuah lori tanker minyak yang
datang dari arah bandar Sandakan terbabas ketika turun bukit lalu terlanggar lima
buah kenderaan lain yang berada di arah bertentangan termasuk kenderaan pacuan
empat roda yang dinaiki Zakaria.
Zakaria
serta isteri beliau, Datin Hajah Raisah Jubar , Pemimpin Pembangunan Masyarakat
(PPM) DUN Gum Gum Kamal M. Said dan seorang lagi staf Pejabat PPM DUN Gum Gum
tidak mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.
Pegawai
Kemajuan Masyarakat (CDO) DUN kawasan Gum Gum Rosly Aziz yang berada dalam
sebuah kenderaan lain juga tidak mengalami kecederaan.
Pemandu
lori tanker minyak itu yang terbabas itu luka di bahagian muka, kepala serta
badan dan telah dikejarkan oleh orang awam ke Hospital Daerah Beluran untuk
rawatan. Seorang lagi pemandu lori tanker minyak yang lain pula mengalami
kecederaan ringan.
Difahamkan
hujan yang turun pada pagi Isnin itu telah mengakibatkan permukaan jalanraya di
kawasan tersebut basah serta licin.
Zakaria
yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri dan rombongan sedang dalam perjalanan pulang
setelah mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Memanjang dan Kampung Jaya Bakti
yang dilanda banjir kilat pada hari Ahad.
Beliau
telah berjumpa dengan para penduduk dan menasihati mereka supaya sentiasa
berwaspada serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan
banjir pada musim tengkujuh ini.
Zakaria turut meminta penduduk kerap mendengar
laporan kaji cuaca terkini melalui media dan bersedia untuk berpindah jikalau
diarah oleh pihak berkuasa apabila berlaku banjir di tempat-tempat mereka.
Banjir
kilat yang melanda kedua-dua kampung berkenaan telah pulih semula selepas air
banjir surut pada hari Isnin.
No comments:
Post a Comment