OLEH: SALBIAH LEE ABDULLAH
Zakaria berjumpa dengan penduduk di
Kampung Gum Gum ketika meninjau tempat-tempat dilanda banjir kilat di kawasan
beliau
Sungai Gum Gum yang melimpahi tebing
ketika hujan lebat Selasa lepas dan membanjiri kawasan berdekatan kini sudah
surut
GUM-GUM:- Ahli Dewan Undangan Negeri
(DUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris akan mengemukakan beberapa
cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk menangani masalah banjir kilat di kawasan
DUN Gum Gum.
Zakaria yang juga Pembantu Menteri
Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, telah membuat tinjauan tempat-tempat
dalam kawasan beliau yang sering dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat turun
berterusan awal minggu ini.
Lawatan pada Khamis petang itu
merupakan kali kedua beliau turun padang dalam tempoh seminggu ini meninjau
tempat-tempat terbabit termasuk Kampung Gum Gum, Kampung Sungai Memanjang dan
Kampung Jaya Bakti.
Menurut Zakaria, antara
cadangan-cadangan berkenaan ialah untuk menaiktaraf infrustruktur asas seperti
parit serta jalan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti sering berlaku
banjir kilat ketika musim tengkujuh.
Dalam tinjauan beliau pada Khamis itu,
jalan menuju ke Kampung Sungai Memanjang telah ditenggelami air sedalam paras
lutut dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil.
Zakaria mengingatkan penduduk-penduduk
yang di tempat-tempat terbabit supaya sentiasa berwaspada dan bersedia untuk
berpindah apabila diarah oleh pihak berkuasa.
Beliau juga menasihati penduduk kampung
agar tidak membenarkan anak-anak mereka bermain di kawasan banjir untuk
mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Menurut Zakaria, beliau turut akan
mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membina dewan baharu di Kampung
Sungai Memanjang dan Kampung Gum Gum.
"Kampung Sungai Memanjang tidak
mempunyai dewan ketika ini manakala dewan yang sedia ada di Kampung Gum Gum itu
pula kecil. Pembinaan dewan-dewan baharu di kedua dua tempat tersebut
membolehkan penduduk mengadakan aktiviti dan majlis keramaian selain daripada
digunakan sebagai pusat pemindahan sementara apabilia berlaku bencana
alam," tambah beliau.
Ketua Kampung Sungai Memanjang Abdul
Samad Tebaron memberitahu media bahawa setakat ini keadaan masih terkawal dan
belum ada pemindahan dilakukan.
"Penduduk kampung yang membabitkan
39 buah keluarga itu masih dibenarkan berada di rumah mereka," tambah
Abdul Samad.
Dalam pada itu, Abdul Samad berharap
Kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah banjir kilat itu.
Antara yang hadir dalam tinjauan ialah
Pemimpin Pembangunan Masyarkat (DUN) Gum Gum Kamal M Said dan Pegawai Kemajuan
Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz.
TAMAT
No comments:
Post a Comment