OLEH: SHAIMON S
JUMADI
FOTO APEK ANSUKOI
SANDAKAN:-
Majlis Mesra Ria Diambang 2015 anjuran
bersama Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan, Majlis Pembangunan Wanita
Kebangsaan (MPWK) PAWANI, JUWITA dan An Nur P186 Sandakan yang diadakan
diballroom Sabah Hotel pagi tadi dapat sambutan.
Beberapa
acara menarik telah dipersembahkan antaranya nyanyian Karaoke, Tari Menari dan
Tukar-Tukar Hadiah dan tidak ketinggalan juga taklimat mengenai fungsi-fungsi
dan peranaan MPWK, JUWITA, PAWANI dan An Nur yang disampaikan sendiri oleh
Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong.
Dalam
ucapan alu-aluan Noraini antara lain
menjelaskan mengenai JUWITA ditubuhkan di kawan P186 Sandakan adalah untuk
membantu para balu-ibu tunggal sama ada kematian suami atau cerai hidup khas
untuk pengundi kawasan P186 yang merangkumi kawasan DUN Elopura dan DUN Tanjung
Papat.
Katanya
para balu yang ingin mendapat pelbagai bantuan yang disaluran oleh agens-agensi
kerajaan mereka mesti mengemukakan sijil
mati atau sijil penceraian asal yang dikeluarkan daripada JHEAINS atau pihak-pihak tertentu yang diikhtiraf.
Sementara
Pengerusi JUWITA P186 Sandakan Puan Hajah Dayang Siti Pulau merasa kecewa
walaupun pihak ingin membantu para ibu tunggal tapi masih ada yang malu untuk tampil kedepan
untuk mengaku diri mereka ibu tunggal.
“Kenapa
harus malu kalau kita mengaku sebagai ibu tunggal atau janda dan balu kalau ini
hakikatnya yang sebenar daripada malu untuk mengaku sebagai janda/balu atau
erti kata lain ibu tunggal mereka terpaksa hilang semua peluang yang sedia ada
untuk mendapatkan bantuan dalam pelbagai
aspek siapa yang rugi.” tegas Hjah Siti Pulau.
Sementara
PAWANI yang dipengrusi oleh Ketua-Ketua Cawangan UMNO dan Parti-Parti Kompoenan
BN seperti LDP,Gerakan, MIC, UPKO, PBRS, MCA dan PBS setiap program yang dijalankan mereka
memperoleh peruntukan sebanyak RM500.00 dalam sebulan sebagai contoh kalau
kumpulan Sangkar Maut menjalankan aktiviti anyaman dan jahit-menjahit empat
kali mereka boleh dapat peruntukan
sebanyak RM2,000.00.
Wang
RM2,000.00 tadi Kata Noraini boleh diagih-agihkan kepada ahli-ahli cawangan
dengan cara begini saja kita dapat membantu ahli-ahli.
Turut
hadir dimajlis tersebut Lily Chung dan rombongan
Lou Kim Mee dan Lin Oi Mee daripada Gerakan dan Salina Titi daripada
PBS.
No comments:
Post a Comment