Zakaria (tengah) serta pegawainya dan
pemimpin kampung bersama mangsa kebakaran kelmarin
OLEH: AZMI AZMAN
GUM-GUM:- Sembilan orang dari satu keluarga yang
kehilangan rumah dalam kebakaran di Kampung Banting, Batu 12, menerima bantuan
daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd
Edris.
Zakaria, yang juga Pembantu Menteri
Kerajaan Tempatan Negeri dan Perumahan, telah menyampaikan bantuan kewangan
serta bekalan makanan ketika beliau melawat mangsa di kampung berkenaan
kelmarin pagi.
Beliau berharap sumbangan ini akan
serba sedikit dapat meringankan beban mangsa kebakaran.
Zakaria berkata beliau turut
mengarahkan pegawai beliau untuk mengenalpasti apa-apa bantuan lain yang diperlukan
oleh mangsa.
Sementara itu, ketua keluarga mangsa
kebakaran Chin Kui Hin @ Ridzuan, 47, yang menerima bantuan dari Datuk Zakaria,
berkata mereka amat berterima kasih kepada Zakaria atas keprihatinan beliau.
Ridzuan memberitahu bahawa kebakaran itu
berlaku lebih kurang jam 2 pagi Jumaat lepas. Beliau bersama isteri, lima orang
anak berumur antara enam hingga 13 tahun, bapa mertua dan adik ipar sempat
melarikan apabila mendengar jeritan dari jiran.
Kami tidak dapat menyelamatkan
barang-barang serta dokumen penting kerana api merebak sangat pantas, kata
Ridzuan lagi.
Ridzuan yang berkerja sebagai tukang
cermin, dan keluarganya tinggal di rumah itu lebih 10 tahun. Mereka sekarang
tinggal sementara di rumah jiran ekoran kejadian itu.
Hadir bersama dengan Datuk Zakaria
dalam lawatan ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said
dan Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz.
TAMAT
No comments:
Post a Comment