LIBARAN:- Timbalan Pengerusi Jawatankuasa DAP Sandakan
menyelar pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang tidak mengambil sebarang
tindakan mengenai masalah yang terdapat di Gerai Tingkat 3 Pasar Batu 8 Jalan
Labuk.
Banyak
masalah yang dihadapi system peparitan tersumbat,penapis minyak rosak
ditinggalkan tidak diganti baru, saling bocor di sana-sini dan lantai menakung
air walaupun perkara ini sudah berkali-kali dimaklumkan kepada pihak MPS namun
sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil
Hiew
berkata demikian selepas menerima aduan dan meninjau keadaan pasar tersebut.
Hiew juga berpendapat bahawa sikap pihak berkuasa yang tidak menghiraukan
aduan-aduan pengusaha gerai makanan di pasar, adalah bertentangan dengan slogan
“Rakyat didahulukan” yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri.
Menurut
Hiew, semasa hari hujan, siling bocor dan air menitis, menyebabkan lantai
bertakungan air, para peniaga membersihkan lantai tersebut supaya perniagaan
tidak terganggu. Apabila sistem perparitan tersumbat, para peniaga terpaksa
memakai kasut boot getah untuk berniaga, malah ada kalanya terpaksa berjalan
dan dikelilingi air kotor dan busuk, manakah
kakitangan MPS telah pergi?
Beliau
juga berkata, setiap gerai di Pasar batu 8 terdapat sebuah penapis minyak,
tetapi setelah ditanggalksn oleh pihak MPS 1 tahun yang lalu, sampai kini belum
dapat diganti balik, menyusahkan para peniaga. Pihak berkuasa patut menjelaskan
di manakah penapis minyak berkenaan, dan mengapa tidak dipasang balik setelah ditanggal.
Hiew
menggesa pihak MPS mengambil berat terhadap masalah ini, jangan hanya memberi
alasan bahawa MPS tiada peruntukkan.
Hiew
juga mengkritik presiden MPS tidak berupaya untuk mengurus sebuah pasar yang
berada di bawah daerah pilihan raya Ketua Menteri, oleh itu patut meletak
jawatan dan memohon maaf, memberikan ruang kepada orang yang ada kesungguhan
untuk berkhidmat kepada rakyat, supaya keadaan Sandakan tidak bertambah teruk.
Katanya
lagi sejak James Wong dilantik sebagai Presiden MPS dalam beberapa tahun
ini beliau telah gagal menjalankan
tugas-tugasnya sebagai orang nombor satu dipentadbiran kerajaan banyak masalah
rakyat di Sandakan tidak dapat diselesaikan malahan keadaan disekeliling
kawasan Sandakan bertambah teruk apa punya presiden. POSTED BY THE SABAH
INSIDER.net
No comments:
Post a Comment