OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong menyoal kerajaan Negeri BN dan Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) berhubung
dengan masalah rumah-rumah teres berhampiran dengan bukit di Fasa 2 Taman Indah
Jaya KM 7.9 yang mengalami ancaman tanah sekali lagi.
Adakah
kerajaan dan MPS mahu menunggu sehingga ada orang mati tertimbus tanah baru
ambil tindakan drastic terhadap masalah itu inikah dasar kerajaan BN atau dasar
MPS.
Menurut
beliau, penghuni rumah teres di kawasan tersebut mengalami ancaman tanah runtuh
selama 4 tahun, tetapi kerajaan negeri BN dan MPS masih tidak mengambil
tindakan.
Katanya,
penghuni-penghuni Taman Indah Jaya yang mengalami ancaman nyawa dan
harta-benda, pernah menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri,
dan surat berkenaan ditandatangani bersama, tetapi kini ancaman yang dihadapi
bertambah serius.
Wong
berkata, terdapat wakil rakyat yang tinggal di kawasan perumahan tersebut,
tetapi mengapa wakil rakyat tersebut hanya duduk diam sahaja terhadap masalah
berkenaan sepanjang beberapa tahun ini?
Beliau
mengingatkan bahawa, rumah teres yang mengalami ancaman tanah runtuh, adalah projek
perumahan yang dibangunkan oleh MPS dan pihak swasta, oleh itu kerajaan BN dan
MPS bertanggungjawab terhadap masalah tersebut, terutamanya projek pembangunan
tersebut telah mendapat kebenaran daripada pihak MPS, mereka tidak boleh
bersikap acuh tak acuh.
Selain
itu, Wong juga mengkritik Jabatan Pengairan dan Saliran serta MPS tidak
prihatin terhadap masalah sistem perparitan di Sandakan, menyebabkan beberapa
kawasan di daerah ini berlakunya banjir.
Katanya,
pegawai di kedua-dua jabatan ini patut jelas apa sebabnya kawasan-kawasan di
Sandakan mengalami banjir, namun tiada
langkah-langkah pencegahan yang diambil pada peringkat awal, mengakibatkan
banjir kilat yang serius berlaku pada hari Rabu.
Beliau
berkata tidak memahami apa yang pegawai berkenaan sedang buat, sedangkan rakyat
telah mengadu bertahun-tahun, masalah yang diajukan tidak ditangani malah
bertambah serius.
Wong
juga mengutuk keras wakil rakyat BN tiada membantu rakyat menangani masalah
banjir, tidak melaksanakan kewajipan mereka yang diamanahkan oleh rakyat.
Kata
Wong lagi punca banjir kilat yang berlaku di Sandakan yang melanda dibeberapa
tempat adalah punca kelalaian dan tidak bertanggungjawab sama sekali pihak-pihak
tertentu sama ada pihak MPS, JKR dan
Jabatan Perparitan dan Saliran dalam melakasanakan kerja-kerja pembersihan
saliran longkang dan parit maka bila hujan tak sampai satu jam kawasan rendah
dengan mudah dilandar banjir kilat.
No comments:
Post a Comment