OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN: Ketua Umno Bahagian Beluran Datuk James Ratib berkata membentuk dua
Pasukan Petugas Khas yang melibatkan Alam Sekitar dan Perladangan manakala satu
lagi Keselamatan serta Pencegahan Gejala Sosial yang akan tampil menangani apa
jua permasalahan demi kepentingan penduduk setempat.
Kedua-duanya memainkan peranan penting
dalam membantu mengatasi masalah seperti alam sekitar umpamanya, apabila ia
dilihat masalah paling ketara yang masih membelenggu sehingga kini.
Ini kerana hanya lima peratus penduduk
di kawasan Sugut dapat menikmati kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan
selebihnya mengharapkan sumber lain seperti bergantung dengan sumber hujan dan
anak-anak sungai yang mengalir.
Tidak dinafikan penduduk kemungkinan
berdepan dengan masalah pencemaran yang berlaku berikutan hampir 80 peratus
'Bumi Sugut' dikelilingi ladang kelapa sawit yang diusahakan syarikat-syarikat
perladangan.
Menyedari hakikat itu, Ketua Umno
Beluran yang juga selaku wakil rakyat Sugut iaitu Datuk James Ratib mengambil
langkah drastik menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas Alam Sekitar dan
Perladangan supaya apa pun masalah yang timbul akan dapat ditangani terlebih
awal.
"Dengan adanya pasukan petugas
alam sekitar yang akan dipengerusikan mantan Ahli Parlimen Beluran, Asmat
Nungka yang dibantu beberapa ahli jawatankuasa Umno Bahagian akan dapat
membantu dan mencegah sebarang masalah yang melibatkan kepentingan dan masa
hadapan penduduk Sugut khususnya dan Beluran amnya.
"Tujuan dan matlamat pasukan
petugas ini adalah bagi memastikan pelabur-pelabur atau pun syarikat-syarikat
perladangan yang ada di kawasan ini supaya tidak menyalahi peraturan serta
undang-undang sebagaimana yang ditetapkan pihak Jabatan Alam Sekitar.
"Contoh paling ketara di Sugut ini
adalah sungai-sungainya dilindungi dan punya syarat-syarat tertentu jika ingin
menanam kelapa sawit. Namun, apa yang saya dapati tebing sungai ditanam kelapa
sawit.
"Ini sudah tentu mencemarkan
sungai sebab bila mana musim hujan, baja yang ada pada tanaman akan mengalir ke
dalam sungai. Inilah antara masalah yang masih membelenggu penduduk yang
kebanyakannya masih bergantung dengan sumber anak-anak sungai selain hujan.
"Oleh hal demikian, mana-mana
syarikat perladangan yang didapati melanggar syarat dan peraturan sedia ada
dapat diambil tindakan sewajarnya sebab kita tidak mahu masalah pencemaran ke
atas sungai berlaku.
"Kita mendapat rungutan daripada
penduduk Sugut terutamanya pemimpin masyarakat setempat yang mendakwa kononnya
berlaku masalah seumpama ini. Sebab itu, dalam mesyuarat tadi ... saya telah
menekankan perkara ini panjang lebar, lalu membentuk pasukan petugas khas
termasuklah yang satu lagi iaitu Keselamatan dan Pencegahan Gejala
Sosial," jelasnya.
James berkata demikian katanya kepada
pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Umno Beluran yang pertama bagi
Tahun 2015 di Pejabat Bahagian berkenaan, Bandar Maju, Batu 1 Setengah, Jalan
Utara, kelmarin.
Hadir sama pada mesyuarat itu, Timbalan
Ketua Umno Beluran, Mahmud Awang Hussin; Naib Ketua Bahagian, Ariffin Bacho dan
Ketua Pemuda Bahagian, Samad Jamri serta ahli-ahli jawatankuasa bahagian
tersebut.
Mengulas lanjut, Pengerusi Sedcovest
Holdings Sdn Bhd itumemberitahu penubuhan pasukan petugas keselamatan adalah
selaras dengan RCI yang diwujudkan dalam mencegah kebanjiran Pendatang Asing
Tanpa Izin (PATI) di Sabah khususnya di Sugut.
Menurut beliau, berdasarkan risikan
kononnya ada syarikat-syarikat perladangan yang mengambil pekerja asing untuk
bekerja di ladang mereka sekali gus menyalahi undang-undang negara ini.
"Perkara ini tidak boleh berlaku
kerana jika berleluasanya masalah serupa tentu mengakibatkan masalah sosial
kepada anak-anak kita terutamanya di kawasan luar bandar seperti Sugut itu.
"Saya sebagai wakil rakyat di
kawasan ini dan merupakan Ketua Umno Beluran tidak mahu wujudnya masalah
seperti ini dan kita mesti banteras agar tidak berleluasa.
"Diharap dengan wujudnya dua badan
Task Force berkenaan, akan dapat membantu membanteras apa pun masalah yang
timbul," katanya.
No comments:
Post a Comment