Thursday, 1 January 2015

HASRAT PARA PENIAGA HENDAK NAIKAN HARGA BARANG 80 PERATUS TIDAK KESAMPAIAN HARGA MINYAK TURUN

SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail.com

PENURUNAN harga runcit minyak petrol RON95 turun  kepada RM1.91 seliter  malam tadi manakala harga diesel turun kepada RM1.93 seliter dan RON97 turun kepada RM2.11 seliter benar-benar menjurus  meringankan beban para pengguna di seluruh negara.

Lantaran itu  para pengguna yang menggunakan  RON95,RON97 dan diesel  mereka masing –masing melahirkan rasa lega atas penurun bahan api  tersebut dengan harga yang terendah itu.

Dengan penurun mendadak harga runcit minyak ketiga-tiga jenis bahan api itu maka jelas hasrat pihak Persatuan  Pengusaha BAS di negeri ini untuk menaikan harga tambang pengangkutan awam 90 peratus yang akan berkuatkuasa pada 1hb Januari 2015 tidak kesempaian.

Begitu juga para peniaga yang lainnya yang berhasrat untuk menaikan harga barang-barang runcit sebanyak 80 peratus juga tidak kesampaian niat mereka untuk berbuat demikian ini ekoran penurunan harga bahan api  turun menjunam.
Dalam pada itu ekoran penurunan bahan api itu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar) berharap pemilik syarikat, pengilang, pengedar dan peruncit menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga petrol.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97 yang dijangka pada kadar lebih rendah.
"Dari segi harga barang, apabila minyak naik 20 sen, harga barang naik. Ini dah sebulan minyak turun, tidak nampak pergerakan harga barang menurun.
"Saya mengharapkan peniaga bertanggungjawab melaksanakan amanah untuk turunkan harga barangan keperluan rakyat kerana di tangan rakyat ada kuasa untuk menentukan kelangsungan perniagaan mereka (peniaga)," katanya kepada pemberita selepas meninjau beberapa kawasan banjir di Kuala Kangsar hari ini.
 
Beliau berkata pengguna mempunyai kuasa untuk memilih barangan dan memboikot sesuatu barangan itu.
"Pengguna ada kuasa, sekiranya mereka gunakan kuasa itu akhirnya yang rugi peniaga. Apabila perkara ini berlaku ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak, lebih baik kita menggunakan prinsip menang-menang, pengguna dapat barang murah, peniaga pun ada untung," katanya.
“Mengenai peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan pada musim banjir, beliau berkata ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab minta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan  hendaklah membuat pemantau dan sesiapa sahaja para peniaga yang menaikan harga barang-barang tersebut mereka harus dikenakan tindakan undang-undang” Katanya. POSTED BY THE SABAH INSIDER.net


No comments:

Post a Comment