OLEH: AZMI AZMAN
GUM-GUM:- Semangat ukhuwah dan
perpaduan amatlah penting dalam mewujudkan keadaan yang lebih aman dan harmoni
untuk mencapai kemajuan dan kejayaan yang lebih bermakna dalam pelbagai aspek
kehidupan.
“Sambutan Maulidur Rasul bukan sahaja memberi ruang kepada kita untuk
memperingati dan meraikan bersama Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW, malah juga
merupakan wadah kita untuk mengukuhkan lagi ukhuwah dan perpaduan di kalangan
umat Islam,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji
Mohd Edris.
Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Negeri, berkata semasa berucap di Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan
Perasmian Surau As-Sofiyah di Kampung Sri Manis, Gum Guum di sini kelmarin.
Menurut Zakaria, umat Islam dituntut berpegang teguh kepada Al-Quran dan
Sunnah bagi memastikan hala tuju hidup berada di landasan yang betul. Ini
adalah kerana Islam menuntut umat berusaha bersungguh-sungguh meraihkan
kemajuan dan keteguhan ekonomi berpaksikan syarak.
“Dengan membetulkan salah anggapan terhadap ajaran Islam berhubung
tuntutan meraihkan dunia, umat Islam tdak patut lagi berlengah tetapi mesti
melipatgandakan usaha memacu diri, keluarga, masyarakat dan negara menerpa laju
menuju masa depan yang lebih gemilang,” katanya lagi.
Selaras dengan itu, Kerajaan melakukan pelaburan besar untuk
memperkasakan pendidikan di semua peringkat di samping memberi penekanan kepada
aspek penyelidikan dan pembangunan.
Pelaburan dalam bidang pendidikan sememangnya berbaloi untuk melahirkan
modal insan yang berminda kelas pertama bagi menggerak pembangunan yang lebih
holistik menjana umah gemilang, tambah Zakaria.
Dalam hubungan ini, membina semula penguasaan terhadap ilmu adalah kaedah
yang terbaik dalam membangunkan kembali cita-cita dan kemahuan untuk memantap
ukhuwah memperkasa sekaligus menggemilangkan semula Islam dan umatnya di
sepanjang zaman, kata beliau.
Sementara itu, Zakaria juga mengingatkan umat Islam di Kampung Sri Manis
supaya mengimarahkan Surau As-Sofiyah yang didirikan dengan indah ini di atas
tanah wakaf individu.
Hadir bersama ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M
Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz serta para pemimpin setempat
dan penduduk kampung berkenaan.
No comments:
Post a Comment