Tuesday 3 December 2013

MANTAN CALON BEBAS SAHAR SAKA KEMBALI MENYERTAI SEMULA UMNO LIBARAN

Witten by Admin
Tuesday  03 December 2013

OLEH AZIN AZMAN
FOTO SAFFIE S JUMADI


LIBARAN:- Mantan Calon Bebas Parlimen kawasan Libaran  PRU 13  Sahar Saka  hari ini mengiystiharkan  bahawa beliau akan menyertai semula UMNO  dan  akan menemui Presiden UMNO Malaysia Dato Seri Mohd Najib Tun  Abdul Razak di Putera Jaya  bagi menyerahkan memorandum berupa surat  rayuan  keampunan rujuk semula.

Bercakap kepada Wartawan  Free Sandakan Today pagi tadi dipejabatnya dekat sini kemasukan Sahar  semula ke UMNO adalah atas restu seramai 102 Ketua-Ketua Cawangan UMNO kawasan Libaran.

Katanya memorandum yang mengandungi tandatangan ketua-ketua cawangan itu akan diserahkan kepada najib  pada 5 Disember ini  untuk membuktikan bahawa kembalinya semula Sahar ke UMNO atas sokongan semua pihak yang datangnya daripada  akar umbi.

Sahar pernah dipecat oleh pihak Lembaga Disiplin UMNO  sejurus selepas PRU 13 kerana telah melanggar  etika dan perlembagaan UMNO  atas sebab-sebab menentang calon Barisan Nasional (BN) pada ketika itu.

“Saya akui atas kesilapan saya bertanding sebagai calon bebas pada PRU 13 lalu  memang telah melanggar dasar polisi parti UMNO walau bagaimanapun semasa kempen tesebut saya sama sekali tidak memburuk-burukan UMNO atau BN  hanya saya tentang kepimpinan calon BN parlimen  itu  sahaja” ujarnya.

 Sahar mulai menyertai UMNO sejak tahun 1992 lagi dan pernah menjawat-jawatan sebagai Ketua Pemuda Bahagian UMNO Libaran  pada tahun 1995 hingga 2001 Exco Pemuda Malaysia 1998-2001 dan Ahli Jawatankuasa pada 2007  sehingga awal bulan Mac tahun 2013.

“Hanya parti UMNO saja yang boleh membawa kemajuan rakyat jelata dalam merealisasikan perdana  pembangunan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum selaras dengan trasformasi parti UMNO” ujarnya.


ALBUM KENANGAN....Sahar bergambar dengan sebahagian Ketua-Ketua Cawangan UMNO  Libaran




No comments:

Post a Comment