Monday 2 December 2013

HILANG KEYAKINAN TERHADAP PERJUANGAN UMNO/BN YANG TIDAK JELAS SERAMAI 2,600 AHLI UMNO SERTAI PKR



Written by Admin
Monday December 2,2013

OLEH: CHARLES P ANDIANG

BEAUFORT:- Disebabkan sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan UMNO dan barisan Nasional (BN) termasuk para pemimpinnya yang  terlalu hipoktrit seramai 2,600 ahli UMNO menyertai Parti KeAdilan Rakyat PKR cabang Beaufort hari ini.

Borang penyertaan keahlian bahru telah diserahkan kepada Datuk Seri Hj Lajim Hj Ujin Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah  yang juga selaku ADUN Kawasan Klias sejurus selaps mempengerusi Mesyuarat Penuh AJK Cabang PKR Beaufort.

Ketua Cabang PKR Beaufort yang juga Pengerusi Biro Taufick Hj Ruschi berkata kepada Wartawan Free Sandakan Today yang berpangkalan di Kota Kinabalu kemasukan seramai 2,600 ahli-ahli UMNO berkenaan kerana mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan UMNO/BN yang tidak telus dan tidak jelas.

Katanya semaki hari kehidupan rakyat di negara ini khususnya termasuk negeri Sabah semakin terhimpit  mereka yang mendapat pelbagai bantuan dari kerajaan BN hanya kepada kroni-kroni mereka sahaja.

“Kemasukan mantan ahli-ahli  PKR  ke BN baru-baru ini yang membabitkan lapan orang ketua cabang mereka bukanlah orang-orang yang berpengaruh sebenarnya mereka menyertai PKR bukan telus bukan ikhlas mereka hanya pentingkan jawatan dan fokus utama mahu menjadi calon pada PRU 13 lalu tetapi sebahagian  mereka permintaanya tidak ditunaikan lantas mereka marah dan merajuk kemudian keluar parti menyertai BN” ujarnya.

“Bagi pandangan saya orang-orang sebegini rupa kalau berada di dalam PKR hanya menyusahkan saja sebab mereka tiada ciri-ciri  asas kepeimpinan yang berwibawah  yang mereka tahu tukang minta-minta saja. Katanya lagi.

Taufick berkata  kemasukan mereka ke UMNO/BN hanya dijadikan bahan ejekan dan cemohan oleh ahli-ahli UMNO sebab mereka tiada maruah jadi pengemis tiada sesiapa yang mahu  hormat mereka kalau manusia tidak punya pendirian.

 











Serah.....kelihatan sdra Lukneh Aching menyerahkan borang borang keahlian baharu kepada YB.Datuk Seri Hj.Lajim Hj.Ukin Pengerusi MPN PKR Sabah yang juga ADUN N25Klias sambil diperhatikan oleh Sdra Taufick Hj.Ruschi Ketua Cabang PKR Beaufort yang juga Pengerusi Biro Keahlian PKR Sabah/ Timbalan Ketua Penerangan MPN Sabah dan semua AJK Cabang , selepas mesyuarat tad

No comments:

Post a Comment