Monday 2 December 2013

JABATAN AGAMA TEGUR PERKAHWINAN ROZITA DAN ZAIN PERBELANJAAN RM13 JUTA TERMAHAL DI MALAYSIA



 Written by Admin    Monday December 2 -,2013

OLEH: SALMAH WAN DZULKILIE
KUALA LUMPUR:- Pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 11 Disember ini, Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang dikatakan bakal menjadi pengantin paling ditunggu tahun ini dan telah menerima tajaan RM13 juta dan menjadikan ianya antara perkahwinan yang termahal di Malaysia dan dipertikaikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Perkahwinan yang akan berlangsung kurang dari 2 minggu itu telah mendapat reaksi daripada Ustazah Zawiyah yang memberi sedikit teguran mengenai perbelanjaan yang dilakukan oleh pasangan popular itu.
“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis,” ujar Ustazah Zawiyah Hassan.
“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” ujar pendakwah itu lagi.
Tegasnya lagi, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran seperti ini sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan Allah S.W.T.
“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda Allah dan bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.
Trend majlis perkahwinan secara besar-besaran telah menjadi satu kewajipan masyarakat kita hari ini dan ianya membimbangkan sesetengah pihak.
Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.
Menurut sumber itu lagi Zain dan Rozita sebelum ini sudahpun membuat perkara-perkara yang melanggar akidah Islam mereka bukan saja hanya sekadar berpegang-pegang tangan bahkan sudah melakukankan perbuatan yang terkutuk.
Bagi Rozita dia tak kisah sebab pernah berumah tangga  dan telah merasai nikmat syurga dunia soal pegang-pegang tangan itu perkara kecil saja lebih dari itupun mereka boleh buat.

No comments:

Post a Comment