Tuesday 3 December 2013

PENYUSUNAN SEMULA TARIF ELEKTRIK BERI KEISTIMEWAAN KEPADA RAKYAT....PAIRIN



Written by Admin
Tuesday 3 December 2013
Oleh: Charles P Andiang

KOTA KINABALU: Tindakan kerajaan menaikan kadar tariff elektrik yang mungkin membebankan semua rakyat terutama sekali kepada golongan pendapatan rendah dan miskin namun Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan langkah penyusunan semula tarif elektrik yang diumumkan kerajaan hari ini sebagai pendekatan ‘menang menang’ antara pengguna dan kerajaan dalam tempoh masa panjang.


Pairin (gambar) yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata melalui penyusunan semula yang akan berkuat kuasa 1 Januari 2014, ia akan membolehkan Sabah Electricity Sdn Bhd memberi perkhidmatan lebih cekap kepada pengguna di Sabah.
“Boleh dikatakan pendekatan ini ialah situasi menang-menang dalam tempoh masa akan datang. Apa yang  kita lakukan ini ialah tindakan menyeluruh selepas mengambil kira semua aspek dan akhirnya kita boleh sampai ke tahap perkhidmatan bekalan elektrik yang memuaskan untuk kebaikan rakyat keseluruhannya,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau diminta mengulas pengumuman penyusunan semula tarif elektrik oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di ibu negara.
Dalam pengumuman berkenaan, tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dinaikkan kepada 34.52 sen/kWj daripada 29.52 sen/kWj iaitu meningkat lima sen atau 16.9 peratus.
Bagaimanapun 62 peratus atau 260,000 pengguna daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300kWj dan ke bawah sebulan tidak akan mengalami kenaikan tarif berkenaan.
Pairin juga berkata kerajaan melalui SESB akan terus berusaha meningkatkan kecekapan perkhidmatannya kepada rakyat dan usaha berkenaan terbukti berkesan apabila berjaya menurunkan
System Average Interruption Duration Indexs (SAIDI) kepada 557 minit/pelanggan pada tahun 2012 berbanding 2,867 minit/pengguna pada 2009.
Katanya pencapaian SAIDI tahun ini dijangka terus menurun kurang daripda 450minit/ pengguna.
Beliau mengingatkan pengguna supaya bijak dan tidak boros dalam menggunakan elektrik.


No comments:

Post a Comment