Wednesday 4 December 2013

KEPIMPINAN NORAINI KETUA WANITA BAHAGIAN UMNO SANDAKAN SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN AKAR UMBI


Written by Admin
Rabu 4 Disember 2013

DARI MEJA SUB EDITOR
SHAIMON S JUMADI

KEPIMPINAN Ketua Wanita Bahagian UMN0  Sandakan penyandangaya Noraini Sulong semakin  diterima oleh ahli-ahli UMNO sama ada diperingat Bahagian, Cawangan dan akar umbi.
Ini jelas dengan adanya sifat ciri-ciri kepimpinan Noraini  yang dinamik dan berwawasan jauh sudah tentu jentera Wanita UMNO  Sandakan semakin kukuh  selaras sebagai sayap kiri parti UMNO.

Sebagai pemimpin nombor 1 dalam  kelompok Wanita UMNO jika dilihat dari sudut  pergalauan dan hubungannya  dengan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian termasuk Puteri UMNO  Bahagian itu jelas begitu intim dan akur  semuanya.

Terus terang saya katakan sikap peramah dan tidak memilih siapa mereka untuk berdamping dengannya   justeru dia (Noraini) begitu disenangi oleh semua orang tidak kira tua dan muda.

Sebagai Pegawai Akhbar peribadinya (Noraini)  saya begitu senang berkhidmat di bawah selia dan pentadbirannya  tidak banyak songeh dan dia (Noraini) sentiasa menerima pandangan dan pendapat orang lain  untuk dikongsi bersama  demi perjuangan masa depannya.

Noraini bukan sahaja aktif di gelanggang arena  politik  tanah air bahkan dia juga aktif di pertubuhan bukan kerajaan NGO seperti PEMADAM di mana beliau telah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan.

Selain itu juga penglibatannya dalam NGO  Noraini juga Pengerusi Koperasi Keusahawanan  Pembangunan Wanita Sandakan yang beranan untuk memajukan kaum  wanita bagi  menceburi dalam aspek dunia perniagaan.

Dengan secara tidak lagsung Noraini juga disebut-sebut bakal dilantik sebagai Naib Ketua I Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) daerah Sandakan di mana  badan ini akan ditubuhkan pada masa terdekat ini .

Kita yakin dengan  penglibatan
 Noraini Sulong, ke PRIBUMIS dan digandingkan barisan orang-orang berwibawah seperti Sahar Saka, Mustapha Mohd Hassan, Rozzalin Mohd Hashim, Fairul Zaman Hj ABM Fajeer, Saffie S Jumadi dan Hajim Singku dan anggota-anggota  lain yang tidak sempat dihuraikan nama mereka akan  memantabkan dan menyemarakan lagi  perjuangan PRIBUMIS daerah  ini.


No comments:

Post a Comment