Tuesday 3 December 2013

JPN SANDAKAN KELUAR MYKAD DALAM SEHARI TUNGGU DAN SIAP ..ISMAIL



Tuesday December, 3, 2013
Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN: Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  Ismail Ahmad (gambar)  menyatakan JPN cawangan Sandakan menjadi cawangan ketiga di negeri ini melaksanakan proses pengeluaran MyKad dalam masa sehari berkonsepkan ‘tunggu dan siap"
Katanya sistem yang diguna pakai ini  sejajar dengan usaha jabatannya untuk melaksanakan perkhidmatan itu di cawangan JPN yang beroperasi di daerah-daerah utama di negeri ini.

Katanya dua cawangan JPN yang sudah melaksanakan pengeluaran MyKad dalam masa sehari, di Kota Kinabalu sejak tahun lepas dan JPN cawangan Keningau pada bulan lepas.
“Selepas JPN cawangan Sandakan yang memulakan perkhidmatan itu hari ini, cawangan seterusnya adalah di Tawau dijangka pada pertengahan bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran ‘MyKad Kini Siap Dalam Masa Sehari’ JPN cawangan Sandakan di sini.
Ismail berkata tiga cawangan JPN itu mampu mencetak sekitar 300 hingga 400 MyKad dalam sehari selepas dibekalkan dengan mesin khas.
Katanya usaha ini penting bagi menggalakkan rakyat Malaysia di negeri ini supaya segera memperbaharui MyKad mereka kepada MyKad baharu yang lebih selamat dan sukar untuk dipalsukan.
Ismail berkata sambutan menggalakkan serta manfaat kepada rakyat khususnya penduduk di kawasan luar bandar menyuntik semangat JPN bagi melaksanakan usaha seumpama ini secara berpanjangan.
Beliau berkata secara keseluruhannya terdapat 28 cawangan JPN di negeri ini termasuk di kawasan luar bandar bagi memudahkan penduduk di kawasan itu dalam proses mendapatkan surat lahir dan MyKad.
Katanya pihaknya juga menumpukan kepada usaha membanteras pengeluaran dan penggunaan MyKad palsu.

1 comment: