Thursday 5 December 2013

UNTUK MEMUDAHKAN ORANG AWAM SESB LANCAR BILIK GERAKAN TARIF ELEKTRIK



Written by Admin
Thursday  5  December 2013
 Oleh: Charles P Andiang

KOTA KINABALU: Ekoran tindakan kerajaan menaikan kadar tariff elektrik  yang telah diumumkan di Persidangan Parlimen baru-baru ini,  Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini melancarkan Bilik Gerakan Tarif (BGT) bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat tepat berkaitan penyusunan semula tarif elektrik yang diumumkan kerajaan Isnin lalu.

Bilik gerakan yang terletak di tingkat bawah Wisma SESB di Karamunsing itu dilengkapi dengan  kemudahan komputer dan dikendalikan tiga kakitangan pada satu-satu masa untuk memberi respons kepada segala kemusykilan pengguna yang dihantar melalui panggilan telefon dan e-mail.
“Bilik Gerakan Tarif ini mula aktif 2 Dis lalu. Bilik gerakan ini dibuka setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang dan pada Sabtu dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.  Bilik gerakan ini ditutup pada Ahad,” kata Pengurus Besar (Pembahagian) SESB Ahmad Sazree Abd Aziz kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya orang ramai boleh mengemukakan sebarang kemusykilan dan aduan sama ada datang sendiri ke bilik gerakan itu atau dial talian bebas tol 1-800-88-4500 atau melalui e-mel khas tariff@sesb.com.my.
Menurut Ahmad Sazree, pengguna juga boleh melayari laman web SESB www.sesb.com.my yang  menyediakan kemudahan kiraan bil elektrik semasa pengguna, yang boleh membantu pengguna merancang penggunaan elektrik mereka.
Ahmad Sazree berkata BGT berkenaan akan beroperasi sehingga 31 Jan 2014 namun SESB bersedia melanjutkan perkhidmatan bilik gerakan berkenaan sekiranya pengguna masih memerlukannya.
Mengenai perkhidmatan seumpama itu di daerah-daerah lain di Sabah, Ahmad Sazree berkata pengguna  masih boleh mendapatkannya sama ada datang sendiri ke pejabat SESB atau menghubungi pejabat SESB di kawasan masing-masing.
Katanya SESB juga akan menjelaskan mengenai penyusunan semula tarif elektrik itu kepada pengguna melalui program bertemu pelanggan yang akan diadakan dari semasa ke semasa selain mengedarkan risalah ke taman-taman perumahan bermula hari ini.
Dalam pengumuman oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengenai penyusunan semula tarif elektrik Isnin lalu, tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan meningkat lima sen.
Bagaimanapun kira-kira 62 peratus atau 260,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang menggunakan 300kWj dan ke bawah sebulan tidak terjejas dengan tarif baharu itu. 
Sementara dalam kenyataan berasingan Tan Sri Joseph Pairing Kitingan berkata kenaikan kadar tariff itu ia memberikan menfaat dan keistimewaan kepada rakyat terutama sekali golongan miskin

No comments:

Post a Comment