Sunday 1 December 2013

KERANA ABANG JOHAN LANA SANGGUP BUAT APA SAJA DEMI CINTA KAMI BERDUA



Written by Admin (Gosip-Gosip Artis)
Sunday 1 Disember 2013

0LEH: SALMAH WAN DZULKIFLIE

SHAH ALAM:- Gara-gara kuasa cinta macam-macam boleh jadi  kerana  cinta memang dapat mengubah manusia. Daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada jahat. Daripada pakai baju ketat kepada menutup aurat. Indah sungguh kuasa cinta. Terharu  Kak  Salmah  mendengar yang Lana Nordin akan mengubah imej seksinya kepada memakai tudung kerana kasih sayang dan perasaan cintanya terhadap Johan As’ari.

Menurut sumber rasmi,  Lana Nordin telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan.” Kata sumber itu:-

Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.

Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!

Nampaknya Johan As’ari benar-benar menjadi pembimbing dan dan bakal merubah gaya hidup Lana Nordin. Itulah yang kita mahukan. Semoga lebih banyak perubahan ke arah kebaikan akan dilakukan oleh Lana Nordin di masa hadapan. Kepada Johan, tahniah kerana berjaya memimpin bakal isteri anda. Anda memang kacak!!!

“Kerana abang Johan Lana sanggup buat apa saja demi cinta kami sebab Lana terlalu sayang sangat dengan abang Johan tiada  sesiapa yang boleh memisahkan antara kami berdua kecuali ajal dan maut kuasa Allah” jelas Lana kepada Wartawan Hiburan Free Sandakan Today kelmarin.


No comments:

Post a Comment