Wednesday, 14 January 2015

JALAN SEGALIUD BUKIT GARAM DAN JALAN BATU 8 KE BATU 16 PENYUMBANG BESAR KEMALANGAN JALAN RAYA MENGERIKAN

CORETAN DARI MEJA  WARTAWAN KANAN
SHAIMON S JUMADI

 
PROJEK pelebaran Jalan Segaliud ke Bukit Garam yang bermula  dari tahun 2012 lagi sehingga kehari ini kita sudah melangkau ke tahun 2015   tapi jalan tersebut belum siap-siap lagi.

Kontrakor Pan Borneo yang dilantik kerajaan untuk projek pembinaan jalan itu jelas menampakan kegagalannya pihak kontraktor menyiapkan projek telah menimbulkan  kontraversi di kalangan pengguna jalan yang berulang alik melalui jalan tersebut.

Hampir tiga  tahun lamanya  pembinaan projek pelebaran jalan Segaliud ke Bukit Garam gagal disiapkan sepenuhnya walaupun sudah tamat tempoh jadual projek tersebut.

Dalam keadaan jalan grabel para pemandu terpaksa memandu lebih berhati-hati diatas jalan itu kerana silap langkah  begitu mudah mendapat kecelakaan jalanraya.

Dalam tempoh tiga tahun saja jalan segaliud telah meragut lebih  25 nyawa terkorban akibat tragedy  kemalangan yang mengerikan diatas jalan itu membabitkan 20 kenderaan remuk.

Kebanyakkannya kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu ia membabitkan lori truck dengan kenderaan-kenderaan kecil asal bertembung antara satu sama lain bagi kenderaan-kenderaan kecil pastinya remuk berkecai termasuk pemandu dan penumpangnya turut berkecai  mata keluar perut terburai badan hancur lebur macam daging con beef dalam tin.

Akhir sekali kemalangan yang membabitkan bas sekolah dengan sebuah lori 6 ton dijalan Segaliud pada tahun 2014 bulan Ogos di mana  pemandu Bas Sekolah dan semua penumpang yang terdiri daripada para  penuntut sekolah satupun tiada yang selamat semuanya mati kojol ditempat kejadian.

Manakala pemandu lori yang melanggar Bas sekolah tersebut sedikitpun tidak mendapat kecederaan malahan pemandu lori bersenang hati ketawa terbahak-bahak maklum saja pemandu lori tersebut terdiri daripada orang asing  dari Indonesia  kerana berjaya membunuh secara sengaja kepada semua penumpang bas sekolah itu.


Walaupun sudah banyak  berlakunya kemalangan diatas jalan raya itu yang banyak meragut nyawa namum bagi pihak contractor Pan Borneo masalah itu bukan masalah mereka  bagi pendapat mereka kenapa kalau hari-hari  ada kemalangan apa kami peduli mampus-mampuslah.


Sebenarnya kelewatan menyiapkan jalan Segaliud oleh Pan Borneo sebagai kontaktor yang dilantik kerajaan terlalu berlembut walaupun sudah tamat tempoh jadual  untuk menyiapkan jalanraya itu  kontraktor yang bertanggunjawab keatas pembinaan jalan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada tindakan diambil  dikenakan kepada kontraktor terbabit.




PUNCA KELEWATAN PROJEK JALAN BATU 8 DAN JALAN SEGALIUD SPRM MINTA SIASAT JKR

DARI KACAMATA WARTAWAN KANAN
SHAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail.com

KEDUA-dua projek pelebaran jalan antara Jalan Segaliud-Bukit Garam dan Jalan Batu 8 ke Batu 16 Jalan Labuk Sandakan seboleh-bolehnya harus segera dipercepatkan siap sepenuhnya.

Memandangkan  kedua-dua jualan yang dimaksudkan itu adalah merupa jalan dan laluan utama kepada pemandu yang berulang alik  dari satu tempat ketempat lain.

Kegagalan pihak contractor menyiapkan kedua-dua projek pelebaran jalan-jalan itu  dekat empat tahun ini  ia menjurus kepada menimbulkan pelbagai masalah kepada setiap pennguna  setiap hari.

 Contohnya  jalan Segaliud-Bukit Garam sejauh hampir 10 batu itu yang penuh grable  ia bukan sekadar membahayakan kepada para pemandu bahkan juga boleh merosakan kereta-kereta kecil yang hari-hari lalu di jalan itu.
 
Seperti projek pelebaran Jalan Batu 8 ke Batu 16 Jaloan Labuk  ia bermula pada tahun 2011 lagi pihak kontraktor berkali-kali menjanjikan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)  bahawa projek itu akan  siap sepenuhnya pada hujung bulan Disember 2013 tetapi tergendala asalan yang diberikan punca tiang elektrk dan cable telekom.

Sedangkan pihak kerajaan telah membayar kos untuk pencabutan tiang elektrik dan tiang cable telefom pihak SESB menerima pembayaran RM6 juta dan pihak Telekom RM5 juta  dalam masa yang sama semua tiang-tiang  elektrik dan tiang-tiang cable telekom yang didakwa menggangu kerja-kerja projek pelebaran jalan itu dan punca kelewatan penyiapan sepenuhnya  kini tiang-tiang tersebut sudahpun habis dicabut semuanya.

Pihak JKR kemudian melanjutkan tempoh semula jadual sehingga hujung Disember 2014 bahawa projek itu mesti disiapkan sepenuhnya namum gagal lagi dilanjutkan lagi jadual untuk menyiapkan projek pada awal April 2015, hanya tinggal 3 bulan sahaja boleh kah siap sepenuhnya.

Ramai orang berpendapat dan memberi pandangan masing-masing  mengenai kelewatan projek pelebaran antara Jalan Segaliud-Bukit Garam Jalan Batu 8 Ke Batu 16 Jalan Labuk mereka menyalahi pihak kerajaan khususnya JKR kerana terlalu berlembut dengan pihak-pihak kontraktor yang dilantik oleh kerajaan yang telah gagal berkali-kali  dalam  melaksanakan kedua-dua projek tersebut.

Dalam perkara ini Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya tidak boleh berdiam diri harus masuk campuran dan membuat penyiasatan terperinci kenapa  ia boleh berlaku, ini tentu pihak JKR dan pihak Kontraktor kapset atau ada unsur-unsur rasuah di kalangan mereka.

Sepatutnya kalau kontraktor A yang telah gagal menyiapkan projek tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan mereka harus disingkir ganti kontraktor dengan baru untuk menyambung semula kerja-kerja pelaksanaan projek berikutnya  dan bukannya membiarkan kontraktor A yang gagal berkali-kali masih meneruskan projek tersebut ini yang menyangsikan kepada rakyat jelas pihak JKR telah menerima sogokan  daripada kontraktor A tadi.

Diharap pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengikuti perkembangan cerita mengenai masalah projek Jalan Raya di kedua-dua tempat ini akan mengambil tindakan dan menjalankan penyiasatan terperinci cari dimana punca-punca sebenar kelemahan yang belaku terhadap projek ini agar para pengguna jalan setempat berpuasa hati dan tidak menimbulkan sebarang kesangsian  dan keraguan deapat penyelewengan ini.
  
Kelewatan menyiapkan  kedua-dua projek itu inilah punca sebenar sering kali berlakunya kemalangan jalanraya yang benyak mengorbang nyawa orang-orang yang tersayang mati kojol diatas kedua-dua jalanraya tersebut.

Boleh  dikatakan dalam 1,000 orang Sandakan kebanyakannya mati 70 peratus adalah atas sebab kemalangan jalan raya Segaliud-Bukit Garam dan Jalan Batu 8 ke Batru 16 Jalan Labuk selebihnya mereka mati akibat sakit.

Dalam erti kata lain  kelewatan projek penyiapan Jalan Segaliud-Bukit Garam Jalan Batu 8 ke Batu 16 Jalan Labuk  jelas kedua-dua jalan ini adalah penyumbang besar dalam kemalangan jalan raya setiap hari setiap masa dan setiap waktu.

Makanya para pemandu yang melalui kedua-dua jalan itu harus sentiasa berwaspada dan berehati-hati ketika memandu diatas jalan raya di kedua-dua tempat ini sebabnya silap langkah silap hari  bulan silap waktu anda pastinya menjadi korban nahas jalan raya dalam  sekelip mata sahaja bakal meninggalkan orang-orang yang tercinta pergi selama-lamanya

Tengok saja orang Sandakan semakin hari semakin hampir pupus 70 peratus mereka mati diatas jalan raya, bayangkan kalau kemalangan dalam sehari hingga10 orang terkorban dalam 30 hari sudah berapa jumlahnya kalau setahun. POSTED BY THE SABAH INSIDER.net



Sunday, 11 January 2015

WANITA UMNO IKRAR AKAN BERDIRI TEGUH DIBELAKANG UMNO BAHAGIAN.....KATA NORAINI

OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:- Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong dalam ucapannya disidang Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sandakan pagi tadi antara menjelaskan Wanita UMNO sebagai tulang belakang akan tetap dan sentiasa berdiri teguh dibelakang Bahagian UMNO Sandakan.

Katanya Wanita UMNO akan membantu apa saja demi mempertahankan kedaulatan perjuangan UMNO diperingkat Bahagian hingga ke akar umbi.

“Maka dengan itu  demi mempertabatkan dan mengukuhkan perjuangan UMNO Bahgian lantas Wanita sebagai sayap kiri dan merupakan tulang dan tunjang perjuangan UMNO makanya Wanita UMNO memperbanyakan mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakat dalam beberapa aspek” katanya.

NORAINI BERUCAP....Wanita UMNO Sandakan sentiasa berdiri teguh dibelakang UMNO Bahgian

 
“Saya beterima kasih kepada pucuk pimpinan  Bahagian dan serta ahli-ahli UMNO yang lain sama ada diperingkat cawangan Pemuda, Putri dan cawangan-cawangan Wanita telah memberikan kerjasama yang jitu kepada wanita UMNO Sandakan dalam membatu apa jua program yang dijalankan” ujarnya.


Katanya kerjasama yang erat dikalangan ahli-ahli UMNO Sandakan sememangnya diperlukan demi menjamin keutuhan perjuangan UMNO Sandakan untuk menghadapi musuh-musuh politik yang sentiasa mahu menggugat kestabilan politik di setiap masa dan waktu.




273 MANGSA KEBAKARAN KG GAS TERIMA BANTUAN KEWANGAN DARIPADA MP BATU SAPI

OLEH: SHAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail.com


Keterangan gambar
Linda (3 kiri, barisan depan) serta pegawainya ketika menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran Kampung Gas


BATU SAPI:-  Seramai 273 orang dari 46 buah keluarga yang kehilangan rumah dalam kebakaran di Kampung Gas, Batu Sapi penghujung bulan lepas, telah menerima bantuan kewangan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Linda telah meyempurnakan penyerahkan bantuan tersebut semasa beliau melawat mangsa-mangsa di  pusat penempatan sementara yang bertempat di Kampung Gas Baru pada hari Sabtu. 

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi, Kong Nyuk Thou dan pemimpin setempat.

Beliau berharap bantuan kewangan ini serba sedikit dapat  meringankan beban mangsa-mangsa terbabit. 
Linga juga menyampaikan peralatan untuk membolehkan mangsa-mangsa menjalankan gotong royong membersihkan tapak kebakaran.

Beliau mengarahkan pegawai beliau membantu mangsa mendapatkan kebenaran dari pihak Majlis Perbandaran Sandakan untuk mendirikan semula  rumah mereka di lokasi itu dalam tempoh yang terdekat.

Sebanyak 17 buah rumah telah musnah dijilat api dalam kebakaran di perkampungan itu pada pagi 27 Disember lepas. Tiada laporan kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan.

Sementara itu, Linda turut menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pisang, pada hari yang sama.





TELEMOVIE BABU-BABU DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA

OLEH: SHAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail.com


TELEMOVIE 'Babu-Babu 1' yang mendapat sambutan luar biasa berikutan jalan ceritanya yang menarik selain memenuhi citarasa penonton tempatan membuatkan ramai tertunggu-tunggu apa lagi kemunculan telemovie terbaru terbitan A.B.S Entertainment selepas ini.

Ini kerana, garapan idea yang dikongsi Dato' Abidin Sukor selaku Pengarah Urusan Syarikat A.B.S Entertainment berjaya menambat hati penonton untuk menonton telemovie yang diterbitkan pada tahun 2011 turut menampilkan penyanyi popular dengan lagu 'Lolay Liyangkit' iaitu Kamis Sainali. 

Sebagaimana yang dijangka A.B.S Entertainment sekali lagi muncul untuk tidak menghampakan peminat setianya dengan mempersembahkan telefilem Misbun 'Dendam Si Nelayan' yang akan menemui penonton di pasaran tidak berapa lama lagi.

Menariknya tentang telefilem yang mengisahkan seorang nelayan yang baik hati dan jujur kepada semua orang adalah mengambil kira penerbitan telefilem telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada produksi filem di Filipina.

Diceritakan, penggambaran telefilem ini kebanyakannya dibuat di Bandaraya Zamboanga dan Tawi-Tawi manakala selebihnya di daerah Sandakan yang pastinya menggegar industri hiburan kita ekoran langkah berani A.B.S Entertainment untuk memasuki pasaran luar negara.

Abidin telah memberikan mandat kepada Kamis sebagai pengarah untuk mengendalikan telefilem yang menampilkan ramai pelakon-pelakon hebat dari sana termasuklah Ratu Tawi-Tawi yang memegang salah satu watak penting.

Khabarnya, telefilem yang sudah pun selesai menjalani penggambaran dalam tahun lepas itu bakal ditayangkan di pawagam-pawagam Zamboanga dan Tawi-Tawi sementara pihak A.B.S Entertainment merancang untuk menayangkannya di TV Malaysia menerusi slot telefilem. 

Bercakap kepada Hiburan NST, Kamis selaku artis yang bernaung dibawah A.B.S Entertainment teruja dengan kesungguhan syarikat produksinya yang berjaya menerbitkan telefilem di luar negara seperti Filipina.

"Saya sangat-sangat berterima kasih kepada Dato' Abidin atas mandat dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan penggambaran telefilem berkenaan sebagai pengarah dan juga pelakon utama.

"Telefilem ini pasti memukau penonton di kedua-dua negara kerana jalan ceritanya yang menarik kerana banyak memapar soal kemasyarakatan tentang nelayan yang disukai satu kampung disebabkan kejujurannya kepada semua.

"Namun, jalan ceritanya juga sedih apabila keluarga si nelayan dibunuh akibat iri hati seseorang kepada nelayan tadi. Banyak lagi genre yang dipaparkan dalam telefilem berdurasi lebih sejam ini," katanya ketika ditemui di Pejabat A.B.S Entertainment di Gand View, Jalan Buli Sim-Sim, Sandakan kelmarin. 

Kamis berkata pihak syarikat produksi filem A.B.S Entertainment telah berbincang dengan produksi di sana mengenai proses penerbitan telefilem tersebut termasuklah soal pasarannya.

Katanya, pihak TV 5 di Filipina juga akan membantu mengurus telefilem berkenaan seperti mendapatkan tempat bagi ditayangkan di pawagam-pawagam.

Sementara itu, Abidin berharap telefilem terbaru yang diterbitkan syarikat produksinya akan mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya penggemar filem di negeri ini khususnya dan negara amnya.

Ini katanya, telefilem berkenaan dibarisi pelakon-pelakon dari Filipina yang bergandingan dengan Kamis sebagai pelakon utama yang bukan sahaja membantu meningkatkan mutu lakonan tetapi juga satu pengalaman baru bagi kita ke arah menembusi pasaran luar negara.

"Ia satu permulaan untuk A.B.S Entertainment mengorak langkah dalam industri perfileman memandangkan selepas Filipina, kita juga merancang memasuki pasaran Brunei Darussalam dan Singapura yakni kita akan kerjasama dalam menerbitkan telefilem atau filem sekali pun.

"Sebab itu, saya memberi kepercayaan kepada Kamis untuk mengendalikan penggambaran sebagai pengarah bagi membolehkan beliau dapat menimba pengalaman yang lebih tentang soal-soal pengarahan.

"Mengenai telefilem Misbun 'Dendam Si Nelayan' ini ... kita akan tengok pasaran secara teliti kerana bimbang juga dengan masalah cetak rompak yang membelenggu kami sewaktu mengeluarkan cakera padat untuk 'Babu-Babu 1'," jelasnya.

Beliau tidak menafikan kegiatan cetak rompak merupakan rintangan yang terlalu besar kepada setiap syarikat produksi filem memandangkan kos sesuatu filem atau telefilem mahu pun telemovie bukannya kecil.

Katanya, mereka yang tidak bertanggungjawab sesuka hati sahaja meraih keuntungan sedangkan hasilnya sukar diperolehi pihak produksi yang telah bertungkus-lumus menerbitkan sesuatu produk demi mengangkatkan martabat industri seni tanahair.

Dalam pada itu, katanya, Kamis akan muncul dengan album keempat serta kompilasi bersama artis terbaru iaitu Laila Nadia yang akan diterbitkan sepenuhnya oleh A.B.S Entertainment.

Menurutnya, album yang mengandungi lagu-lagu terbaru akan berada di pasaran pada pertengahan tahun ini dan tentunya mengubati kerinduan peminat setia Kamis.

Tamat


SAMBUTAN MUDIR RASUL DAERAH BELURAN DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA

OLEH: SHAIMON S JUMADI


BELURAN: Lebih 1,000 umat Islam memeriahkan Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul SAW 1436H / 2015M Peringkat Daerah Beluran dengan berarak sambil membawa sepanduk secara beramai-ramai mengelilingi pekan itu, kelmarin.

Perarakan dimulakan dari pentas terbuka Majlis Daerah Beluran sehingga melewati beberapa kawasan yang berakhir di Dewan Serbaguna diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut Merangkap Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib di samping isterinya Datin Hajah Noriah Pg.Ahmad.

Seramai 18 buah kontinjen terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, badan-badan NGO, kampung-kampung serta sekolah-sekolah mengambil bahagian dalam perarakan yang bermula seawal jam 8 pagi itu.

Sekali pun keadaan cuaca yang sedikit mendung tetapi masyarakat di daerah berkenaan terutamanya yang berugama Islam tidak melepaskan peluang menyertai perarakan yang diserikan bacaan 'Asrokal' dipimpin Ustaz Sabuangin Abd.Amin yang berkumandang sepanjang perarakan tersebut.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Beluran, Mahmud Awang Hussin; Naib Ketua Bahagian, Ariffin Bacho; Pegawai Daerah Beluran selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan berkenaan, Suhaili Riman dan Ketua Daerah Beluran, Abdul Rashid Dundulang.

Pembantu Menteri Kewangan Negeri Merangkap Adun Labuk iaitu Datuk Seri Micheal Asang turut hadir semasa berlangsungnya sambutan di dalam dewan berkenaan yang menyaksikan pengumuman tokoh-tokoh Maulidur Rasul bagi peringkat daerah selain pemenang pertandingan sepanduk, kontinjen terbaik dan kontinjen teramai.

Acara sambutan turut meriah dengan beberapa persembahan lagu-lagu nasyid berbentuk kasidah di samping ceramah agama oleh Ustaz Mohd Jumat Abdul Razak dari Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Sabah.

Seramai tiga orang pemimpin masyarakat di Beluran telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1436H / 2015M bagi peringkat daerah berkenaan iaitu masing-masing Haji Ismail Salleh dan Madayang Abdullah, manakala KK Habirin Hassan sebagai penerima Tokoh Kepimpinan Kariah.

Anugerah hadiah berupa sijil penghargaan dan wang tunai serta plak khas disampaikan James pada majlis sambutan yang bertemakan 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara' ini.

Terdahulu, James semasa berucap menyempurnakan sambutan berkata semangat perpaduan perlu disemarakkan dalam setiap lapisan masyarakat dalam mewujudkan suasana aman dan harmoni.

Katanya, keadaan itu akan membolehkan negara mencapai kemajuan dan kejayaan lebih bermakna dalam pelbagai aspek kehidupan.

Menurutnya lagi, perpaduan di kalangan masyarakat boleh dicapai dengan mengamalkan kesederhanan serta berusaha merubah hidup Umat Islam kepada kehidupan lebih baik 

sesuai dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'.

"Perpaduan juga diamalkan di peringkat kerajaan yang berjaya mendorong kemajuan dalam pelbagai bidang tanpa mengamalkan pendekatan ekstrim.

"Ia sekaligus meletakkan kedudukan umat Islam di negara ini sebagai umat yang mampu mencapai kejayaan dalam kesederhanaan di peringkat global," jelasnya.

James yang juga merupakan Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd menyarankan umat Islam mencontohi keperibadian Rasulullah SAW bagi melakar kejayaan yang lebih besar dan bermakna terhadap perjuangan membela agama, bangsa dan negara sebagai cara menunjukkan perasaan cinta terhadap sanjungan kepada Nabi Muhammad.

Jelasnya, langkah itu mampu mendorong umat Islam menjadi umat yang mempunyai perpaduan tinggi sekaligus mampu memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

"Kehadiran kita dalam majlis yang mulia ini melambangkang ketaatan kita kepaa Allah SWT dan kecintaan kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai rasul pilihan dan pemimpin teladan yang menjadi rahmat kepada sekalian alam.

"Bersempena dengan hari memperingati keputeraaan Nabi Muhammad ini, saya ingin mengajak seluruh umat Islam khususnya di daerah Beluran untuk sama-sama mencontohi sifat-sifat mulia Baginda.

"Jika kita menyingkap sirah Rasulullah, banyak kisah dan teladan yang jelas menggambarkan bahawa Baginda merupakan seorang insan yang amat bersopan-santun dalam tutur kata, bersikap jujur dan memiliki budi pekerti yang luhur.

"Saya menekankan perkara penting berkaitan akhlak kerana sejak kebelakangan ini, begitu banyak berlaku gejala sosial yang semakin merosakkan jiwa, moral dan akhlak ummah khususnya yang cuba melemahkan dan meracuni pemikiran generasi muda Islam kita.

"Oleh itu, bagi menggambarkan akhlak dan keperibadian Islam yang sebenarnya, tidak lain dan tidak bukan ia telah sedia ada dalam diri Rasulullah SAW. Malah, ramai orang bukan Islam termasuklah musuh-musuh Baginda yang telah memeluk Islam kerana berasa sangat kagum dengan akhlak serta keperibadian mulia Baginda," ujarnya.

Tamat



MP SANDAKAN DESAK SESB TURUNKAN KADAR TARIF ELEKTRI DI SABAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-   Kita  semua telah sedia maklum bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan pelaksanaan system pengapungan terkawal ke atas harga minyak bermula pada 1 Januari 2015 baru-baru ini.

Di mana harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 35sen dan 30sen seliter, negeri Sabah yang mempunyai tariff elektrik yang paling tingSgi di dalam Negara ini sepatutnya  turun harga dengan segera.

Ahli Parlimen andakan (DAP) Stephen Wong berkata  demikian  kepada media ketika diminta mengulas mengenai penurunan  kadar harga  bahan api itu di negara ini.
 
Kata Wong, SESB telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 16.9% pada tahun lepas, tetapi rakyat Sabah masih mengalami masalah gangguan bekalan elektrik, System Average Interuption Duration Index (SAIDI) atau Indeks Sistem Purata 

Tempoh Gangguan telah meningkat dari 423 minit pada tahun 2013 sehingga 700 minit pada tahun 2014. Masalah gangguan bekalan elektrik menyusahkan rakyat Sabah, dan banyak lagi kawasan kampung masih tiada bekalan elektrik. SESB mengenakan caj yang begitu tinggi, tetapi pencapaian dan perkhidmatannya teruk. Kini harga minyak turun, SESB seharusnya turut menurunkan tarif.

Wong berpendapat bahawa, walaupun harga minyak mengikut sistem pengapungan kawalan antarabangsa, tetapi mengikut situasi pada masa kini, harga minyak antarabangsa mungkin akan kekal di paras yang rendah, malah mungkin akan turun sehingga 50 USD per-tong. Sekiranya harga minyak turun, harga barang akan turut turun, dan tarif elektrik juga sepatutnya menurun.



 Syarikat elektrik seperti TNB dan SESB harus mengumumkan penurunan harga dengan serta-merta, kita sememangnya tidak membenarkan syarikat eletrik mengambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan.

Selain itu, beliau juga mengutuk keras tindakan SESB yang mengenakan deposit lebih tinggi, merupakan dasar yang mengeksploitasi rakyat. Bukan sahaja harga elektrik menaik, kini deposit juga diminta tambah, ini menyebabkan beban rakyat bertambah berat. Beliau bertanya, mengapakah deposit diminta bertambah? Jika pengguna tidak bayar, pihak SESB boleh hentikan bekalan mengikut undang-undang, bukanlah menambah wang deposit menyusahkan orang ramai.

Mengikut analisasi beliau, pada tahun-tahun yang lalu, semasa harga minyak tinggi, TNB yang memegang 80% syer SESB mengaut keuntungan setiap tahun. Mengikut laporan kewangan TNB, pada tahun 2011 hingga 2014,TNB mendapat keuntungan melebihi ratus juta ringgit. Pada tahun 2013, 


TNB mendapat 460 juta ringgit, manakala tahun 2014 dijangka mendapat keuntungan sebanyak 610 juta ringgit. Syarikat tersebut telah mendapat keuntungan tambahan sebanyak 150 juta ringgit dalam masa 1 tahun setelah mengumumkan kenaikan tarif elektrik. Ini menunjukkan kenaikan tarif elektrik bukan untuk keperluan pentadbiran, tetapi semata-mata mengaut keuntungan daripada kesusahan rakyat.


Kini harga minyak turun, TNB dan SESB pasti mendapat lagi banyak keuntungan, ini tidak adil untuk rakyat jelata. Beliau berkata, TNB bukan syarikat swasta yang biasa, ia merupakan syarikat monopoli dan syarikat rakyat yang membekalkan kemudahan asas kepada rakyat, ia harus melaksanakan tanggungjawab sosial, memberikan kebaikan kepada rakyat, bukannya hanya mengaut keuntungan.


Beliau menambah kata  bekalan elektrik, jalan raya, air dan kemudahan asas yang lain merupakan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat. Banyak negara yang lain membekalkan semua kemudahan ini kepada rakyat secara percuma. Jika kemudahan asas pun tidak dapat dibekalkan dengan sebaik-baiknya, kerajaan ini boleh dikatakan telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat!

“Meswastakan kemudahan awam memang tidak wajar, kini syarikat swasta berkenaan pula terang-terang mengaut keuntungan melalui kemudahan asas rakyat, tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya, tidak memberikan perkhidmatan yang baik untuk rakyat, malah setiap tahun menaikkan harga semata-mata untuk mengaut keuntungan daripada rakyat. Kerajaan bukan sahaja tiada memantau, malah masih membantu mereka terus mengaut keuntungan, mengeksploitasi kepentingan rakyat.”


Kata beliau, kini pihak TNB atau SESB setiap tahun mengaut keuntungan besar, tetapi tidak membekalkan perkhidmatan yang baik, malah menaikkan tarif elektrik pada tahun lepas.


Beliau juga menyangsi Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Maximus yang berjanji tidak akan menaik tarif elektrik sebelum bulan Jun tahun ini, ini menunjukkan tarif elektrik mungkin akan dinaikkan pada tahun depan. Kini harga minyak turun, syarikat elektrik patut menurunkan tarif elektrik, bukanlah mengaut keuntungan pada masa ini!