Tuesday, 25 November 2014

Hapuskan sekolah Cina, diamkan Dong Zong, NGO Melayu gesa Putrajaya ....BN Hancur PRU 14 Nanti


OLEH ANISAH SHUKRY

Datuk Ibrahim Ali (katak)  berkata hari ini mana-mana kumpulan pendidikan yang 'radikal' boleh ditutup mulut dengan ancaman membatalkan pendaftaran mereka. – 

PUTRAJAYA  mesti menghapuskan semua sekolah vernakular kerana ia menghalang perpaduan negara, dan menggantikannya dengan sekolah satu aliran, gesa satu gabungan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak Melayu.

Melalui satu Memorandum Perpaduan Negara, mereka berkata hari ini, Putrajaya boleh menutup mulut mana-mana kumpulan pendidikan "radikal" yang menentang langkah itu, seperti Dong Zong, melalui ancaman membatalkan pendaftaran mereka.
"Ketegasan ini perlu kerana beberapa aliran sekolah yang sudah wujud sekian lama tidak kondusif kepada usaha mempromosikan dan mengukuhkan perpaduan nasional di Malaysia," menurut memorandum itu yang dirangka sebuah jawatankuasa dipengerusikan Ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali.
"Jika cadangan memansuhkan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) ditentang pertubuhan seperti Dong Zong, kerajaan Malaysia mesti mengkaji semula pertubuhan ini dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kenapa pendaftaran mereka tidak patut dibatalkan.

"Dalam erti kata lain, tiba masanya kerajaan Malaysia bertindak tegas terhadap mana-mana kumpulan pendidikan yang radikal menentang usaha memupuk perpaduan negara, termasuk Dong Zong dan yang seumpamanya."
Memorandum itu menggesa Putrajaya menjelaskan kepada rakyat kaitan antara Dong Zong dengan "Suqiu", sebuah "pergerakan ultra-chauvinis" Cina yang pernah membuat 83 tuntutan dari Putrajaya pada 1999.
Katanya, Putrajaya tidak harus tunduk kepada tekanan dari aktivis pendidikan bukan Bumiputera.
"(Sekolah vernakular) bertentangan matlamat mengubah sistem pendidikan negara kepada satu mekanisme bagi mewujudkan perpaduan negara di kalangan pemuda berbilang kaum di Malaysia.
"Inilah sebabnya kenapa sistem itu dikatakan menimbulkan perpecahan antara kaum, agama dan budaya, dan mengancam perpaduan negara," menurut memorandum itu.

Memorandum tersebut dibahaskan lebih 300 wakil NGO Melayu pada Konvensyen Perpaduan Negara di Kuala Lumpur hari ini sebelum diluluskan petang ini.
Kumpulan itu berhasrat menyerahkan memorandum itu kepada kerajaan, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.
Bagaimanapun, dalam satu wawancara khas disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Umno tidak boleh menutup sekolah Cina sekiranya ia hendak meningkatkan sokongan kaum Cina.
"Ini kerana tidak mungkin sokongan orang Cina dapat ditingkatkan jika pada nafas yang sama  kita tuntut sekolah Cina ditutup," katanya. Posted By The Malaysia Insider
Ulasan Editorial The Sabah Insider.net.
Niat dan hasrat PERKASA mencadangkan Kerajaan  untuk menutup dua buah sekolah  Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sudah sekian lama wujud negara ini boleh dianggap perbuatan  bodoh yang boleh dianggap untuk mengguris hati kaum Cina dan kaum India di negara ini. 
Kita mahu tanya sama Ibrahim Ali (PERKASA) kenapa beiau (Ibrahim Ali) terlalu anti dengan bangsa Cina dan India termasuk anti dengan para penganut agama Kristian negara ini.
Seandainya  kerajaan Barisan Nasional (BN) akur dan turut menerima bulat-bulat cadangan Ibrahim Ali untuk menutup dua buah sekolah tersebut maka jelas Barisan Nasional (BN) akan tewas pada pilihanraya (PRU 14) nanti.
Sedar kah Ibrahim Ali kaum Cina dan India mereka adalah ahli parti komponen BN  MIC dan MCA, Gerakan dan LDP bila Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan sebegini rupa sentiment berbaur hasutan ia jelas telah menimbulkan dan mengundangkan  kemarahan kepada dua kaum ini iaitu Cina dan India sudah tentu kerajaan Barisan Nasional/BN kena tempiasnya kerana membiarkan Presiden PERKASA membuka sesuka hatinya walaupun mulut bacul mulutnya  macam longkang. 
Jika para pimimpin kerajaan BN tidak berani menegur apa juga perbuatan Ibrahim Ali yang boleh meimbulkan ketegangan kaum dan agama di negara ini sudah pasti BN akan menerima padahnya  masyarakat Cina dan India akan keluar di BN inikan yang Ibrahim Ali mahukan untuk mempora porandakan dan mengucarkacirkan perpaduan sedia terjalin antara Melayu, Cina dan India sekian lama. 
Niat jahat Ibrahim Ali amat ketara sekali dipergunanya UMNO untuk kepentingan peribadinya ataupun PERKASA untuk membelasah kaum cina dan india Presien PERKASA dan termasuk talibarut dan kuncu-kuncunya  memang tidak senang hati melihat keharmonian wujud di negara ini ia suka kalau bilau.
 Kalau pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Dalam Negara (KDN) tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap tindak tanduk Ibrahim Ali yang boleh menimbulkan huru hara nescaya tragedy 13 May akan kembali lagi sebab kemarahan kaum cina dan india sudah terlalu membakar hati mereka terhadap kerajaan  gara-gara perbuatan PERKASA kerajaan kena tempiasnya.
Niat Ibrahim Ali berbuat demikian untuk mengundang kemarahan kaum Cina dan India supaya PRU 14 nanti undi kedua kaum itu pergi kepembangkang,

Syabas Ibrahim  Ali  dan PERKASA kerana sedikit sebanyak  PERKARA ada peranan untuk membantu pihak pembangkang bagi  meraih undi daripada kaum Cina dan India pada PRU 14 nanti teruskan Ibrahim Ali niat jahatmu kepada kaum Cina dan Indi supaya undi cina dan india nanti condong ke parti pembangkang. Posted by The Sabah Insider.net


No comments:

Post a Comment