KOTA KINABALU:- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Abdul Razak menyifatkan
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (gambar)
sebagai patriot Malaysia yang sejati kerana pendirian teguhnya untuk memastikan
Sabah terus berada dalam Malaysia.
Najib yang juga pengerusi Barisan
Nasional (BN) berkata pengakuan terbuka dan tegas Pairin di hadapannya itu
merupakan kenyataan yang sangat tinggi nilai baginya sebagai perdana menteri
Malaysia yang mengepalai pentadbiran sebuah negara berasaskan persekutuan.
"Saya mendengar ucapan presiden
PBS sebentar tadi. Saya meneliti ucapan beliau dengan khusyuk dan saya
merakamkan butir-butir yang dibangkitkan Tan Sri Pairin Kitingan. Beliau
menyentuh 11 perkara.
"Dalam banyak-banyak perkara
yang paling tinggi nilainya ialah apabila Tan Sri Pairin Kitingan melahirkan
kesanggupan beliau bersama PBS mempertahankan Sabah dalam Malaysia. Pengakuan
ini cukup besar ertinya walaupun kita tahu orang yang agak rapat dengan beliau
bercakap berlainan di luar.
"Tetapi Tan Sri Pairin dan
pemimpin PBS adalah rakan setia kepada Barisan Nasional dan seorang patriot
negara Malaysia kerana mencintai negara Malaysia lebih daripada apa-apa
pertimbangan yang lain. Terima kasih.
"Tan Sri Pairin, kamu seorang
patriot Malaysia yang sejati," kata Najib yang menerima tepukan gemuruh
ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-29 di Dewan
Serbaguna Kompleks Sukan Likas di Kota Kinabalu, hari ini.
Sebelum itu, Pairin dalam ucapan
dasarnya berkata PBS akan berdiri teguh di belakang perdana menteri dan BN
dalam berdepan dengan sebarang ancaman daripada mana-mana pihak yang cuba
mempertikaikan Perjanjian Malaysia dan hubungan baik antara Persekutuan dan
negeri serta keutuhan Persekutuan.
"Sekali lagi saya ingin
menegaskan PBS akan turut bersama-sama dengan perdana menteri dalam membanteras
mana-mana pihak yang cuba memecahkan Malaysia," kata Pairin.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah yang
juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan
Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib berkata, BN mengakui setiap
parti komponennya kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza dalam sesetengah
isu dan BN membenarkan anggotanya mengemukakan pandangan secara konstruktif
namun perbezaan pandangan tidak menjejaskan Pairin untuk tetap teguh dengan
prinsip asas BN iaitu (persekutuan) Malaysia mesti dikekalkan.
Najib berkata beliau bersetuju dengan
Pairin Malaysia tidak boleh 'bercerai' kerana sudah membuktikan kepada dunia ia
antara negara paling aman, meskipun dengan kepelbagaian kepercayaan, agama dan
budaya di kalangan rakyatnya.
Katanya, kemampuan Malaysia
membangunkan negara majmuk ini sehingga dipandang tinggi masyarakat
antarabangsa adalah atas kebijaksanaan kepimpinan negara yang diterajui BN
untuk mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan.
Menurut Najib, walaupun parti
pembangkang negara ini cuba meniru konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN
dan bercita-cita menjadi parti alternatif kepada BN, namun ternyata mereka
gagal disebabkan perbezaan amat ketara mengenai prinsip perjuangan parti.
"Mereka (parti pembangkang)
tidak setanding BN," tegas Najib.
Bagaimanapun, Najib mengingatkan
semua parti-parti komponen BN supaya tidak leka, sebaliknya terus memperbaiki
apa juga kelemahan yang ada melalui perbincangan konstruktif bagi memastikan BN
terus kukuh untuk menerajui negara ini.
"Tan Sri Pairin, kamu seorang
patriot Malaysia yang sejati," kata Najib yang menerima tepukan gemuruh
ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-29 di Dewan
Serbaguna Kompleks Sukan Likas hari ini.
Sebelum itu, Pairin dalam ucapan
dasarnya menegaskan bahawa PBS akan berdiri teguh di belakang perdana menteri
dan BN dalam berdepan dengan sebarang ancaman daripada mana-mana pihak yang
cuba mempertikaikan Perjanjian Malaysia dan hubungan baik antara Persekutuan
dan negeri serta keutuhan Persekutuan.
"Sekali lagi saya ingin menegaskan
bahawa PBS akan turut bersama-sama dengan perdana menteri dalam membanteras
mana-mana pihak yang cuba memecahkan Malaysia," kata Pairin.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah yang
juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan
Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menurut Najib, BN mengakui setiap
parti komponennya kadang-kadang mempunyai pandangan yang berbeza dalam
sesetengah isu dan BN membenarkan anggotanya mengemukakan pandangan secara
konstruktif namun perbezaan pandangan tidak menjejaskan Pairin untuk tetap
teguh dengan prinsip asas BN iaitu (persekutuan) Malaysia mesti dikekalkan. –
Bernama post by The Sabah Insidr.net
No comments:
Post a Comment