Friday, 28 November 2014

PELANGGAN BOIKOT RESTORAN UMMI AISAH HARGA MAHAL BAGUS LAGI MAKAN DI RESTORAN CINA

OLEH: THOMAS SUNGGIUK

KOTA KINABALU: Ramai pelanggan rasa tidak puas hati  terhadap perilaku sebuah restoran di sini iaitu Restoran Ummi Aisah yang didakwa mengenakan bayaran terlalu mahal keatas makanan dan minuman yang dijual di restoran berkenaan.

Contohnya  harga nasi kukus ayam berempah sepinggan RM22.50 cendol segelas RM8.00 sementara pinjam mangkok atau pinggan kosong dikenakan bayaran atau cas RM2.00.

Seorang pelanggan yang mengadu kepada Waratawan kami berhubung isu restoran Ummi Aisah  yang  mendakwa makanan dan minuman yang dijual di restoran itu memang terlalu mahal berbanding dengan mana-mana restoran yang ada disekitar  bandar Kota Kinabalu.

Kata Ahmad (Pelanggan) kalau pelanggan memesan makanan untuk ditapau (bungkus) mereka telah mengenakan bayaran tambahan kalau mee goreng kita pesan harganya RM7.00 kemudian di tapau menggunaan container mereka cas RM1.00.

“Saya bagi pihak rakan-rakan yang telah teraniaya ayuh sama-sama boikoi bagi tahu kawan-kawan yang lain  supaya jangan datang ke restoran Ummi Aisah nanti jadi mangsa seperti kami ini.


“Andai kata kalau pelanggan yang membawa duit hanya RM20.00 sahaja sudah tentu tidak cukup untuk membayar makanan yang dipesan untuk seorang” kata Ahmad lagi.


Dalam pada itu Ahmad meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) dan pihak unit Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) agar membuat serbuan mengejut ke restoran yang dimaksudkan itu.

“Saya khuatir jika tiada pemantauan daripada pihak kementerian tersebut dan pihak berkuasa tempatan ramai lagi pelanggan akan menjadi mangsa penipuan seperti yang kami telah alami kelmarin”ujarnya.
 

“Lebih baik kita makan di restoran Cina daripada kita makan restoran orang Melayu sudahlah mahal beranding dengan restoran cina lataran layanan tidak bagus kalau kita tanya kenapa mahal sangat makanan di restoran ini apa jawab mereka ini setiap makanan dan minuman sekarang dikenakan cukai GST” Tambahnya. POSTED BY THE SABAH INSIDER.net

No comments:

Post a Comment