Saturday, 15 November 2014

AJK BAHAGIAN UMNO LIBARAN BUAT LAPORAN TENTANG KENYATAAN FAHMI BERBAUR HASUTAN PELAJAR UMS

OLEH: SHAIMON S JUMADI

Keterangan gambar
Rozly dan Shariff (dua dan tiga dari kiri) bersama rombongan dari Pergerakan Pemuda, Wanita serta Puteri UMNO Libaran di luar Balai Polis Sandakan selepas membuat laporan
 











LIBARAN:  Berhubung dengan kenyataan Fahmi Zainol di laman sosialnya  (FB) yang  coba menghasut para mahasiswa UMS agar menentang pentadbiran UMS

Salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Libaran meminta pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat pemilik akaun Facebook atas nama Fahmi Zainol

Rosly Aziz yang juga Pegawai Kemajuan Masyarakat di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum telah membuat laporan polis pada petang Jumaat berhubung kenyataan tersebut yang beliau terbaca di laman Facebook atas nama Fahmi Zainol pada Nov 9.

Menurut beliau, kenyataan berkenaan terang-terang telah menghasut mahasiswa UMS agar menentang pihak pentadbiran UMS dan tidak setuju dengan system pilihanraya kampus.

Saya bersama Pengerakan Pemuda UMNO Libaran, Wanita UMNO dan Puteri UMNO Libaran juga mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Fahmi Zainol yang menghina pemimpin dan orang Sabah.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan  prilaku Fahmi yang menghasut para pelajaran UMS dan UITM untuk memberi gambar yang tidak baik kepada para pelajar berkenaan  mengenai pentadbiran UMS dan UITM” katanya kepada Wartwan Sabahkini.Net sejurus selepas dari Balai Polis.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda UMNO Libaran Shariff Ismahafiz Abdul Rahman pula membuat laporan polis pada hari yang sama berhubung kenyataan yang berunsur fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah dan Ketua Pemuda UMNO Sabah.

“Pada 13 Nov 2014 jam lebih kurang 12.30 tengahari bertempat di pejabat Pemuda UMNO Libaran saya ada melayari laman Facebook atas nama Mohd Husnady Hussein yang telah membuat pelbagai kenyataan bergambar berunsur fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah dan Ketua Pemuda UMNO Sabah,” kata Shariff kepada media.

Shariff memberitahu bahawa beliau bersama Pergerakan Pemuda UMNO Libaran, Wanita UMNO Libaran dan Puteri UMNO Libaran membuat laporan polis ini supaya pemilik akaun Facebook Mohd Husnaidy Hussein disiasat dan diambil tindakan oleh pihak polis dan SKMM.

Katanya lagi budaya buruk orang-orang semenanjung jangan pula dibawa  menular  ke Sabah yang bertujuan untuk merosakan para pelajar di negeri ini.


No comments:

Post a Comment