Thursday, 20 November 2014

KENAPA JKDB FLAT KERAMUNTING TIDAK BERFUNGSI SEBAGAI MATA TELINGA KERAJAAN?


OLEH AZMI AZMAN

KARAMUNTING:- Beberapa  orang penduduk Flat Karamunting mendakwa bahawa Jawatankuasa Kemesyarakatan Dalam Bandar (JKDB) yang dipimpin oleh seorang wanita langsung tidak berfungsi sebagai agensi kerajaan untuk membantu  kepada penduduk-penduduk diflat ini.

Sebagai pengerusi JKDB seharusnya  mempunyai tanggungjawab untuk membantu kepada masyarakat dalam apa juga masalah yang dihadapi harus dibawa kepengetahuan sama ada Wakil Rakyat dan pihak kerajaan.

Dalam tinjauan  wartawan sebaik saja menerima aduan daripada beberapa orang penduduk Ftal MPS kelihatan seluruh kelilingan bangunan itu dalam keadaan yang amat kotor dan menjijikan  sakit mata memandang.

Dilorong-lorong kaki lima  bangunan itu kelihatan tempat  menyimpan  tong-tong ikan, lorong pejalan kaki pula  dijadikan tempat pembuangan sampah  terdapat menyambungan  haram  elektrik dari bangunan untuk dibekalkan kerumah-rumah setinggan  yang berhampiran dan jalan dilorong belakang dalam keadaan becak berbau busuk dan terdapat dua kenderaan rosak sudah sepuluh tahun tersadai tidak alihkan.
 
Kata jurucakap itu lagi sepatutnya pihak JKDB boleh menganjur program gotong royong untuk membersihkan kawasan sekeliling bangunan  buatlah  surat pekeliling jemput semua penduduk untuk sama-sama menyertai program tersebut dan jemput sekali  ADUN Sekong dan Ahli Parlimen Batu Sapi untuk mengetuai program yang dimaksudkan itu.



“Kami kesal ada badan JKDB tetapi tak berfungsi  langsung sepatutnya  sebagai sebuah badan agensi kerajaan  ia berfungsi sebagai mata telinga kerajaan tugas utama menyampaikan hasrat rakyat kerapada kerajaan disamping menyampaikan matlamat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat inilah sebenarnya tugas-tugas pengerusi JKDB ini  diibaratkan jambatan perantaran penghubung antara rakyat dan kerajaan” ujar juru cakap itu lagi.


01 Gambar pertama.... Jalan Lorong Belakang  Becak Bau Busuk
02 Gambar kedua...Penyambungan Haram Elektrik Haram Dibekalkan Kerumah Setinggan
03 Gambar  Ketiga....Lorong Pejalan Kaki DiJadikan Tempat Pembuangan Sampah
04 Gambar Keempat.....Dua Kenderaan Rosak lebih 10 tahun Tersadai Tidak Dialihkan
05. Gambar Kelima....Lorong Bangunan Tempat Penyimpang Tong-Tong Ikan

No comments:

Post a Comment