Saturday, 22 November 2014

BUNG BELASAH ASTRO SURUH TUTUP SAJA KERANA MENIPU KERAJAAN DAN RAKYAT (PELANGGAN)

OLEH: SHAIMON S JUMADI


LEBIH 90 peratus pelanggan ASTRO  seluruh negara mengalu-alukan dan memberi sokongan penuh terhadap  kritikan  Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohktar Radin yang cukup  bernas dan bermenfaat khususnya kepada para pelanggan ASTRO semasa sesi soal jawab  di Persidangan Parlimen pagi  kelmarin berhubung tindak tanduk pihak ASTRO.

Apa yang diperkatakan oleh Datuk Bung mengenai prilaku pihak ASTRO yang dianggap telah menipu kerajaan dan rakyat terutama sekali para pelanggan memang benar dakwaan Bung itu.

Selama ini para pelanggan dan bekas pelanggan ASTRO yang sering berhadapan dengan masalah bayaran tiada tempat  mengadu untuk meluahkan kemarahan para pelanggan sering menjadi mangsa penipuan.

Contoh yang terdekat 50 peratus bekas pelanggan ASTRO sebelum siaran mereka minta diputuskan  atau ditamatkan kerana tidak berminat dan tidak puas hati dengan siaran ASTRO mereka telah membayar bil-bil terakhir agar tidak ada bil-bil yang tertunggak.

Tetapi amat malang sekali pelanggan tadi yang sudah tidak lagi menjadi pelanggan mereka setiap bulan masih lagi menerima bil-bil daripada pihak ASTRO sedangkan mereka bukan lagi pelanggan ASTRO dan tidak lagi berhutang dengan ASTRO disamping itu para pelanggan tersebut terus diganggu oleh agen-agen ASTRO.


Kita terus terang saja sebenarnya siaran ASTRO sama sekali tidak berkualiti terlalu banyak ikhlan mengalahkan siaran TV1-TV2 dan TV3 dan kebanyakkannya siaran seperti Drama diulang-ulang siarannya macam tiada bahan cerita lain untuk disiarkan.

Kalau dibandingkan siaran TV1-TV2 dan TV3 lebih bagus daripada siaran ASTRO sudahlah mahal bayarannya siaran tidak berkualiti dan konteks ini ramai pelanggan yang sudah menjadi mangsa penipuan ASTRO menyokong cadangan Bung agar ASTRO  ditutup saja daripada meneruskan siaran yang tidak berkualiti menipu kerajaan dan para pelanggannya.

Atas beranian  Datuk Bung menyelar dan membelasah  pihak ASTRO merupakan satu tindakan baik bagus  dan dalam hubungan ini  Bung  harus diberikan penghormatan kerana membela rakyat yang  tertipu oleh kejahilan ASTRO syabas Datuk Bung jasamu tetap dikenang hingga keakhir rakyat.

Sebagai menambah dakwaan Bung memang  benar siaran ASTRO tidak berkualiti langsung contohnya kalau ada angin kencang atau angin sepui-sepui ditambah lagi  keadaan  langit  mendung seakan akan hujan mahu turun siaran ASTRO terus terputus apa lagi kau hujan lebat berjam-jam lamanya langsung tidak ada  siaran ASTRO  2 hingga 4 jam lamanya bukan kah ruginya pelanggan membayar bil bulanan. Posted by The Sabah Insider.net














No comments:

Post a Comment