Wednesday 26 November 2014

RIDZMAN DAN NOOR AZREEN MURID CEMERLANG DAPAT 5A DALAM PEPERIKSAAN UPSR


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SUNGEI SIBUGA:-  Seramai 68 murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Sungei Kayu yang telah mengikut peperiksaan akhir UPSR dua daripadanya telah mendapat keputusan cemerlang  pangkat 5A.

Murid yang dimaksudkan itu yang  mendapat pangkat 5A ialah Ridzman Fihim Wali dan  Noor Azreen Rosli dan lima orang murid lagi lainnya masing-masing mendapat pangkat 4A.

Mereka yang mendapat pangkat 5A telah menerima  hadiah  berupa wang tunai  yang disumbangkan oleh pihak sekolah berkenaan sebanyak RM120.00. manakalah mereka yang mendapat pangkat 4A juga menerima hadiah wang tunai sebanyak RM80.00

Terdahulu dalam ucapan alu-aluan Guru Besar Janimah  Jaman antara lain menjelaskan mengtucapkan tahniah dan syabas kepada dua orang murid yang mendapat pangkat 5A dan mendapat pangkat 4A kerana atas daya usaha gigih mereka yang tekun belajar akhirnya membawa satu kejayaan boleh dibanggakan bukan saja  melibatkan para  ibubapa  malahan kepada tenaga pengajar  khususnya guru-guru mereka kegembiraan itu turut dikongsi bersama.

“Saya berharap mereka yang akan melangkah ke sekolah menengah pada tahun depan nanti  sentiasa mengekalkan  tabiat rajin dan tekun belajar  agar kamu nanti mendapat keputusan yang cemerlang ditahun-tahun berikutnya” ujarnya.

Kewujudan Sekolah Kebangsaan Sungei Kayu  yang dibuka  28 Julai ini setelah pindah daripada  bangunan lama ianya mempunyai murid seramai 438  dan 29 guru 4 orang kerani.







No comments:

Post a Comment