OLEH ROBERT LEE YUN KEONG
GAMBAR KELIHATAN....Kelihatan
Stanley (bertopi) sedang menjelaskan sesuatu kepada Au semasa lawatannya. Gambar fail The Sabah Insider.net
SANDAKAN:
Wakil Rakyat Elopura Datuk Au Kam Wah
telah turun padang untuk meninjau sendiri kerja-kerja pembaikan saluran paip
pembetungan di kawasan Bandar Kim Fung dan Bandar Prima kelmarin.
Beliau
telah diiringi oleh beberapa pegawai beliau dari Unit Pemimpin Pembangunan
Masyarakat (UPPM) kawasan Elopura.
Dalam
tinjauan tersebut, Au telah diberi taklimat oleh Pekerja Am Khas Unit
Pembetungan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan Stanley Mohd Omar berhubung
kerja-kerja yang sedang dilaksanakan itu.
Au
berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak JKR dan berharap
kerja-kerja pembaikan ini dapat diselesaikan dengan segera kerana masalah ini
sudah kian lama berlaku. Posted by The Sabah Insider.net
No comments:
Post a Comment