Thursday, 2 October 2014

BINATANG TIDAK PUNYA AKAL DAN FIKIRAN TAPI PUNYA PERASAAN KEPADA ANAK-ANAK TIDAK SEPERTI MANUSIA LEBIH KEJAM


OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Nampaknya pembuangan bayi di negara ini semakin menjadi-jadi   seakan akan ia sudah jadi  satu trend di kalangan segelintir wanita.

Ini sebenarnya berpunca daripada melakukan seks rambang yang tidak terkawal dengan pasangan masing-masing yang bukan mughrim terutama sekali di kalangan remaja.

Yang paling menyedihkan sekali kenapa mereka begitu tergamak membuang anak atau bayi yang tidak berdosa itu tidak kah mereka  ada rasa belas kasihan bila melihat bayi yang baru dilahirkan dicampak hidup-hidup sama ada kedalam   longkang ataupun di tong-tong sampah.

Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Tanjung Papat Puan Saleena Titi (gambar) ketika diminta mengulas satu kejadian pembuangan bayi didalam mangkok tandas di Pulau Pinang  baru-baru ini.

Kata Saleena lagi sedangkan binatang yang tidak punya akal tetapi punya  perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya inikan lagi manusia yang diberi akal dan fikiran yang cukup semporna lebih tergamak membuang anak-anak mereka yang dikandung selama 9 bulan 10 hari itu.






SAYANG-MENYAYANGI...Lihat anjing ini begitu menyayang antara satu sama lain







“Sebagai seorang wanita kena harus pandai menjaga diri jangan terlalu mengikut hawa nafsu dan begitu mudah menyerahkan tubuh badan kepada teman lelaki kerana atas cinta sejati, inilah akibatnya” ujarnya.

Wednesday, 1 October 2014

BEBAN LAGI KEPADA RAKYAT PETROL-DIESEL NAIK 20 SEN


OLEH:  AZMI AZMAN




SANDAKAN:-  Kerjaan hari telah mengisytiharkan harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.

Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.

Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.

"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, kerajaan sedar bahawa langkah itu memberi kesan ekonomi kepada masyarakat.

Justeru, jelas kementerian, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Sehubungan itu, salah satu langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk menaikkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015," menurut KPDNKK.

Antara langkah-langkah lain dipertimbangkan untuk meringankan beban rakyat, termasuk:
  • Meneruskan bantuan persekolahan, subsidi harga rumah serta insentif percukaian.
     
  • Memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan berlebihan.

PROGRAM TITIAN PLASTIN UNTUK MENYEDARKAN MASYARAKAT ISLAM TENTANG PENGGUNAAN PRODUK ISRAEL

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Program Titian  Kasih Plastin  anjuran  PERSABAH Cawangan Sandakan yang diadakan  di Taman Merpati  kelmarin mendapat sambutan yang menggalakan.

Program yang dimulakan dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang telah dihadiri sera,ai lebih 150  orang khususnya yang terdiri daripada remaja wanita dan lelaki.

Setiausaha PERSABAH  Sandakan  Theresa Thomas Lau berkata tujuan program ini diadakan adalah untuk menyedarkan kepada para belia Islam tentang kekejaman Isreal terhadap rakyat Plastin tanpa ada rasa belas kesihan tergadap kanak-kanak yang tidak berdosa itu turut terkorban  akibat  perbuatan zalim pihak zionis plastin.

Disamping itu juga ia akan memboikot agar rakyat di negara ini tidak akan menggunakan dan membeli  produk-produk keluaran Israel   yang ada dipasaran di negara ini.

Ahli Parlimen Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol telah merasmikan program tersebut  antara lain beliau memuji tindakan PERSABAH kerana menganjurkan program sebegini yang julung-julung diadakan di daerah ini.



Tuesday, 30 September 2014

WONG DAKWA BN LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL BERAT TENTANG SUARA RAKYAT MENGENAI GST

OLEH: DAYANG ZUBAIDAH DATU TALIL

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  (DAP) mengutuk keras Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek yang mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Dasar Kabotaj, boleh membawa isu tersebut ke mahkamah.
Wong berkata, Hassan Malek dan kerajaan BN langsung tidak mengambil berat permintaan dan suara rakyat.
Dalam pada itu  tidak setuju dengan kenyataan Hassan Malek, dan berpendapat bahawa menteri atau pemimpin tidak harus bersikap demikian.
Menurut Wong, Dasar Kabotaj menyebabkan harga barang di Sabah 30% lebih mahal berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Adakah salah untuk orang Sabah mendapatkan harga barang yang sama dengan Semenanjung Malaysia
Wong berkata, kerajaan BN pernah berjanji untuk seragamkan harga barang Sabah dan Semenanjung Malaysia, tetapi hanya bercakap kosong, sehingga kini masih belum dilaksanakan.
Beliau berpendapat bahawa pelaksanaan Dasar Kabotaj di Sabah tidak selaras dengan Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, lebih baik jika menukar slogan 1Malaysia menjadi "1 Malaysia, 2 harga barang".
Katanya, kenyataan Hasan Malek menunjukkan kerajaan BN tidak mempedulikan rakyat Sabah menanggung harga barang yang tinggi, dan langsung tidak berniat untuk memansuhkan Dasar Kabotaj.
Wong juga berpendapat bahawa Hassan Malek yang mengeluarkan kenyataan hasutan, tidak layak untuk menjadi menteri, kerana Hasan Malek tidak bersikap adil, dan berasa adalah wajar untuk orang Sabah menanggung harga barang yang tinggi.
Wong menyeru orang Sabah memandang serius Dasar Kabotaj yang terus dilaksanakan oleh kerajaan BN di Sabah, terutamanya selepas 1 April 2015 apabila GST mula dilaksanakan, orang Sabah akan bertambah susah kerana terpaksa menanggung harga barang yang lagi tinggi.
Top of Form
Bottom of Form


KES ROGOL WANITA 21 TAHUN YANG MEMBABITKAN RELA JPAM DAN POLIS TIDAK HARUS DIPANDANG RINGAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sepatutnya sebagai anggota keselamatan baik Polis Rela dan Jabatan Pertahanan  Awam Malaysia (JPAM)  tugas mereka adalah melindungi orang awam inilah adalah amanah yang ditelah berikan bukan pula membinasakan orang awam.

Kes rogol  yang membabitkan  tiga orang iaitu seorang anggota Polis, Rela dan JPAM terhadap seorang wanita umur 21 tahun yang belum habis pantang  didakwa telah dirogol bergeliri-gilir di sebuah hotel disini  baru-baru ini.

Perbuatan yang dilakukan oleh ketiga-tiga anggota Polis, Rela dan JPAM ialah telah mencemarkan nama  baik ketiga-tiga pasukan itu sepatutnya mereka memberi contoh dan tauladan yang baik kepada masyarakat bukan berkelakuan yang tidak senono  sehingga merogol apa faedahnya yang kamu dapat.

Ketua Wanita  Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tanjung Papat Puan Salina Titi (Gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas satu kejadian yang benar-benar memalukan itu ketiga jabatan berkenaan.

“Kenapa sampai boleh  jadi begini kenapa tergamak berbuat demikian yang telah menyalahi undang-undang  dan kini siapa yang terima padahnya  ramai perempuan  di luar sana  kenapa perempuan  orang belum habis pantang baru dua bulan melahirkan anak kenapa jadi mangsa  rogol baru  bergilir-gilir lagi” katanya.

“Baru yang merogol orang yang berpakaian  baju seragam Polis, Rela dan JPAM perbuatan kami ibaratkan  kerana setitik nila rosak susu sebelanga yang sedihnya walaupun mereka itu orang pendatang tetapi mereka juga mempunyai hati dan perasaan jangan fikir mereka itu perempuan pendatang senang-senang saja kamu buat mentang-mentang kamu polis, Rela dan JPAM boleh buat sesuka hati saja” tegasnya.

Tambahnya lagikKalau begini dimana letaknya maruah seorang anggota polis, rela dan JPAM yang selama ini disanjung tinggi oleh masyarakat  macam menatang minyak yang penuh ekoran kejadian itu sudah tentu masyarakat tidak akan yakin terhadap sama ada anggota rela, JPAM adan Polis ini yang dikatakan harapkan pagar, bagar  pula  makan tanaman.



WANITA BELUM HABIS PANTANG DI DAKWAH DOROGOL BERGELIR-GILIR OLEH POLIS, RELA DAN JPAM

By Admin 



SANDAKAN: Polis menahan tiga lelaki, masing-masing anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA kerana disyaki merogol seorang wanita di sebuah hotel, di sini, Isnin lalu.

Suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan di sekitar bandar ini pagi tadi, susulan laporan polis yang dibuat oleh wanita warga asing berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, tiga suspek terbabit yang menjalankan rondaan di bandar ini dikatakan menahan wanita berusia 21 tahun itu untuk pemeriksaan.
 
 
Bagaimanapun, wanita itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri menyebabkan dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek sebagai syarat untuk dilepaskan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.

Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi di Sandakan, Isnin minggu lalu.

Suspek berusia 27 hingga 37 tahun ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.

Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes terpencil namun apabila video memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut menjadi viral ramai orang mula memperkatakan tentangnya.

Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi keselamatan negara ini.

Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-udang yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa baru dua bulan melahirkan bayi. Sudahlah begitu, telefon bimbit dan wang RM60 wanita malang itu pun dirembat sekali!

Masih ramai yang menggalas tanggung jawab diberikan dengan ikhlas kerana sayangkan negara dan malu untuk mencemarkan uniform yang mereka pakai dengan melakukan perkara tak sepatutnya. - 

Monday, 29 September 2014

WONG HADIR MAJLIS PERKAHWINAN DI PULAU BERHALA

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong bersama sombongannya  telah dijemput menghadiri satu majlis Perkahwinan salah seorang penduduk di Kampung Berhala Laut kelmarin.

Turut hadir sama di majlis tersebut ialah Frankie Poon Naib Pengerusi DAP Sandakan dan Pagawai Khas Parlimen Sandakan Dayang Zubaidah Datu Tahlil.

Kedatangan rombongan ke majlis  persandingan kedua mempelai itu ia yang penuh bermakna kepada keluarga  kedua-dua pengantin kerana seorang Ahli Parlimen walaupun daripada pembangkang namun berjiwa rakyat tidak memilih sesiapa saja mereka ini.


Dengan kehadiran Wong dan rombongan ia mencerminkan jalinan mesra yang perlu dipupuk untuk merapatkan lagi hubungan mesra antara pemimpin dan juga masyarakat setempat.

Untuk menyerikan suasana majlis persandingan itu pelbagai persembahan tarian kebudayaan suku kaum bajau turut diadakan