Sunday, 30 March 2014

SEMINAR DRAGON 165 DAYS PRODUK DR AZIMUTH DAPAT SAMBUTAN

Written by Admin
Sunday March 30.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI
  
SANDAKAN:- Tekad dan Azam Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong ingin membantu ahli-ahlinya agar mempunyai kehidupan yang baik untuk membantu menyara keluarga mereka

Dari itu kaum wanita khususnya ahli-ahli Wanita UMNO diseru mencari segala peluang khususnya  mereka yang berminat berniaga amat dialu-alukan dan dibantu bukan sahaja sekadar mendapatkan lesen perniagaan  bahkan akan dibantu untuk mencari dana untuk dijadikan model pusingan.


Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini  Sulong berkata demikian semasa memberi ucapan di Seminar Produk Dr Azimuth  Dragon Day 165 yang diadakan di Ballroom Sabah Hotel dekat sini petang tadi.

Katanya  walaupun kerajaan sekarang memang banyak memberi pelbagai jenis bantuan untuk membantu rakyatnya yang tergolong miskin tetapi kita tidak boleh terlalu mengharap sangat bantuan-bantuan yang disalurkan oleh kerajaan tidak begitu mencupki sepenuhnya bagi keperluan yang lain.
  

“Saya  mahu ahli-ahli Wanita  UMNO di bawah jagaan saya mempunyai daya pemikiran yang terbuka dan positif dan memandang ke-arah  masa depan untuk mengubah kehidupan yang lebih baik maka dengan itu mereka digalakan menceburi diri dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk perniagaan Jualan Langsung” tagasnya.

Noraini yang juga Penegerusi Koperasi Keusahawanan Wanita Daerah Sandakan Berhad  memang sentiasa  mengambil berat  terhadap kaum wanita tidak mengira siapa mereka mamang akan dibantu  sama rata tiada yang sikit dan tiada yang lebih.

Selanjutnya Noraini mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana susi mengundangnya termasuk ahli-ahli Wanita UMNO Sandakan  yang memberikan sedikit ilmu tentang bagai mana hendak  menjana ekonomi kehidupan.

Sementara dalam ceramah seorang Usahawan bumiputera  yang telah berjaya  datangnya  dari Ihsan Management  and  Training Centre Kota Kinabalu Mohd Yaakub Hj Sidi  menjelaskan produk Dr Azimuth  jenama Minyak Mira-(Oil) Astaxa-Stem-Cell Technology mengandungi bahan-bahan aktif yang sangat baik untuk kulit serta kaya dengan Vitamin E dan anti oksida yang dapat mengawal radikal  bebas dan menjadikan kulit lembab dan bebas cela.
 
Produk ini juga mengandungi Argam, Astaxa Stem Cell Shea Butter Tocomin dan Minyak Kepala Dara.

Selain Produk terapi Dr Azimuth  boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti Sakit Sendi, Kaki kebas, Luka Kencing Manis, Sakit Kulit, Diabetes, Sakit Jantung, Darah Tinggi dan lain-lain lagi.

Sambil itu Yaakub memuji peranan Noraini kerana mempunyai daya semangat yang jitu ingin membantu ahl-ahlinya inilah satu-satunya pemimpin Wanita UMNO yang mempunyai pandangan jauh untuk membantu ahli-ahli untuk menjana kehidupan yang lebih senang di masa-masa mendatang



Seminar yang bermula dari jam 1.30 pm hingga jam 5.00 petang telah dihadiri lebih 300.00 orang dan acara kemuncak ialah cabutan tiket bertuah.

NORAINI SULONG PUJI PENGANJUR PERTANDINGAN NYANYIAN KARAOKE CONGKIL BAKAT TERPENDAM

Written by Admin
Sunday March  30. 2014-03-30


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI



SANDAKAN:- Usaha Kelab  Permotoran SBC Sandakan menganjurkan pertandingan nyanyian karaoke secara terbuka yang diadakan di Down Town  malam tadi ia merupakan usaha yang baik dan harus disokong oleh semua pihak kerana ia menjurus kepada menconkil bakat terpendam kepada para meminat seni suara di daerah ini.

Usaha sebegini harus diteruskan kerana melalui pertandingan sebegini mereka dapat mengetangakan  dan menonjolkan  bakat masing-masing di akhlayak ramai selain mereka dinobatkan sebagai johan bahkan mereka juga dapat habuan yang lumayan.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong  ketika berucap melancarkan Pertandingan Karaoke Amal anjuran Kelab Pemotoran  SBC Sandakan  di sini malam tadi.

Seramai lima belas peserta yang mempersembahkan lagu-lagu bebas  dihadapan ribuan penonton masing-masing menonjolkan bakat yang terpendam.

Wartawan Free Sandakan Today yang nmembuat liputan pertandingan sempat bertanyakan kepada beberapa penonton yang menyaksikan program tersebut antara lain menjelaskan  mereka memang memuji usaha pihak penganjur kerana telah memberi peluang kepada orang ramai menyertai pertandingan ini tetapi juga amat mengecewakan sedikit kerana susunan acara tidak teratur sepatutnya masa yang diuntukan untuk program itu hanya 2 jam sahaja ini telah melebihi masa 4 jam.
 
“Sepatutnya cara persembahan tarian, persembahan nyanyian bukan peserta dan segala penyampaian bantuan-bantuan berkenaan seharusnya dilakukan semasa  pertandingan selesai iaitu sementara menunggu para jemaah pengadil dan juru mengira undi markah supaya para penonton tidak merasa bosan” kata seoarang penontong yang dikenali Asmat Karim dari Kampung Mangkalinau.



Diharap segala kelamahan dan segala kesilapan yang telah berlaku ini akan dijadikan panduan kepada pihak penganjur agar lebih berhati-hati dan lebih cermat agar ianya  tidak memperlihatkan kecacatan pada satu-satu program yang kedua pula  sebagai prngacara atau MC jangan terlalu banyak melalok atau bercelotih ini membosankan kepada penontong

Saturday, 29 March 2014

MELALUI PROGRAM GOTONG ROYONG DAPAT MEMUPUK SIRATULRAHIM ANTARA SATU SAMA LAIN......AMPONG

Written by Admin
Saturday March 29.2014


OLEH:  AZMI AZMAN
FOTO MUHD SUFFIAN AHMAD




SANDAKAN:- Program gotong royong setiap kali dianjurkan  oleh mana-mana badan NGO mahupun jawatankuasa Masjid atau Surau ia menjurus bagi menjalinkan siratulrahim di kalangan masyarakat setempat.

Dari itu program sebegini rupa harus dikekalkan dari masa semasa agar ianya menjadikan satu budaya dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bagi menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Puyon berkata demikian  pada Program Membara Gotong Royong Membantu Rakyat anjuran  Biro Kebajikan UMNO Sandakan dengan kerjasama dengan  Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) P186 Sandakan yang dilangsungkan di Perkarangan Masjid Jannatun Naim Sri Taman pagi tadi.

Teks ucapannya yang dibacakan oleh Setiausaha Bahagian UMNO Sandakan Hj Hamdan Hj Dikong antara lain memuji sikap ahli jawatankuasa pelaksana kerana berjaya menganjurkan program gotong royong di seluruh masjid zon Elopura.

Katanya lagi  UMNO Bahagian UMNO Sandakan telah membentuk badan-badan Biro haruslah menjalankan aktiviti-aktiviti masing-masing contohnya seperti Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan di bawah kepimpinan Noraini Sulong amat mengkagumkan kerana  tidak hentinya mengadakan pelbagai program boleh dikatakan agenda disetiap hujung minggu terlalu padat.

“Tindakan Ketua Wanita UMNO Sandakan Noraini Sulong boleh dijadikan contoh oleh mana-mana badan-badan NGO mahupun badan-badan politik yang lainnya kerana kesungguhan Noraini menyertai apa juga program sama ada anjuran Wanita UMNO mahupun anjuran badan-badan lain” tegasnya.

Noraini yang sempat ditemuramah oleh Pegawai Akhbarnya (SSJ) yang juga Pengarang  Kanan Free  Sandakan Today berpendapat program yang diadakan pada pagi ini amatlah baik kerana ia secara tidak langsung dapat bertemu  dan suai kenal dengan pengerusi-pengerusi masjid/surau yang ada dilingkungan Elopura


Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Abdul Hamid, Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sandakan Pakarudin Tan Sri Hj Ampong, Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong dan Ketua Bahagian USIA Sandakan Datuk Hj Alipudin KK Puyon.

Friday, 28 March 2014

PERJUMPAAN PENDUDUK SETEMPAT DENGAN AGENSI KERAJAAN BANYAK MEMBAWA MENFAAT.....KATA CHARLIE O PANG


Written by ADMIN
Friday March 28.2014


OLEH:  AZMI AZMAN


KARAMUNTING:- Perjumpaan penduduk setempat bersama agensi kerajaan dalam satu-satu sesi soal jawab amat penting kerana ia membantu mengenal pasti sesuatu isu yang dibangkit termasuklah melibatkan permasalahan mereka selama ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Charles O Pang



Menurut beliau, salah satu cara menangani masalah yang diutarakan dengan mengadakan majlis seumpamanya agar apa jua pertanyaan yang dikemukakan akan dapat memuaskan hati semua pihak kerana yang pasti jawapan diberikan secara berdepan.

Beliau berkata, rakyat tidak perlu curiga kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dalam soal permasalahan setempat apabila keluhan yang diutarakan bukan hanya di dengar wakil rakyat tetapi semua agensi yang berkaitan dipanggil semata-mata untuk mendengar sendiri kemusyikilan mereka.

Katanya, kesungguhan pihak kerajaan ini terbukti apabila dialog yang diadakan samada di peringkat taman-taman perumahan mahu pun perkampungan mencapai objektifnya sebab memberi peluang kepada penduduk mengemukakan setiap permasalahan.

"Itu biasalah, jika timbul rasa kurang puas hati terhadap perkara tertentu. Saya selaku wakil rakyat termasuklah wakil-wakil agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang ada ini akan cuba membantu penduduk dengan memberikan jawapan terus.

"Saya tidak mahu ada penduduk yang masih lagi tertanya-tanya berhubung peranan pihak kerajaan atau inginkan kepastian terhadap sesuatu permasalahan yang memerlukan penyelesaian segera.

"Oleh sebab itu, saya jemput agensi kerajaan pada petang ini supaya apa pun kemusyikilan anda bolehlah bertanya terus. Saya yakin masalah-masalah yang berkaitan pembangunan setempat dan bermacam-macam lagi akan terjawab dan boleh diselesaikan secara berperingkat nanti," jelasnya.

Charles menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Gemilang anjuran Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA) bersama Adun N.44 Karamunting, di Balairaya Kg Air, Jalan Bokara Lama, dekat sini.

Hadir sama Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Haji Mohd Hamsan Awang Supain; Pegawai JASA Parlimen Batu Sapi, Zulfekar Hj Piting; Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Karamunting, Alex Loh; Ketua Puteri Umno Batu Sapi, Hazulizah Md.Dani dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Air, Jafar Mustafah serta pemimpin masyarakat setempat. 

Di antara agensi kerajaan yang terlibat dalam perjumpaan itu adalah MPS, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Belia dan Sukan, Ketua Anak Negeri (KAN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Tanah dan Ukur.

Sesi soal jawab berkenaan hangat seketika apabila penduduk yang hadir telah bertanyakan soalan mengenai peranan Ketua Kampung dan JKKK termasuk implikasinya jika penjawat jawatan penting di kampung itu tidak sehaluan.

Perbincangan mengenai masalah sedemikian dijawab panjang lebar oleh Hamsan selaku Timbalan Presiden MPS yang mana menurutnya peranan kedua-dua pemimpin masyarakat kampung ini saling tak tumpah.

"Mereka mesti sehaluan kerana jika tidak, bagaimana sesebuah perkampungan hendak maju. Oleh sebab itu, peranan yang dimainkan Ketua Kampung dan JKKK ini amat penting. Mereka berdualah yang mencorak pembangunan dan keharmonian kepada penduduk setempat.

"Jika ada di kalangan penjawat jawatan ini tidak sehaluan maka pihak MPS akan siasat terlebih dahulu dan tindakan terakhir ialah merujuknya kepada seseorang wakil rakyat untuk mencari jalan penyelesaian.

"Namun begitu, janganlah menimbulkan masalah seperti ini memandangkan kesannya yang tidak baik kepada penduduk. Tonggak kekuatan kampung terletak di tangan mereka. Kena duduk bersama baru kampung maju.

"Ambil ikhtibar kemajuan kampung-kampung di Negeri Selangor Darul Ehsan dan Johor Darul Takzim umpamanya yang membangun dengan pesat sekali oleh sebab tahap kerjasama yang cukup padu dan kukuh antara Ketua Kampung dan JKKK," kata beliau. 

Dalam pada itu, penduduk yang hadir turut mengemukakan aduan berkenaan perihal bantuan kebajikan apabila kononnya ada segelintir yang benar-benar ingin mendapatkan bantuan sedangkan sudah pun memohon.

Wakil daripada jabatan berkaitan kemudiannya menjawab bahawa pihak jabatan tidak pernah meminggir setiap permohonan apatah lagi yang melibatkan golongan kurang kemampuan dan daif tetapi ia memerlukan penelitian rapi memandangkan begitu banyak permohonan yang perlu diproses terlebih dahulu.

"Bukan mudah untuk mengendalikan soal bantuan ini kerana jumlah pemohon bukannya sikit tetapi ramai. Namun, kita tetap mengutamakan mereka-mereka yang susah dan perlu dibantu segera. Itu matlamat kami selari dengan dasar dan agenda kerajaan," ujar pegawai berkenaan.




TREND REMAJA SEKARANG KALAU BERCINTA TIDAK MELAKUKAN ZINA ITU BUKAN CINTA SEJATI NAMANYA



Written by Admin
Friday March 28.2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI




 



SEDANGKAN ...binatang punya perasaan ini kan pula manusia kejam waktu buat projek tak fikir panjang bila hamil beranak bayi yang tidak berdosa main campak saja ibubapa pun terlibat sama tanggung dosa berat





EKORAN  seks rambang yang membabitkan remaja yang  tidak terkawal dan berleluasa di sana sini adalah peneyebab utama pembuangan bayi semakin meningkat yang  agak sukar dibendung.



Semasa mereka bercinta berasmara  melakukan zina  di sana sini mereka tidak terfikir apa kan risikonya bila saban malam berjumpa saban malam berzina kerana hendak keseronokan dan kenikmatan dunia mereka langsung tidak memikirkan dosa bila mengandung nanti baru sedar lelaki  yang kononnya cinta sejati tidak mahu bertanggungjawab bila beranak (bersalin) si ibubapa tadi katut malu dengan masyarakat sekeliling lantas  anak yang dilahirkan dibuang saja daripada menanggung malu soal dosa diketepikan dahulu kemudian baru cerita.



Mengikut statistik tidak rasmi kebanyakkannya yang membuang bayi yang baru lahir 80 peratus adalah melibatkan masyarakat Islam berbanding dengan masyarakat bukan Islam sebab mereka walaupun hamil anak-anak dara mereka tidak dikenakan hukum berbanding masyarakat Islam.

 

Masyarakat bukan Islam kita jarang nampak mereka melakukan seks di memerata tempat berbanding dengan remaja wanita/lelaki Islam 70 peratus mereka yang mempunyai pasangan bila nak melakukan seks atau berzina di mana-mana saja ada yang di Taman Chong Thien Voon (Bukit Bendera) ada yang didalam kereta dan kalau bapa emak mereka spotting mereka bawa  perempuan/lelaki kerumah dan  bagi orang yang mampu saban hujung minggu mereka menginap di hotel-hotel.




Sesiapa saja tidak menafikan melakukan seks dengan pasangan yang belum berkahwin atau bukan muhrim  terutama sekali di kalangan remaja/belia sudah jadi satu trend dan budaya kalau bercinta tidak disusuli dengan melakukan seks ini bermakna bukan cinta sejati bila-bila boleh putus, akan tetapi kalau pasangan itu kerap melakukan seks/berzina atas kerelaan masing-masing  tali percintaan mereka akan kekal sehingga kejinjang pelamin ini trend anak muda sekarang.

 

Barang kali kalau perempuan dan lelaki yang cukup didikan agama mungkin mereka boleh mengelakan dan mengindari perbuatan maksiat yang terkutuk ini.



Di daerah Sandakan terdapat  empat taman peranginan sebagai pusat tempat para remaja wanita dan lelaki yang berpasangan melaku zina antaranya Taman Chong Thian Voon (Trig Hill), Taman Indah Jaya, Taman Grand View, Taman Rimba tempat-tempat yang disebutkan kalau dihitung setiap malam air mani yang  bertitisan di muka bumi oleh perbuatan para remaja hasil melakukan zina boleh mencecah 3 baldi.




Trend sekarang para remaja paling suka bersetubuh di dalam kereta di malam-malam minggu ini untuk mengelakan dari diganggu oleh orang lain yang sedang  disaat-saat menikmati kesedapan atau keseronokan, dalam pada itu remaja wanita lelaki sekarang 90 peratus sudah tidak mengenal apa itu dosa apa itu pahala yang ada diminda dan pemikiran mereka berzina saja itu yang mereka fikirkan setiap hari.


PEMADAM AJAK MASYARAKAT DAERAH SANDAKAN BERGANDING BAHU BASMI DADAH MUSUH UTAMA NEGARA....KATA NORAINI

Written by Admin
Friday March 28.2014



OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Penubuhan PEMADAM di negara ini telah diikhtiraf sebagai sebuah pertubuhan sukarela (NGO) membantu kerajaan dalam usaha membasmi masalah dadah  di negara ini.

Sejak awal penubuhan hingga kini fungsinya  masih tidak berubah PEMADAM sendiri telah merangka pelbagai strategi untuk menjelaskan, menerangkan kepada belia dan remaja mengenai penyalahgunaan najis dadah yang merupakan musuh utama negara.

Naib Pengerusi Wanita PEMADAM daerah  Sandakan yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan Noraini Sulong bercakap kepada Free Sandakan Today.com sejurus selepas menghadari Mesyuarat Agung Tahunan ke 29 PEMADAM daerah Sandakan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan kelmarin pagi.

Kata Noraini kesimpulannya PEMADAM tidak akan berhenti dan untuk terus membantu dan bergerak bersama kerajaan dalam memerangi dadah sebagai agenda nasional.

Saya selaku Naib Pengerusi Wanita PEMADAM Daerah Sandakan dan juga Pengerusi Biro Hal Ehwal  Wanita  PEMADAM Sandakan  menyeru semua ahli PEMADAM dan rakyat khususnya masyarakat Sandakan  keseluruhannya bersama berganding bahu  membantu kerajaan membebaskan  negara kita dari dibelenggu najis dadah” ujar Noraini.

Noraini yang menang tanpa bertanding jawatan Naib Pengerusi Wanita PEMADAM Daerah Sandakan pada pemilihan AJK PEMADAM bagi penggal 2014/2015  akan berjuang habis-habisan  dan seterusnya  menggembeling tenaga untuk memperkasakan PEMADAM agar segala matlamat membantu membendung belia-belia dan remaja terjebak pengambilan najis dadah ini yang disifatkan sebagai musuh utama negara   dapat dicapai.