OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE '
PETALING
JAYA:- Setelah
dicop “Minah Propa”, muncul pula foto-foto lama yang digembar-gemburkan untuk
menjatuhkan nama baik selebriti jelita ini.
Kemesraan yang terpancar melalui foto-foto
bersama teman lelakinya yang bercuti di pusat peranginan diperbesarkan walhal
ianya gambar lama semasa diusia muda. Namun, apa pun yang pasti Emma Maembong
ada jawapannya tersendiri.
Menerusi temubual bersama Emma Maembong atau
nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 23 tahun dia menegaskan bahawa
beberapa foto tersebut merupakan percutian bersama-sama keluarga, rakan-rakan
yang juga disertai teman lelakinya.
“Zaman remaja pasti akan ada “culture shock”, jadi saya
sebagai anak muda lagi-lagi anak ayah, apabila sekali dapat keluar semua benda
nak cuba. Waktu itu saya berumur 18 tahun. Kawan-kawan, sedara-mara dan
keluarga turut serta dalam percutian tersebut. Kawan-kawan pakai seluar pendek,
saya pun nak pakai. Tetapi selepas meningkat dewasa dan matang, saya boleh
berfikir yang mana buruk dan yang mana baik.”
Selebriti yang sudah berpunya ini dihangatkan
dengan kontroversi gambar seksi dimana Emma berpakaian seluar pendek denim
bersama baju tali seksi sehingga menampakkan perutnya disamping teman
lelakinya. Beliau turut menyatakan hanya terdapat 4 foto percutian bersama
teman lelaki dan yang selebihnya diedit untuk tampak lebih banyak.
Emma turut menambah, “Foto-foto itu merupakan
barangan peribadi, hanya beberapa teman rapat saya yang memilikinya. Jadi saya
tidak tahu sama ada foto tersebut di hantar sendiri oleh teman rapat atau orang
yang dengki dengan saya.”
Tambah Emma lagi, “Masing-masing ada sejarah
sendiri, benda yang dah lepas biarkan lepas, masa itu Emma budak-budak lagi apa
yang penting kehidupan baru yang sekarang, kehidupan Emma bukan macam dulu
lagi”
Menurut Emma, sekeping foto yang tersebar
daripada beberapa foto yang dilayangkan di Internet merupakan gambar adik
lelakinya yang berkaca mata dengan baju rona merah senada seperti yang di atas.
Emma lagi, kini dia semakin gemar mengumpul
baju berlengan panjang untuk menyerlahkan identitinya yang sopan dimana dia
turut menyuarakan hasrat untuk bertudung tidak lama lagi.
“Saya mengaku semasa saya bercinta dengan bekas teman lelaki saya (bukan
Zizan Razak) kalau ramas-meramas dan raba-meraba
tubuh badan saya itu biasalah namanya kan orang beromen memang tak lari
lelaki dan perempuan sama-sama melakukannya antara satu sama lain tapi saya
tidak keterlanjuran sampai menyerahkan tubuh badan saya bulat-bulat untuk melakukan zina itu tidak sama sekali kerana saya masih ingat kepada Allah” ujar Emma lagi.
Katanya lagi ada di kalangan artis-artis
wanita yang beromen dengan teman
lelakinya sampai tidur di hotel-hotel bermalam dua tiga hari itu tak dinafikan
memang menjadi kenyataan. POSTED BY POST KINI.