SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
Freesandakantoday.blogspot.com
BERMULA
sejak daripada tahun 1995 lagi
kalau Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) yang berketurunan suku
Sungai, Kadazan, Murut dan Dusun dari awal-awal lagi mengambil perhatian penuh dalam
menjaga hak-hak asasi orang Sabah khususnya anak jati tulen Sabah agar tidak
jatuh ketangan orang-orang luar dari Semenanjung yang kini telah menepoli
tanah-tanah adat NRC di beberapa kawasan tertentu sudah pasti perkara
pencerobohan tanah-tanah adat tadi dapat dibendung.
Sekarang agak terlambat sudah dan sukar untuk
membendung atau memantau terhadap
tanah-tanah adat NCR kerana 80 peratus tanah-tanah tadi banyak diceroboh dengan membuka ladang-ladang
sawit di sana sini oleh orang-orang luar.
Kadang-kadang bila kita mengetahui dan
mendengar kes-kes tanah adat dirampas dan ceroboh oleh orang-orang
daripada Semenanjung begitu mudah
membuka ladang-ladang sawit di berapa tempat seperti di Kuamut, Kinabatangan, Beluran
dan di kawasan-kawasan pedalaman agak menyedihkan juga orang-orang Sungai,
Murut dan Dusun yang sudah mendiami tanah-tanah adat NCR begitu lama sehingga
ke empat generasi telah hilang begitu juga hak-hak asasi mereka tanpa ada rasa
belas kesihan.
Ada juga kes pencerobohan tanah-taah adat ini
hingga di bawa kemahkamah Tinggi selalunya yang kendalikan kes ini ialah Datuk
Kong Hong Ming Syabas Datuk Kong kerana
membela nasib orang-orang kampung yang semakin hari kian tertindas hilang
segala hak asasi mereka.
Sementara Jabatan Perhutanan bertindak ganas
macam askar rejim Israel tanpa ada rasa simpati rasa belas kesihan rasa peri
kemanusian tergamak membakar rumah-rumah mereka meradu segala tananam sawit
yang sudah bertahun-tahun mengeluarkan hasil sebagai sumber pendapatan menjana
ekonomi rakyat diluar Bandar.
Dengan khabarnya dengan tindakan kakitangan
Jabatan Hutan membakar rumah-rumah diatas tanah adat NCR ada sekeluarga yang rentung
tetapi tidak dimbil tindakan sehingga kes itu hilang begitu sahaja.
Kenapa dan mengapa para ADUN di Sabah yang
berbangsa Sungai, Kadazan, Murud dan Dusun terus diam seribu bahasa membisu tidak pernah
menyuarakan hal-hal yang berlaku sebegini rupa di persidangan Dewan Undangan
Negeri untuk mempertahankan hak-hak asasi orang Sabah anak tulen Sabah.
Semasa kerajaan USNO, BERJAYA dan PBS kita
tidak pernah mendengar kes-kes orang Malaya mengambil atau menceroboh
tanah-tanah adat NCR tetapi setelah kerajaan BN mengambil alih pemerintahan
dari PBS disini mulanya kes-kes percerobohan tanah-tanah adat semakin hari
semakin menjadi-jadi macam sudah jadi satu trend dan budaya orang-orang
Semenanjung monopoli tanah-tanah adat di
Sabah.
Yang menjengkelkan sudah mereka ceroboh
tanah-tanah orang kampung mereka usir
suruh keluar daripada kawasan
tanah itu yang juga menjadi sesebuah kampung sambil membawa polis taukey polis suruh tembak satu-persatu penduduk yang
enggan berganjak atau berpindah sungguh malang sekali nasib orang-orang asal
Sabah yang menduduki tanah bumi sendiri
akan jadi pelarian ditempat sendiri
Sebagai kesimpulannya sampai bila kes
pencerobohan tanah-tanah adat ini boleh selesai hanya satu jalan saja kalau
ADUN-ADUN berbangsa Sungai, Kadazan Murut dan Dusun bersatu hati menentang
sudah pasti perkara pengambilan tanah-tanah adat NCR boleh diatasi.
Orang-orang asing PATI yang mempunyai kad
pengenalan nombor H033XXXX H.024XXXX dan H.0505XXX begitu mudah membina
rumah-rumah diatas tanah kerajaan sehingga menjadi satu kampung jangan
jauh-jauh pergi ke Kampung Paris 1 Paris 2 dan Paris 3 dan pergi ke Kampung Gari
Nunoh siapa penghuninya kerajaan tak berani ganggu mereka tetapi kalau bangsa
Sungai, Kadazan, Dusun dan Murut sudah menjadi mangsa keadaan buat
selama-lamanya.
Sungguh malang sekali nasib penduduk asal
sabah berbanding dengan penduduk warga
penyu PATI yang banyak mendapat
keistimewaan daripada kerajaan BN.
Sedarlah
wahai ADUN-ADUN sabah yang berbangsa Sungai, Murut, Dusun dan Kadazan
jangan mudah diperkotak katikan bantulah mereka
bagi mempertahankan tanah-tanah adat walaupun tidak mempunyai geran tapi
tanah yang mereka duduki sudah 4
generasi kuburan nenek moyang mereka
banyak dikubur atas tanah adat itu.
Kalau sikap dasar kerajaan BN di Sabah terus
menerus menindas orang-orang asal Sabah terutama sekali Jabatan Perhutanan
Sabah sudah tentu akan menjejaskan sokongan rakyat daripada suku-suku yang
disebutkan itu terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang PRU14 nanti.
Selain GST jadi topik dan propaganda dan
agenda utama pembang kang untuk
menggulingkan kerajaan BN ditambah lagi isu panas iaitu pencerobohan
tanah-tanah adat NCR oleh orang-orang luar yang membuka ladang dengan sewenang
wenangnya diatas bumi Sabah.
Ini sudah jelas kerajaan BN di Sabah akan
tumbang kerana 100 peratus suku Kadazan,Dusun, Murut dan Sungai marah disebakan
kes pencerobohan tanah adat sukar diselesaikan.