Wednesday 13 November 2013

PROJEK PEMBINAAN JALAN LIBARAN BYPASS MASIH SAMAR-SAMAR DAP


Wednesday  November 13, 2013
Written by Admin


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong (gambar) mempersoalkan  berhubung  dengan pembinaan Jalan Libaran Baypass untuk Fasa 1 tender  projek tersebut akan dibuka pada September 2013 ini seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya pada sesi soal jawab pada persidangan Parlimen Jun lalu.

“Tetapi sekarang sudah bulan November nampaknya pembinaan projek tersebut belum lagi dimulakan dan saya amat kecewa terhadap keadaan  tersebut sehingga ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kawasan lain telah mempersoalkan mengenai projek tersebut” Kata Wong

Wong menjelaskan  pada sidang Parlimen  yang telah berlangsung  26 Jun  lalu beliau telah menerima jawapan bertulis daripada Menteri Kerja Raya bahawa projek tersebut diluluskan pada bulan Januari 2013, sejurus selepas lawatan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abd Razak ke Sandakan pada 16 Disember 2012.

Menurut Wong Menteri juga berkata bahawa keseluruhan Jalan Bypass itu adalah sepanjang 25km, dengan bajet RM370 juta, dan reka bentuknya sudah disiapkan pada bulan Mac tahun ini.

“Projek tersebut jelas Wong  akan dijalankan dalam  empat (4)  Peringkat, dan Peringkat Pertama akan dibuka tender pada September 2013 dan Kerja akan  dilaksanakan kerja-kerja keatas projek tersebut pada awal tahun hadapan 2014.

“Sekarang sudah bulan November, bukan sahaja tiada kesan projek tersebut dibuka tender, projek tersebut juga tidak merangkumi dalam Bajet 2014  ini yang menjadi tanda Tanya dan ramai beranggaoan bahawa projek tersebut telah ditunda” Ujar Wong.

Beliau berkata bahawa projek tersebut mula dibentangkan ketika Rancangan Malaysia Ke-9 dilancarkan, tetapi sudahpun memasuki era  Rancangan Malaysia ke-10 namum pelaksanaan projek Libaran Bypass belum dimulakan.

Oleh itu, tegas Wong  Kerajaan BN haruslah memberi penjelasan munasabah kepada orang Sandakan dan bukanlah dijadikan projek ini sebagai  gimik politik atau umpan untuk menipu  dimata rakyat Sandakan.

No comments:

Post a Comment