Written by Admin
DARI MEJA SUB-EDITOR
SHAIMON S JUMADI DAN
WARTAWAN AZMI AZMAN

Ekoran tindakan
Kerajaan menaikan harga petrol dan
Diesel cuma RM.020 sen sahaja ramai pula
peniaga di negeri ini termasuk daerah Sandakan
menaikan harga bahan mentah dengan
sesuka hati hingga mencecah 40 hingga 50 peratus berbanding sebelumnya
Seperti
harga sayur-sayuran rata-rata penjual telah meletakan harga RM2,00 seikat tiada
sudah harga RM1,00 begitu juga dengan harga buah-buahan sama ada buah import atau buah-buahan tempatan
tiada jauh bezanya harga.
Sementara
harga bahan-bahan mentah lainnya seperti daging lembu sekilogram daging nombor
1 ialah RM16.00 daginjg nombor 2 harga 1 Kg Rm13.00.
Manakala
harga ayam dada, pahak RM13.00 1 kg sayap RM14.00 1 kg ayam bulat RM11.00 1 kg
kaki ayam 1 Kg 8.00 hati dan bedal RM9.00 .
Harga ikan
kalau ikan kembung (romahan) ikan basung, ikan tulai, ikan puput harga sekarang
paling murah sekilogram RM5.00 hingga RM6.00.
Bagi harga
ikan kayu (Tongkol) ,ikan panik, ikan sapi-sapi, senangin (menagin) belanak
ikan kulisi, dan ikan sebelah harga
paling murah antara RM7.00 hingga RM9.00 1 kg ini belum termasuk harga ikan
merah, ikan putih.
Harga Ikan
putih, ikan bawal (Duwai) hitam/putih
kerapu hitam, kerapu merah, dan ikan kitang termasuk ikan belais paling murah
harga sekarang rata-rata RM17.00 hingga RM25.00 sekilogram
Sedangkan
ikan talang-talang, ikan manyung, ikan badugang, ikan pari, ikan gulamak , ikan
sembilang termasuk harga sotong harga sekarang
sekilogram antara RM6.00 hingga RM8.00 inipun bergantung harga pasaran kalau musim
banyak ikan mungkin boleh dapat murah sedikit.

Dalam
tinjauan rambang wartawan Free Sandakan Today ke pasar-pasar berhampiran sempat bertanya beberapa orang pelanggan
mereka masing-masing mendakwa walaupun harga barang-barang sekarang melambung
tinggi terpaksa beli juga kerana mahu makan kalau mahu jimat tanam sendiri.
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment